Apa itu Index Of Learning Style?
Indeks Gaya Pembelajaran merupakan instrumen on-line yang digunakan untuk menilai keutamaan kepada empat dimensi (aktif / reflektif, penderiaan / intuitif, visual / lisan, dan berurutan / global) model gaya pembelajaran yang digubal oleh Richard M. Felder dan Linda KSilverman. Instrumen ini telah dibangunkan oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon North Carolina State University.
Siapa yang perlu ambil?
ILS boleh digunakan oleh individu yang ingin untuk menentukan gaya profil pembelajaran mereka sendiri dan oleh pendidik yang ingin menggunakannya untuk mengajar, memberi nasihat, atau penyelidikan.
Untuk mengambil ujian ini, anda boleh ke sini dan jawab kesemua 44 soalan.
Sunday, October 28, 2012
Ketahui gaya pembelajaran yang sesuai dan paling berkesan dengan diri anda. Indeks Gaya Pembelajaran (Index Of Learning Style)
Friday, October 26, 2012
Tips memilih soalan SPM Bahasa Inggeris Kertas 1 Continuous Writing yang sesuai untuk dijawab
Untuk bahagian ini, terdapat 2 jenis soalan iaitu
1. Fakta - Bermakna karangan ini memerlukan anda mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu-isu semasa dan anda perlu menulis berdasarkan fakta
2. Fiksyen - Anda perlu mempunyai imaginasi yang tinggi dan mereka cerita asalkan ia bersesuaian dengan tajuk yang diberi.
Bagaimana Untuk Memilih?
Manusia dijadikan berbeza. Ada yang suka membaca dan mengikuti isu-isu semasa dan ada yang suka berkhayal dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Ada yang lebih cenderung kepada seni dan ada yang sukakan matematik.
Jika anda cenderung kepada matematik atau fakta berkemungkinan besar anda akan pilih untuk menulis berdasarkan fakta atau tentang isu semasa. Jika anda cenderung kepada seni anda berkemungkinan besar atau ada baiknya anda memilih tajuk yang membolehkan anda menggunakan imaginasi anda
Berikut adalah satu contoh soalan.
Section B: Continuous Writing
[50 marks]
You are advised to spend one hour on this section.
Question 2
Write a composition of about 350 words onone of the following topics.
(a) Describe the most wonderful moment of your childhood. (Fiksyen)
(b) Modern technology is a threat to our lives.Discuss. (Fakta)
(c) How can I promote a safe-school environment? (Fakta)
(d) Write a story ending with “After that incident, I decided to plan my future journeys better.” (Fiksyen)
(e) Health. (Fakta/Fiksyen)
Kesimpulan
Anda perlu kenalpasti apakah kecenderungan anda. Percayalah, jika anda berjaya kenalpasti anda jenis pelajar yang cenderung menulis berdasarkan fakta atau fiksyen, 350 perkataan itu bukanlah masalah yang besar bagi anda!
Thursday, October 25, 2012
Punggok Rindukan Bulan oleh Azhar Rudin
Filem epik oleh pengarah Azhar Rudin. Istimewanya filem ini secara jujurnya settingnya adalah di Bukit Cagar - tempat yang kini hanya tinggal kenangan dan berdekatan tempat di mana saya habiskan 5 tahun yang paling penting dalam hidup saya - Sekolah Dato Jaafar
Punggok Rindukan Bulan (This Longing / 122 minutes / Malaysia) from Azharr Rudin on Vimeo.
Wednesday, October 03, 2012
Ha, ape bende pulak Berita Pop ni???
Berfungsi sebagai aggregator kepada laman web dan blog terpilih dengan beberapa orang editor yang bertugas sebagai penulis ruangan editorial dalam pelbagai tajuk yang menarik.



