Pasca BlogParty JB

Selesai sudah BlogParty JB semalam, walaupun berita kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar kami terima semasa membuat persiapan akhir, dek kerana janji dan komitmen, kami teruskan juga majlis. Acara yang bermula sekitar jam 9.10 pagi tamat sekitar jam 5 petang dengan sesi makan-makan kuih dan paling penting, sesi berfoto.


Pakcik katering pun dah ada blog!


Sorry gamba tok dengan Og tak berapa clear, lupa nak direct flash.

Secara keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan santai, sebagaimana yang kami mahukan. Hanya peserta yang boleh menilai adakah majlis kami ini berkesan atau tidak tetapi kami di sini ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap. esok-esok boleh jumpa lagi.


Pipiyapong dalam sesi baca naskah

Terima kasih kepada geng Sol-Jah dan Filmuda yang menjadi pengerak dan penyokong utama, geng JOHO dan pakcik katering dengan mee hoon dan chicken wing yang kow-kow.

Lepas ni apa? Ha tunggu!(sini kalau nak tengok gamba)

Cerita tahun baru, highway ulu tiram dan lain-lain

1. Jangan lupa sabtu ni, BlogParty akan berlangsung di HQ Pohon Minda. start pagi, korang nak datang lambat pun takda siapa nak ambil nama. Tapi ingat, karipap kalau tak cukup, jangan nak tarik muka. Klik sini untuk peta ke lokasi kejadian

2. Ada banyak interview baru dalam Sireh Dan Cengkeh. Pada yang dah lama tak masuk, boleh singah2 sambil layan2 komen kawan korang yang menyakitkan hati di Facebook tu.

3. Lepas ni kitorang planning nak buat ZineParty. Akan diupdatekan kemudian.

ads