Playlist April 2008

Sekitar perkara menarik sepanjang bulan ini.

1-Seleksi Gambar-Gambar Menarik, jangan lupa juga kisah sedih Kumprinx lari ke New Zealand.
2- NKOTB nak reunite beb. Sapa ada simpan file yang dapat free masa beli kaset dia, jual kat ebay mau riban-riban jugak tu.
3- Majalah Anjung Seri dengan Laman. Dia punya artikel boleh tahan apa.
4- Kisah-kisah kelaka parti politik dekat Malaysia.
5- Tok Rimau bergamba dengan Nabil. Sapa yang pakai misai tipu tu?

Cagu

Siapa yang pernah kena cagu, yah, kita serumpum! Setelah berjalan terhencot-hencot untuk seminggu dua ini lagaknya, cagu yang menghuni ibu jari kaki kanan ini akhirnya selamat diubatin oleh sang doktor. Dia punya aksi memotong dan cungkil bahagian yang kene jangkitan tu, mak oi, ngeri. Lepas bius pun terasa lagi beb. Budget dia nak kasi ubat sapu, parasatamol dengan anti biotik je tadi. Sadis. Doktor ni pun boleh tahan jugak, siap suruh ambik handphone - nanti ni boleh masuk blog -, part-part yang gore ada ke dia boleh pause, suruh zoom untuk dapatkan angle yang paling meninggalkan kesan untuk yang menonton video itu nanti. Nak tengok? boleh, tungguuu!

Gila-Gila sudah 30 tahun.

Majalah satira nasional, Gila-Gila sudah genap 30 tahun umurnya pada 1 April lepas. Mungkin Gila-Gila kini tidak gah seperti 10 tahun dahulu tetapi ia masih lagi berjaya bertahan sehingga sekarang. Sering dikatakan majalah 'sampah' oleh orang yang kurang mengerti, saya langsung tidak setuju. Masakan Pak Samad Ismail dan arwah Pak Sako mahu menulis untuk majalah picisan dengan kandungan tidak bermesej? Inilah tempat kelahiran ramai tokoh-tokoh seni tempatan seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Rejabhad, Dato Lat, Imuda, Ujang dan ramai lagi. Antara karikaturnya yang popular ialah "Lagak A. Mahmud" ( Fatah Ngah ), "Ayop Anak Tulakang" ( Nan ), "Pendekar Mato Tiga" (Don), "Tiga Segi Empat Segi" (Kerengge), "Perwira Mat Gila" ( Rejabhad ), "From Taiping With Love" (Rasyid Asmawi). Tulisan dan karikatur sentiasa sinis dan penuh makna dan pengisian. Siapa tidak ingat akan watak Atuk, Aca, Jibam, tiga dara pingitan dan yang paling popular, si maskot Gila-Gila, Profesor serba Tahu.

Baru-baru ini, Gila-Gila nampaknya telah menerima kembali Ujang ke sidang redaksi setelah lama 'menghilangkan' diri. Malah, hampir separuh dari pelukisnya kini mengingatkan kita kepada Gila-Gila semasa zaman kegemilangannya dulu.

Kepada Gila-Gila, semoga panjang umur.

Ahad, hari untuk libur


Jumlah posting blog ini yang merosot adalah disebabkan beberapa faktor. Yang pertama, Haziq dan Fahim pantang tenguk orang naik tangga, pasti nak ikut. Kedua, status modem Streamyx yang dikuatiri sudah kong dan ketiga, opis baru takde internet. Jaki beb, apsal PC orang lain ada internet, aku takda? Apa, aku ada buat salah denga budak IS ke? Komputer screen besa, LCD, laju boleh tahan. Internet takda. Potong beb.

Diam tak diam, Sireh Dan Cengkeh versi web (mark 2) nak masuk setahun. Alhamdulillah. Sempena ini, sesiapa yang nak ole-ole sila emelkan interview dengan diri anda sendiri kepada syed.syahrul@gmail.com. Tak kisah la pasal apa pun, asalkan kreatif dan menarik, pasti akan di terbitkan. Ada berani? Tarih tutup 1 haribulan nam, 2008.

(atas, gamba haziq yang sebuk nak bergamba dengan bear dia)

ads