Kursus 3 hari di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru



Bermula dari 29 Mac hinggalah ke 31 Mac lepas, Wonder Space Sdn Bhd telah dijemput ke IKM Johor Bahru untuk menganjurkan bengkel 3 hari tentang fotografi, videografi dan Adobe Photoshop. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Encik (Hasnul) dan Puan Fadhilah kita.

Kepada staff2 IKM yang terlibat, korang memang best dan jangan serik untuk jemput kami lagi. Kalau nak lihat apa yang kami buat sepanjang 3 hari tersebut, sila lawati blog Wonder Stuff Sdn Bhd

Sekitar Tayangan Aturan Mondok



Sebagai penganjur dan juga mewakili kawan-kawan lain yang telah bersusah-payah menjayakan majlis tayangan filem ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menolong dan memberikan sokongan dengan menghadirkan diri dan menepuk tangan ikhlas setiap kali filem ditayangkan. Kami terharu. Mungkin teruja perkataan yang lebih sesuai. Tapi apa pun. Kami pulang puas pada hari itu.



Majlis yang pada asalnya dijadualkan akan berlangsung pada jam 3.00 petang telah ditunda sedikit beberapa detik dek kerana urusan teknikal dari pihak JOTIC yang kaget dengan kedatangan kami yang tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan mereka sendiri. Terlupa agaknya. Orang ramai mula hadir sekitar jam 2.00 petang. Sangat mengharukan apabila ada yang datang membawa keluarga dan anak kecil, dan dari lingkungan umur yang senior menunjukkan filem, tidak kira bebas, seni atau arus perdana mempunyai khalayak. Kami genbira dapat bersalaman dan bertanya khabar. Ada muka baru dan lama, walaupun tidak ramai, kami sebenarnya sudah menjangkanya dari awal.

Sudah dijangka? Ya, kerana maklum balas dan sejarah menunjukkan tayangan filem bebas atau pendek bukan budaya lama di Johor Bahru. Untuk membiasakannya lalu menjadikannya satu budaya memakan masa. Dan untuk majlis ini masa itulah yang kita kekurangan dek kerana perancangan yang terlalu singkat dan longgar. Tapi kami akur. Demi minat dan menghormati tetamu, majlis tetap berjalan.

Encik Masaki-san, pengarah filem Aturan Mondok datang bersama anak beliau. Kecil molek. Cili padi. Berani mengarah filem dan menari tap. Nampaknya kanak-kanak kita mula lambat.

Untuk melihat gambar sekitar majlis sila klik sini dan untuk ulasan majlis, sila klik sini

Wajah baru Idea Buzz



Bertempat di studio pohon minda telah berlangsung sesi rakaman musim bari siri video Idea Buzz bersama Shafiq dan Encik, merangkap teknisyen yang serba boleh. Sesi berjalan dengan tenang dan santai sambil diselang seli dengan gelak tawa dan tepuk-tepuk meja gamaknya.

Terima kasih Shafiq & Encik. Link ke Idea Buzz!

ads