Sehari di Hutan Bandar



Aktiviti kami sekeluarga Ahad lepas. Berikut adalah antara gamba-gambar yang menarik dan tak kurang seksinya.

Apa barang pergi usha bundle sampai bas stand Kota.



Update : 22/1 . Panduan pada korang yang nak shopping barang bundle dan rare online. (Yang pakai spek tu nama dia Endy. Calon utama untuk jawatan pengapit masa majlis kawin dulu. Last minit tarik diri. Hangin. 3 tahun tak bertegur sapa)

Dengan adanya internet, apa barang pun boleh dapat dengan mudah. Mud guard EX5, spoiler BMW, spek kanye west, semua boleh dapat beb. Rupanya banyak blog yang jual barang dan baju-baju rare kat luar sana yang aku baru tau. Ko usha la sendiri, agak2 terbesa sangat lego je kat Jimbo. Dia menang layan xxl je sejak dua menjak ni.

"Siapa yang suka dengar Era pagi-pagi angkat tangan? Korang dah kenapa haa?"

Aku pergi kerja naik moto so jarang dapat dengar radio pagi-pagi. Lu orang layan radio apa pagi-pagi? Fly, Hitz? Hot? Era memang masuk tahun 2009 ni, terus gua gam, ape barang taruk Din Beramboi dengan Aznil. Lansung tak masok beb. Aznil ok la, pasal dia ok dengan anak aku, cuma si din ni aku kurang sikit. Tak kelako beb, mau je aku tonjol lori kontena depan aku tu bia dengar suara dia. Kalau korang into era pagi-pagi, aku memang tak paham. Ah lantak ko la Era!

Tapi yang pasti Sinar memang ok. Memang I follow. Aku dengar bukan pasal aku dah tahap uncle2. Tak salah apa dengar lagu old-skool. Layan Deep pepel dengan Iron Maiden time lunch. Ebi tu mulut boleh tahan juga laser.

Tapi yang berhantu si Salleh Yaakob. Aku menyampah gile masa mula2 dengar dia ni. Tapi lama-lama gian. Betol dol, baik kau dengar Sinar.fm pagi-pagi!

Gaza dan IJN. Permulaan 2009 yang berliku.

Tahun 2009 bermula dengan cabaran getir khasnya untuk penduduk Gazza dan warga kerja dan pesakit di IJN. Episod pengambil alihan IJN oleh Sime Darby belum lagi tamat.

Di Gaza pula, umat islam tua, muda, wanita dan tidak bersenjata mati dan bilangannya terus bertambah tanpa simpati, termasuklah oleh jiran Islam sendiri. Terbaru, AS menyekat pelan sekatan senjata Bangsa-Bangsa Bersatu. Mengapa? Persoalannya, adakah pendirian Obama sama seperti Bush kerana setakat ini, Obama yang lantang tak kala meraih undi nampaknya lebih selesa berdian diri

IJN adalah institusi yang cemerlang dan tidak perlu campur tangan Sime Darby untuk menjadikan ia satu bebanan kepada rakyat kecil kemudian hari. Tolong fikirkan rakyat dan bukan "diri sendiri"

No.91, Jalan Rimba 56. Sebuah cerita bergambar



Mungkin belum ramai kawan-kawan yang sudah sampai ke rumah baru kami di Bandar Seri Alam, Johor. sempena tahun baru ni apa kata korang singgah kejap ke rumah kami yang tak seberapa ini.

ads