Apa pasal filem seram tempatan sekarang tak seram langsung? Amik Tamar Jalis tulis script la brader!



Tiada buku cerita hantu yang lagi seram di malaysia ni dari buku siri bercakap dengan jin oleh Tamar Jalis. Gila punya seram. Belum baca, tengok cover depan dah boleh buat aku tak tido malam. Malangnya lama dah tak diterbitkan buku ni. rare beb! Sapa ada simpan 2-3 copy buku cerita ni baik simpan elok2. Aku rasa kalau di Ebaykan mau cecah riban2 ni.

Entah hidup ke dah arwah pakcik ni aku tak berapa pasti. Aku ada jumpa blog atas nama Tamar Jalis tapi rasanyalah itu sekadar blog tribute dan bukan oleh penulis asal. Tapi ok beb, kalau nak melepas rindu.

Apa macam encik pengarah profesor madya? Ada brani angkat karya Tamar Jalis jadikan filem epik? Rasid Sibir? Pier Andre? Zaibo?

Aku dah join group facebook Siri Bercakap dengan Jin, anda, bila lagi? (gambar dari landaklaut.wordpress.com)

PPSMI - Apa cerita ni beb?

Korang ada baca pasal isu PPSMI?

Pada pendapat aku, suka tidak suka bahasa inggeris masih lagi bahasa ilmu, terutamanya dalam bidang teknologi dan sains. Tidak ada bezanya, sekiranya kita mahu mendalami Agama Islam, kita mesti faham bahasa Arab terlebih dahulu, kerana ia bahasa Al-Quran. Boleh ke kita jadi mufti kalau belajar agama dalam bahasa Melayu & dari guru Melayu semata-mata?

Dan kalau kita nak anak kita jadi alim ulamak, tentu kita nak mereka belajar bahasa Arab dari mereke kecil. Setuju?

Aku melayu. Aku pun belajar TESL, aku suka lagu inggeris, aku suka tenguk filem inggeris dan beli majalah dengan surat kabo inggeris. korang tengok ade aku nampak cam mat salleh? Kulit hitam, cakap still macam orang Joho.

Aku masih salam orang tua, beri salam tiap nak masok rumah. Aku masih makan pakai tangan, makan nasi dengan kicap & sambal belacan. Aku masih makan tempe. Baru semalam aku tapau tempe goreng 2 hengget, makan dengan anak aku dalam kereta. Fastfood2 omputeh ni bukan selera aku.

Tapi aku masih baca buku sastera melayu. Aku suka pantun, penulis2 asas 50, mereka memang yang terbaik. Begitu juga sastera indonesia. Aku suka pak sako, usman awang, a samad said, hanya menyebut beberapa nama.

Anak-anak aku pun aku ajar salam atok-atok dia bila jumpa. Beri salam, cakap terima kasih kalau orang kasi apa-apa. Tapi aku dedahkan juga bahan-bahan bacaan & kadang-kala bercakap dalam bahasa inggeris pada diorang.

Apa berdosa ke kalau belajar dalam bahasa inggeris? Tak bagus ke kalau anak-anak kita pandai bahasa lain selain bahasa ibunda mereka? Kalau org cina dan india paling tidak mereka pandai 2 bahasa, bahasa ibunda dengan bahasa melayu. Kita? Kenapa tiba-tiba nak overly protective tentang bahasa walhal aku tenguk dalam bab lain dengan terbuka je terima budaya luar. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Tapi bab patriotik membabi buta ni aku tak berapa setuju. Pikir-pikir la sendiri.

Sekitar pembikinan dan pembukaan UTAS Art Showcase.


Sam tengah buat magic


Kedai Dobi kat Jalan Dhoby. Lu memang champion!


mael, jimbo & Khairudin





Lu tengok langsi. kambing. Nak metal macam mana lagi?


Apa yang klaka sangat? kutuk gua ke?


Beria kalau si mael ni bercerita.


Gua dah cakap, jimbo sbenarnya makhlok asing!


Sam, bila nak order air?


Lu pernah tengok katak melukis?



Okay, korang pernah ke pergi gig kecik, kira yang organize pun kawan-kawan, buat kat studio jaming sparuh nak runtoh. Yang datang cuma 4-5 kerat. Tu pun dah campur brader towkey jaming. Pernah? Ha, tula feel yang aku dapat masa buat art showcase ni. Langsung tak grand tapi selesa dan intimate. Best.

Sebagai 'debut' show yang memang bertujuan untuk memperkenalkan diri, kami rasa matlamat itu sudah pun sampai. Terima kasih pada Shamsul Kadet(lu memang best!). Kalau ko takde, mampus mati kering aku, mael dengan jimbo dibuatnya. Kepada yang datang, Si Seniman Jalanan, iyan, Shafiq, khairudin ghafar, geng Lomokids dan lain-lain yang aku tak berapa ingat nama, terima kasih atas sokongan anda yang amat berharga. Mr Hai, boss Roost, ha dia ni memang gerek. Kepada yang lain, Wei, benda ni sebulan, sempat lagi, aku dengar jimbo nak buat silap mata. Ha, kene cekidaut tu.

Pada yang datang, konfirm korang tak kodi! Singgah blog En. Khairudin untuk gamba launch party kami yang lain.

ads