Sekolah Video Vimeo. Belajar teknik video menjadi lagi mudah

Vimeo telah mengambil inisiatif bijak apabila menubuhkan Vimeo Video School yang menerangkan teknik asas dari memilih alat perakam video yang sesuai, teknik suntingan hinggalah perkara seperti memasukkan lagi, efek dan sebagainya. Selain dari itu, untuk pengguna video DSLR, terdapat juga tutorial bersama pakai DSLR dari Uk iaitu Philip Bloom.

Semua video ini mudah difahami dan pendek. Ia juga boleh dimuat turun untuk dijadikan rujukan atau ditonton kemudian!

An interview with Chris Thompson, the founder of Lost Malaya



An interview with Chris Thompson, the founder of Lost Malaya, a lounge and gallery located in Johor Bahru. He is the director of photography for popular reality tv shows such as The Biggest Loser Asia and The Amazing Race Asia. The interview was recorded with the help of Tok Rimau during the recent Car Boot Sale event organized by JOHO. HD version coming soon

In this interview, Chris or also known as Tomo talked about his work as a DOP, the story behind Lost Malaya and his thoughts about local art scene.

Episod -1: Panduan membeli kamera DSLR di Johor Bahru

Kepada kaki-kaki kamera khasnya dan yang baru nak beli kamera amnya, tentu kalin punya cerita sendiri tentang kedai kamera kegemaran masing-masing. Tinggal di Johor Bahru tidak banyak pilihan jika mahu membeli kamera, mahupun kompak atau pun SLR. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip sepanjang menjadi pengguna SLR di Johor Bahru

Murah dan murah

Pertama sekali, untuk mendapatkan harga murah kita perlu ringan mulut dan bersedia untuk melalui proses tawar menawar. Jika tidak penjual biasanya akan menjual dengan harga asal yang diberi pengedar atau, bagi sesetengah kes, lagi mahal dari yang sepatutnya.

Begitu juga dengan hubungan dengan tuan punya kedai atau juru jual. Lebih akrab lebih murah harga yang anda dapat.

Pun begitu, harus kita ingat, tawar meawar dah harga rendah hanya boleh didapati dari kedai milik persendirian dan bukan rangkaian franchise atau chain retail store contohnya Fotokem atau SenQ ini kerana harga adalah tetap. Merayu macam mana pun, satu sen pun harga tidak akan berganjak.

Untuk harga yang berpatutan saya cadangkan kedai yang anda boleh terus berurusan dengan pemilik kedai atau boleh memberikan anda harga yang terbaik mengikut trend pasaran dan harga semasa.

Trade in

Kebanyakkan kedai kamera yang besar menerima trade-in tetapi tidak membeli SLR atau lensa terpakai dari pengguna. Ingat, kamera DSLR sahaja, kamera kompak tidak diterima jika hendak di trade in.



Biasanya nilai trade in akan susut dari RM600 hingga ke RM1000 dari harga asal

Foto Berlain dan Johan Foto juga menerima trade-in SLR dan lensa anda dengan harga yang tinggi berbanding kedai kamera yang lain di Johor Bahru. Sebagai contoh, untuk lensa Canon 70-200mm f4L non IS yang berusia kurang setahun, masih dalam waranty dengan keadaan 9/10 diterima untuk trade in oleh Johan Foto dengan harga RM2200 manakala Mee Too Photo Photo di Tebrau City hanya menawarkan RM1400 manakala Foto CLS pula menawarkan harga yang jauh lagi muah iaitu RM1000

Kedai atau talian barangan fotografi yang berpengkalan di Skudai iaitu Shaskinki juga menerima trade in tetapi dengan harga yang agak murah. Jadi saya syorkan anda ke Johan Foto atau Foto Berlian jika ingin trade in lensa atau kamera anda.

Produk dari pengedar sah dan grey import

Dipasaran tempatan terdapat 2 sumber di mana penjual mendapatkan barangan kamera mereka iaitu dari pengedar sah yang mewakili jenama itu sendiri dan ada juga yang diimport terus dari luar negara. Kedua-dua sumber ini mempunyai harga dan kadangkala spesifikasi yang berbeza mengikut dari mana ianya diimport

Untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan terus dari pembuat kamera saya syorkan anda beli dari pengedar sah tetapi ada masanya permintaan melebihi bekalan yang ada menyebabkan penjual kamera mengimport dari sumber lain. Ini yang dinamakan grey import.

Di Johor Bahru kedai kamera yang banyak menjual produk grey import ialah Mee Too foto yang terletak di Plaza Angsana dan juga mempunyai cawangan di Tebrau City. Shashinki juga banyak menjual lensa dan body kamera import. Harga yang mereka tawarkan agak murah dari harga dari pengedar sah tetapi merupakan alternatif kepada mereka yang mahukan bekalan yang cepat dan tidak kisah dengan hal warranty dari pengedar sah dan sebagainya.

Aksesori

Tidak banyak kedai yang menjual aksesori kamera yang lengkap di Johor Bahru, namun untuk mendapatkan aksesori seperti beg, tripod, monopod, ball head dan lain-lain anda boleh ke Foto CLS di Pelangi Leasure Mall. Untuk mereka yang mahukan aksesori seperti backdrop, sistem lampu dan juga rig untuk sistem video DSLR, anda boleh ke Mee Too Proshop Sdn Bhd yang terletak di Tmn Desa Tebrau iaitu bedekatan dengan Tebrau City.

Kalau anda punyai pendapat dan komen anda sendiri bolehlah kongsi bersama sebagai panduan kita semua!

Photo essey : Hari pertama Fahim di tadika

Berikut adalah gambar sehari bersama fahim yang baru masuk tadika di UTM. Gambar oleh mak dia Fadhilah Othman

























Punyalah lepak, balik terus tido!

How to record awesome videos on a DSLR



Kai & Lok C dari DigitalRev TV ni lebih kurang macam Jeremy Clarkson, Richard Hammond dengan James May dari Top Gear. Yang bezanya, mereka ulas kamera, bukan kereta. Pakai Canon 5D Mark II, neck strap Nikon. Boleh gitu?

Best of the Worst Awards 2010!

Quote of the day



Time’s a wasting - don’t talk about wanting to do something, just start doing it.

Satu haribulan satu tahun dua ribu satu

Tahun baru kali ini sampai cepat. Dan macam tahun baru sebelumnya, sambutan kami sekeluarga memang meriah kerana anak kedua, Syed Fahim lahir pada pagi tahun baru. Tahun baru 2011 Fahim genap 4 tahun. Jadi, malan tadi sebagai sambutan dua acara besar, acara dimulakan dengan makan Pizza di Masai. Tentu kemeriahan tahun ini bertambah kerana lahirnya Syarifah Aisyah pada November lepas. Jadi, berganda la juga kesyukuran kami

Tahun baru kali ini sampai cepat. Ini dek kerana sejak 31 Desember saya sudah mula secara rasmi bertugas sebagai guru. Meeting pengurusan pertama. Lepas lapor diri 23 November lepas, terus cuti sekolah. Jadi inilah kali pertama jumpa dan tengok perangai guru-guru yang lain.



Satu hari bulan itu awal pagi sudah bangkit. Kena daftarkan murid, juga kutip yuran untuk pelajar tingkatan 1. Mujur saat akhir kena pindah ke sesi pagi jadi tanggungjawab menjaga kelas dengan 60 lebih pelajar jatuh kepada guru lain. Guru yang rasanya lebih penyabar dan berpengalaman. Sebagai maklumat, sekolah SMKKM mempunyai 3400 pelajar, lebih kurang. Ada kelas hingga 100 pelajar. Kelas pun tidak cukup, kabin harus di bina untuk menampung limpahan pelajar. Pada 31 Desember lepas nampaknya kerja pemasangan kabin bermula. Tidak pasti mana pelajar bertuah yang sepatutnya akan dikelaskan di kabin akan 3 Januari ini akan ditempatkan.

Maka, memang terasa cepat sungguh tahun lepas dan cepat sungguh berlalu satu haribulan januari 2011.

ads