Nasihat Angkasawan Dr Dan Barry. Jangan putus asa dan berusaha untuk mencapai cita-cita anda




Dan Barry ialah seorang angkasawan dari Amerika Syarikat. Beliau mempunyai Phd dan Juga MD. Seorang ahli akademik dan saintis. Tetapi yang paling penting, seorang yang merendah diri

Dalam ceramah beliau di UTM baru-baru ini, dihadapan pendengar yang kagum dengan latar belakang academic dan pencapaian beliau sebagai angkasawan, beliau berkongsi pengalaman beliau – dan rahsia bagaimana beliau boleh berjaya ke tahap dimana beliau berada sekarang.

“Saya bercita-cita ingin menjadi angkasawan sejak kecil. Saya tidak pernah lupakan cita-cita saya walaupun pernah ditolak permohonan menyertai NASA. Bukan sekali. Bukan sekali. Tapi lebih dari 10 kali!”

Begitulah gigihnya Dr Barry. Tiada apa yang mudah dalah hidup ini. Jangan putus asa atau melupakan impian anda jika anda gagal pada percubaan kali pertama. Cuba dan cuba lagi. Begitulah nasihat beliau jika ingin berjaya. Saya hanya tersenyum dan bersetuju 100%



ads