Fahim dah darjah satu

Harini cuma daftar kelas dengan ambil buku teks je tapi. Hai umur baru 5 tapi dia punya kecoh nak skolah tuhan je yang tahu

Apps pilihan : Pixlr Express untuk Apple dan Andriod

Mengambil foto mengunakan telefon pintar, tablet atau peranti mudah alih semakin popular, ada yang mengatakan lebih popular dari menggunakan kamera sebenar. Yang menghairankan ialah trend kini dimana pengguna memanipulasi teknologi untuk menghasilkan foto dengan gaya retro. Ironis bukan?

Apps yang saya gunakan, selain filter instagram dan twitter yang kadang2 bila 'over used' agak membosankan ialah Pixlr Expreaa.

Banyak filter, efek, peralatan untuk 'touch up' boleh dipilih. Ia adalah yang terbaik, pada saya, diantara apps2 lain yang ada dipasaran. Anda boleh dapatkannya secara percuma untuk Android atau Apple. Selamat mencuba

Mesti pergi. Perpustakaan Awam Johor Bahru, Jalan Yahya Awal

Perkara yang menjadi 'turn-off' kepada orang ramai yang ingin ke perpustakaan ialah peraturan yang macam-macam hingga boleh membunuh rasa seronok pengunjung. Ini termasuklah kanak-kanak sekolah yang sememangnya harus diberi galakan, bukan disekat dengan peraturan persis perpustakaan sekolah.

Perpustakaan awam Johor Bahru di Jalan Yahya Awal sememangnya mesra pengunjung. Terdapat sudut membaca kanak-kanak tajaan Setia Tropika yang memang 'cozy' untuk kanak-kanak dan sudur Playsmart Petrosains yang menyediakan pelbagai aktiviti yang mencabar IQ. Kafe juga tersedia di tengah-tengah perpustakaan untuk pengunjung mengisi perut sambil melihat anak-anak bergembira.

Selain itu, wifi juga disediakan dan di level 2 terdapat ruangan membaca dengan pelbagai jenis buku. Pada saya koleksi buku di sini tidaklah lengkap tetapi suasana yang nyaman, kondusif dan mesra pengunjung yang menjadikan setiap kunjungan menyeronokkan.

Tidak ada satu tanda 'dilarang berbual' pun yang saya nampak di sini. Zaman sudah berubah dan perpustakaan juga begitu. Dan perubahan yang positif sebeginilah yang kita perlukan.

Mesti baca. Macam mana nak jadikan tab/telefon pintar anda hub wifi - for dummies

Seperti mana majoriti anda sudah sedia maklum, telefon pintar anda sama ada menggunakan OS Android atau Apple boleh berfungsi sebagai modem atau hub wifi. Yeay.

Tetapi bukan semua, ini kenalah anda periksa dengan jurujual yang maha kaya ilmu mereka. Terlalu banyak model untuk dibincangkan di sini.

Untuk memendekkan cerita, fungsi ini adalah build-in (rujuk foto). Anda boleh muat turun app 'wifi hotspot / wifi tether' oleh innodroapps di Google Play. App ni memang menarik kerana ia sebenarnya bukanlah satu app (?) tapi shortcut ke menu setting untuk anda jadikan peranti anda sebuat modem. Siapa yg buat app ni memang champion. Selamat mencuba.

Mesti tonton : Life of Pi

Filem arahan pengarah tersohor Ang Lee yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama tulisan Yann Martel - secara jujurnya filem terbaik tahun 2012.

Saya menonton bersama anak-anak yang paling tua cuma 7 tahun. Persoalannya mudah, siapakah saya. Siapakah tuhan dan yang mana patut dipilih? Ini adalah persoalan dalam kotak fikiran pemuda India bernama Pi

Ada orang kata kita perlu sesat sebelum jumpa jalan yang betul - Dan apabila Pi hanyut di laut dan kapal yang membawa beliau sekeluarga termasuk binatang-binatang milik keluarganya tenggelam dalam perjalanan ke Kanada - di situlah pencarian diri dan tuhan bermula

Cerita yang diolah tidak jauh dari novel asal. Barisan pelakon yang berkesan walaupun tidak ternama. Penamat yang cantik dengan beberapa persoalan yang memberi peluang untuk kita membuat kesimpulan sendiri.

Ujian saringan / streaming sekolah agama

Prosedur kemasukan ke darjah satu sekolah agama sekarang pun sama macam ke darjah satu sekolah rendah, perlu lalui peperiksaan streaming untuk tentukan kelas mana yang akan ditempatkan

Walau begitu, pembelajaran masih sama, logiknya senang untuk mengajar anak2 dengan tahap pemahaman yang sama. Selesai sudah Fahim dan Haziq ambil ujian tadi. Tunggu masa untuk ke kelas sebenar pula

Mesti baca, buku biografi Syed Mokhtar Al Bukhary

Tidak banyak yang kita tahu tentang Melayu terkaya di Malaysia, Syed Mokhtar Al Bukhary. Ini kerana beliau seorang yang cukup 'low profile' dan berperinsip buat dahulu baru cerita. Dalam buku biografi beliau tulisan Premilla Mohanlall ini pembaca akan dapat mengenali cerita menarik usahawan yang berhati mulia ini. Buku ini boleh didapati di kedai buku seluruh Malaysia dengan harga RM19.90

Apa yang saya boleh komen ialah, buku ini adalah mukhadimah yang baik untuk mereka yang baru mahu mengenali siapakah insan disebalik nama Syed Mokhtar yang bukan asing dikalangan usahawan-usahawan tempatan. Tetapi saya rasakan buku ini kurang depth atau penulis memerlukan lebih masa menemubual rakan, keluarga dan pekerja beliau untuk mendapat perspektif yang lebih menyeluruh berkenaan subjek

Ais krim Malaysia

Saya masih ingat waktu kecil dahulu nenek saya di Kg. Sarang Buaya rajin buat ais kerim Malaysia. Air berperisa yang dimasukan ke dalam plastik lutsinar kurus memanjang. Bila isteri saya buat ais kerim Malaysia perisa bandung, anak-anak saya duka bukan kepalang, Mungkin produk ini boleh dikomersilkan, projek IKS kampung. Hmmm

Haziq dan Fahim Sudah Sunat

Alhamdulillah, dua-dua anak bujang saya sudah pun berkhatan dengan selamatnya. Fahim, 5 tahun, paling exited tapi semasa tiba masa dia bersunat, paling cemas. Pecah perut warga pusat kesihatan UTM melayan keletah dan soalan-soalan dia.

ads