Pronunciation Book, membantu anda menyebut perkataan Inggeris dengan betul

Ulasan laman Youtube Pronunciation Book ( Pronunciation Book shows you how to say various words in American English.) Video-video dari channel ini memang membantu, terutama mereka yang mahu belajar cara menyebut perkataan bahasa inggeris dengan betul. Video-videonya pun pendek dan ringkas.

Ulasan apps PUNCHFORK oleh Shafiq & Terima kasih kepada Amanz.my



Orang kuat jbfoodclub berkongsi apps IPhone kegemaran beliau di mana anda boleh dapat banyak resipi-resipi menarik dengan mudah iaitu PUNCHFORK.


Terima kasih kepada amanz.my kerana sokongan anda. Tunggu ulasan video apps dan gadget dari kami di video-video akan datang.

Ulasan buku FREECABI Reman 7 hari bersama saudara Fikri Kacak

Saudara Mohd Fikri mengulas buku sulong terbitan Moque Press yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.



Buku ini ialah antologi entri dari Laman sosial Twitter saudara Chubby Harus Direjam (http://twitter.com/cbhrsdrjm) yang yang menceritakan kisah beliau yang telah ditahan reman selama 7 hari.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi beliau atau tuit ke @fikrikacak selaku penerbit Moque Press

4 Langkah kenalpasti kerjaya yang sesuai dari awal lagi bahagian 1

Saya memang bernasib baik kerana tiap tahun diberi peluang mengajar pelajar dari kelas rancangan khas hinggalah kelas yang paling lemah. Selain dari menjalankan P&P saya juga suka berkongsi cerita dengan pelajar terutama tentang kerjaya dan apa yang mereka hendak lakukan apabila tamat sekolah nanti

Ramai pelajar sekolah dan juga universiti masih samar-samar tentang kerjaya pilihan mereka apabila tamat pengajian kelak. Sebenarnya mereka ini sangat beruntung kerana zaman sekarang banyak sumber maklumat yang boleh mereka rujuk untuk mencari maklumat tentang kerjaya pilihan mereka. Di media massa juga banyak informasi yang dipaparkan, tidak kurang juga sumber maklumat lain seperti expo kerjaya, contohnya. Ibubapa juga yang banyak mempunyai pendedahan tentang kerjaya-kerjaya diluar sana sepatutnya berkongsi dengan anak-anak mereka maklumat dan memberi rangsangan untuk mereka berusaha keras untuk mencapai cita-cita mereka. Di sini saya akan membincangkan 4 langkah bagaimana untuk mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian sebelum tamat pengajian lagi.



Video ini terbahagi kepada 4 bahagian dan bahagian 2,3 dan 4 akan saya muatnaik bila saya berkesempatan nanti.

Ada apa dengan Sindiket Sol-Jah bahagian 2



Bahagian kedua, dokumentari tentang Sindiket Sol-jah, kompulan lelaki hip yang bercita-cita tinggi ingin menyuntik pop ke dalam sastera, budaya dan juga seni. Dokumentari ini terbahagi kepada dua bahagian. Di rakam pada 24 september 2011, terima kasih diucapkan kepada semua ahli Sol-Jah dan mereka yang terlibat dalam pembikinan dokumentari ini.

Ada apa dengan sindiket Sol-Jah Bahagian 1

Dokumentari tentang Sindiket sol-jah, kompulan lelaki hip yang bercita-cita tinggi ingin menyuntik pop ke dalam sastera, budaya dan juga seni.


Dokumentari ini telah dirakam pada 24 September 2011 semasa acara Maskara Shorties, iaitu majlis tonton filem pendek yang diadakan di rumah PENA Kuala Lumpur. Beberapa jam sebelum acara bermula, dengan izin dan kerjasama ahli sindiket Sol-jah, dapatlah saya menemubual mereka untuk dokumentari pendek ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan falsafah di sebalik penubuhan Sindiket Sol-Jah.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama terutama Abang Lan, Tok Rimau, Vovin, Spyz, Pipiyapong, Dean Sham, Mat Jan dan semua ahli Sol-Jah lain yang tidak sempat saya temubual untuk dokumentari ini.

Anda boleh tonton video di atas untuk mengetahui siapakah gerangannya Sol-Jah ini. Dokumentari ini terbahagi kepada dua bahagian. Ini adalah bahagian pertama manakala bahagian kedua akan di muatnaik tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman blog mereka http://sol-jah.blogspot.com

Selamat Hari Jadi Saya



Terima kasihla pada yang ingat dan yang beri ucapan. Ingat jugak korang ye. Special thanks to my mum and wife, best friends n students! Apa-apa pun korang memang osem!

Ulasan buku MAKAN : 15 tempat makan menarik @ Johor Bahru oleh Shafiq Mustapa



Buku yang mengandungi ulasan tentang 15 tempat makan yang paling menarik di Johor Bahru oleh pengasas blog http://jbfoodclub.com Shafiq Mustapha. Sesuai untuk yang ingin mencuba atau tercari-cari kedai makan terbaik di Johor Bahru.

Selepas baca buku ini mesti korang rasa nak cuba. Penulis memang kaki makan jadi kalau anda semua ada cadangan temoat makan mana yang patut menerima gelaran tempat makan terbaik di Johor Bahru bolelah beritahu kawan kita ni

Harga buku ini hanyalah RM5 dan boleh didapati dari penulisnya sendiri. Beliau boleh dihubungi melalui akaun Twitter @shafiqmustapa

Ulasan buku Paus Gagal oleh Tok Rimau



Buku pertama di Malaysia yang mengumpulkan cerita-cerita pendek terdiri dari entri Twitter ke dalam sebuah buku. Buku setebal 46 muka surat ini adalah petikan cerita yang ditulis @tokrimau. Buku ini telah dilancarkan di #twtupjohor dan mendapat sambutan yang sangat baik apabila kesemua naskah yang dicetak telah habis dijual. Jika anda ingin membelinya, bolehlah menghubungi terus penulis melalui twitter @tokrimau

ads