Mindset - Kunci untuk memahami perkara sekeliling kita dan membentuk masa depan yang cemerlang

Setia kali datangnya tahun baru, soalan yang sering diajukan kepada kita ialah apakah azam untuk tahun 2014 ini? Walaupun tidak ditanya, ramai agaknya diantara kita yang secara sedar atau tidak telah telah pun mempunyai azam masing-masing yang perlu dicapai sebelum berakhirnya tahun 2014 ini nanti.
Tidak dinafikan, mempunyai azam adalah seperti menetapkan key performance index atau KPI diri sendiri sebagai panduan atau sasaran yang perlu dicapai, tidak kira sama ada sebagai pekerja atau sebagai individu. Namun sebelum kita membina KPI, perkara yang perlu kita periksa atau perbetulkan ialah mindset kita sendiri.
Dalam karya klasik John Naisbit berjudul Mindsets!, beliau ada memperincikan dengan jelas perihal mindset dan kesannya terhadap cara manusia berfikir tentang masa hadapan. Menurut beliau lagi, dengan memahami mindset, ia akan dapat memperbetulkan cara kita berfikir dan melihat masa hadapan.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai mindset? Secara mudah, ia boleh diterjemahkan sebagai tetapan minda, sikap atau pendapat seseorang itu tentang sesuatu perkara. Menurut Naisbit, mindset adalah seperti bintang-bintang yang membantu nakhoda kapal untuk sampai ke destinasi. Seperti mana yang kita ketahui, terdapat pelbagai informasi dan maklumat yang sedia untuk digunapakai disekeliling kita yang ada kalanya membantu tetapi ada juga yang salah dan boleh menyesatkan.
Oleh itu adalah penting untuk seseorang mempunyai mindset yang betul kerana jika tidak ia akan membawa kepada musibah, bukannya membawa faedah!
Naishbit di dalam bukunya telah membahagikan perbincangan beliau mengenai mindset ini kepada 11 bab tetapi di sini, saya akan membincangkan beberapa bab sahaja untuk panduan bersama.
Perkara pertama yang menarik di dalam penulisan Naisbit ialah beliau mengajak pembaca untuk melihat masa hadapan seperti sebuah picture puzzle iaitu sebuah permainan yang memerlukan individu menyusun kepingan gambar yang telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil untuk menghasilkan satu gambar yang besar.
Satu soalan yang menarik telah dilontarkan oleh Naisbit, iaitu, “Adakah sesiapa pernah menyelesaikan picture puzzle dengan menyusun setiap keping puzzle dalam satu garisan lurus?”
Tentulah jawapanya tidak. Mengapa? Dari kecil sehinggalah kita dewasa dan seterusnya mati, setiap peristiwa yang berlaku tidak berlaku dengan mudah dan seratus peratus sepertimana yang kita mahukan. Untuk mendapatkan kerja sebagai doktor misalnya, pelajar perlulah terlebih dahulu berjaya memasuki kelas aliran sains tulen. Seterusnya, beliau perlu mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan menyambung pelajar di bidang kedoktoran. Bagi seorang pelajar cemerlang sekalipun, pasti ada masalah yang akan menganggu gugat masa depan beliau dan perlu diatasi dengan berhemah dan tabah. Sebagai contoh masalah keluarga, kewangan dan sebagainya.
Oleh itu, lihatlah masa depan dengan lebih realistik dimana banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum seseorang itu boleh mencapai cita-cita yang beliau impikan. Jangan sesekali berfikiran bahawa kehidupan ini mudah kerana pecahan puzzle itu tidak akan bersusun dengan sedirinya menjadi gambar jika anda tidak menyusunnya.
Seterusnya Naisbit mengesorkan kepada seseorang individu itu supaya jangan berfikir terlalu jauh kehadapan. Adakah wajar pernyataan ini, terutamanya bagi pelajar-pelajar sekolah? Adakah bercita-cita tinggi itu satu kesalahan?
Cerita di televisyen atau pawagam yang paling menggamit imaginasi individu terutamanya kanak-kanak ialah cerita berbentuk futuristik dan fantasi. Sebagai contoh watak Iron Man, seorang jutawan berjaya mereka baju besi yang membolehkan beliau terbang dan mempertahankan dunia dari ancaman musuh. Untuk memakainya amat mudah dan pantas dan ia dilengkapi segala senjata merbahaya – laser, bom dan sebagainya.
Semasa saya di darjah satu, persepsi saya terhadap masa hadapan iaitu 20 atau 30 tahun akan datang ialah sebuah dunia di mana kereta tidak berjalan di jalanraya tetapi terbang diudara dan manusia memerlukan tong oksigen untuk bernafas. Mungkin saya banyak dipengaruhi kartun The Jetson atau membaca komik Marvels tetapi hakikatnya, bumi masih lagi sama dan tidak banyak berubah kini berbanding semasa saya di darjah satu.
Menanam cita-cita yang tinggi adalah amat digalakkan tetapi mestilah realistik dan boleh dicapai di dalam jangkamasa kehidupan seseorang itu. Jika individu mempunyai angan-angan yang terlalu tinggi, dikhuatiri beliau akan terperangkap dalam dunia beliau sendiri dan tidak bertindak berdasarkan sasaran yang realistik. Ada baiknya seseorang itu bercita-cita untuk menjadi ahli sains atau akademik tersohor dari ingin menjadi orang yang pertama tinggal di Pluto!
Perkara terakhir yang menarik dari penulisan Naisbit ialah jangan tambah melainkan anda melepaskan sesuatu benda terlebih dahulu. Perkara ini menarik kerana di dalam agama sendiri kita di didik supaya tidak tamak dan bermuhasabah diri apabila membuat sebarang keputusan.
Di sini saya ingin membawa satu contoh iaitu Ali, seorang pelajar dari kelas tingkatan 4 Cekap. Sebagai seorang yang bijak, petah berbicara, mempunyai lontaran suara yang jelas, beliau terpilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan berpidato. Berbekalkan bakat dan latihan yang diberikan guru, beliau berjaya menjadi johan di peringkat daerah seterusnya terpilih untuk bertanding di peringkat negeri.
Masalah yang dihadapi Ali ialah selain dari berpidato, beliau juga seorang pemain hoki sekolah yang berbakat. Pada tahun lepas, beliau terpilih mewakili daerah. Oleh kerana jadual pertandingan hoki dan berpidato bertembung pada tahun 2014, jurulatih hoki beliau telah memberi kata dua kepada Ali; pilih antara hoki atau berpidato.
Apakah keputusan yang wajar diambil oleh Ali di dalam masalah ini? Di sini kita dapat lihat bahawa jelas sekali Ali merupakan pelajar yang berbakat di dalam kedua-dua bidang tetapi mampukah beliau cemerlang di dalam kedua-duanya sekali dan memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM yang akan tiba kelak?
Sebagai permain squash nombor satu dunia yang baru-baru ini telah menjadi johan squah terbuka Australia untuk kali ke 8 berturut-turut, Datuk Nicole David juga terpaksa membuat keputusan yang berat seperti ini di dalam hidup beliau. Bukan senang mahu menjadi pemain terhebat dunia, beliau terpaksa melupakan zaman remaja dengan jadual latihan dan perlawanan yang sibuk.
Oleh itu, Ali perlu membuat keputusan untuk memilih bidang yang beliau paling minati dan yang boleh membawa kejayaan yang paling cemerlang kepada beliau. Dengan itu, beliau bukan sahaja boleh memberi perhatian kepada satu aktiviti kokurikulum sahaja tetapi beliau juga mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan untuk perperiksaan SPM yang akan datang.
Ramai yang beranggapan atau mempunyai mindset bahawa lagi banyak bidang yang kita ceburi, lagi banyak kejayaan yang akan kita kecapi kelak. Realitinya ialah kebanyakkan orang yang berjaya adalah mereka yang fokus kepada satu bidang sahaja dan melalukannya dengan bersungguh-sungguh
Sempena tahun baru 2014 ini, apa kata kita perbetulkan mindset kita kerana ia adalah panduan kita untuk mencapai apa yang kita telah rancangkan.

A Unique Teacher Imparts Real Life Lessons (Seorang guru yang unik menyampaikan erti kehidupan yang sebenar dalam pengajarannya)

Bila mengajar, kadang-kala kita perlu lari dari 'chalk and talk' dan gunakan pendekatan yang mudah difahami pelajar.

Ini yang digunakan Jeffrey Wright, seorang guru dari US. Beliau mulanya seorang guru biasa tetapi mula berubah apabila dikurniakan anak istimewa. Pada mulanya beliau sangat marah kenapa beliau dikurniakan anak sebegini. Menyalahkan takdir dan tuhan. Tetapi lama kelamaan beliau mula faham perasaan anaknya. Pada beliau tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain 'kasih sayang'.

Ketika itulah Jeffrey mula berubah, nekad untuk menjadi seorang bapa yang terbaik untuk anaknnya dan guru yang terbaik untuk para pelajar beliau
Jeffrey Wright uses wacky experiments to teach children about the universe, but it is his own personal story that teaches them the true meaning of life.

Contoh lengkap instrumen PBS bahasa Inggeris tingkatan 2

Band 1
Band 2
Band 3
Band 4
Band 5
Band 6

Instrumen lengkap PBS bahasa inggeris tingkatan 3 Band 6

B6 DL1 E1
B6 DB1 E1
B6 DT2 E1

Instrumen lengkap PBS bahasa inggeris tingkatan 3 Band 5

B5 DL1 E1
B5 DB1 E1
B5 DT2 E1

Instrumen lengkap PBS bahasa inggeris tingkatan 3 Band 4

B4 DL1 E1
B4 DB1 E1
B4 DL2 E1

Instrumen lengkap PBS bahasa inggeris tingkatan 3 Band 3

B3 DL1 E1
B3 DB1 E1 
B3 DT1 E1

Instrumen lengkap PBS bahasa inggeris tingkatan 3 Band 2

B2 DL1 E1
B2 DB1 E1
B2 DT1 E1

Button badge 1" with motivational quotes up for grab

It can be yours for RM3 per unit or RM15 for the whole set. Leave a comment or email me at syed.syahul@gmail.com if interested

Balada si pendeta muka buku

Orang bijak pandai berpendapat, hidupan ini adalah satu kitaran yang akan berulang setiap 20 tahun.

Semasa berumur 20 tahun, manusia menemui cinta sejati. Ketika 40 tahun, manusia berjumpa cinta kembali dan apabila umur mencecah 60 tahun, manusia ingin menambah cinta - lagi.

Orang bijak pandai juga gemar berjenaka. Mengisi masa dengan berceritera. Tidak juga segan mentertawakan diri sendiri bila perlu dan tidak cepat terasa.

Jika di zaman dahulu, medan berdebat dan berceritera adalah kedai kopi dan anjung masjid, kini senarionya berbeda. Kawan-kawan jaraknya semakin jauh. Tak jumpa tak apa, media sosial kan ada?

Kedai kopi kini tinggal kedai kopi. Fungsinya masih sama tapi kini sudah ada Astro. Penuh bila ada siaran lansung bolasepak sahaja. Peminat gusti semakin kurang, mungkin kerana lakonan mereka tidak semantap zaman ultimate warrior dahulu.

Diantara sapaan dan bertanya khabar dikalangan kawan dan kenalan, ada juga si bijak pandai yang suka berceritera. Ada kalanya, tinggi sungguh bahasa tak kurang sungguh terkesan apa yang diceriterakannya. Ada yang 'dicopy paste' sahaja dan kemudian di 'share' untuk dikongsi bersama.

Orang tidak lagi ke kedai kopi untuk berita terkini. Si bijak pandai tidak lagi bermulut lancang berceritera hingga terbit buih-buih di tepi bibir- tapi membiarkan jari jemarinya yang menari.

Tapi orang bijak pandai pun kadang-kadang lupa, karena, orang gila pun tidak pernah memanggil dirinya gila

Syed Ali B Syed Syahrul Zarizi al-Edrus

Alhamdulillah, pada pagi Khamis jam 6.24 isteri saya telah selamat melahirkan anak kami yang ke 4 bernama Syed Ali dengan selamat di Hospital Kulaijaya.

Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah. Semoga anak kami menjadi anak yang beriman, soleh dan dapat berbakti kepada keluarga, bangsa dan agama, insyaallah

Instrumen lengkap PBS Bahasa Inggeris tingkatan 2

Jika mahu muat turun contoh instrumen sila ke sini.

Salah satu masalah utama perlaksanaan PBS ialah jumlah instrumen yang banyak yang perlu di sediakan guru, kemudian setelah menjadi eviden, perlu pula disimpan sebelum dilupuskan. Kiralah jumlah instrumen sehingga band 6 dan darabkan dengan jumlah bab yang ada. Itu belum dicampur pelajar yang perlu mengulangi satu-satu latihan itu. Banyak bukan? Setuju?

Sebenarnya guru boleh menggunakan segala latihan di dalam buku teks sahaja kerana ia sememangnya lengkap dan eviden adalah latihan yang murid buat di dalam buku latihan. Eviden terbaik boleh dipilih guru dan di buat salinan pendua sebelum dimasukkan ke fail showcase.

Untuk memudahkan kerja, saya telah menanda setiap latihan di dalam buku teks dengan band dan diskripter yang sesuai untuk guru pilih dan jadikan instrumen. Anda boleh memuat turunnya di bawah. Sila berikan maklum balas sekiranya ada, untuk kebaikan bersama.

Klik sini untuk mula muat turun.

Proofreading and Translating services

PROOFREADING SERVICES

Theses, working paper, assignment, book or article draft, service manual, user manual, etc. You name it!
1. RM8/Page (under 10 pages)
2. RM6/page (10 pages and above)

SPSS / PSPP SERVICES

SPSS is an computer software that allows user to calculate various types of mathematical variables such as ANOVA, frequency, T-Test, median and mean.

Key-in Data
1. RM1.80/questionnaire (under 150 questionnaires)
2. RM1.40/questionnaire (150 questionnaires and above)

Process Data
1. RM200 (Analyze datas & create tables)
2. RM400 (Complete chapter 4)

TRANSLATING SERVICES

Translating document from English to Malay or from Malay to English
1. RM10/page (under 10 pages)
2. RM8/page (10 pages and above)

Any questions you can email me at syed.syahrul@gmail.com or call 013 7206981


Apps tutorial belajar kamera DSLR untuk Android. Oleh Syed Syahrul Zarizi

Ini adalah aplikasi yang merupakan himpunan video tutorial belajar kamera DSLR yang dulunya boleh didapati dalam DVD, youtube dan kini dalam bentul apps untuk peranti Android.

Merupakan percubaan pertama saya dan masih diperingkat beta. Harap dapat membantu serba sedikit, terutama yang masih baru menggunakan DSLR. Cari sahaja 'belajar kamera DSLR' di Google Play Store.

Terima kasih pada Shafiq Mustapa yang telah banyak membantu dalam menghasilkan apps ini

Bagaimana caranya untuk mendapat sijil CSWIP?

Sepertimana yang pernah saya tulis berkenaan 16 kerjaya dengan pendapatan tinggi tanpa perlu ijazah Universiti di Malaysia, ada yang bertanya bagaimana caranya unuk mendapatkan sijil CSWIP, CSWIP adalah sebuah badan yang menyediakan skim pensijilan yang diterima diseluruh dunia dalam bidang kimpalan, pemeriksaan dan 'non destructive test' atau NDT.

Untuk mendaptkannya anda perlu menjalani kursus dan ujian khas. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati www.twisea.com atau www.mindt.com.my. Saya difahamkan ada banyak agensi kerajaan, sebagai contoh ipta dan swasta yang mneyediakan biasiswa atau menjalankan latihan pensijilan di bawak kelolaan CSWIP

Home - CSWIP Certification Scheme for Personnel

Apps pilihan. LEGO DUPLO

Siapa yang tidak kenal atau pernah dengar permainan popular LEGO, lebih-lebih lagi mereka baru sahaja membuka taman tema yang pertama di Asia terletak di Nusajaya, Johor.

DUPLO adalah jenama LEGO untuk kanak-kanak berumur 11/2 hingga 5 tahun. Berbeza dengan LEGO, DUPLO mempunyai bentuk brick dan mini fig yang lagi besar dari biasa dan semua permainan dibuat tanpa sudut yang tajam. Ini tentunya untuk keselamatan kanak-kanak.

Untuk memenuhi permintaan ramai, mereka telah membuat apps permainan DUPLO yang sememangnya disasarkan untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Selain dari permainan, ia juga mempunya video pendek untuk kanak-kanak. Permainan ini mempunyai naratif dan grafik yang baik. Anak saya sangat terhibur bermainan permainan ini. Saya rasa kanak-kanak yang pernah bermain apps ini juga akan setuju.

Soalan trivia. Apakah kelebihan air berkarbonat?

Kebanyakkan air tenaga mempunyai 1. Rasa yang amat pelik. Ya, macam bateri pun ada 2. Berkarbonat 3. Mulut botol yang sangat kecil.

Sebab itulah saya suka air botol Gatorade kerana ia adalah anti - tesis kepada ketiga-tiga perkara di atas. Walaupun rasanya macam air sirap yang dijualndi kantin sekolah, itu hal kecil. Old skool apa.

Apps pilihan. Apps untuk kanak-kanak belajar menulis

Dengan adanya telefon pintar dan tablet dengan fungsi 'touch screen', kanak-kanak turut mendapat manfaat kerana mereka dapat berinteraksi dengan paparan screen secara langsung. Tiada lagi tetikus, tiada lagi papan kekunci.

Aplikasi Belajar Menulis ini sangat mudah digunakan dan sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah khususnyan belajar mengenal huruf dan skil menulis abjad.

Walaupun ada kalanya abjad yang ditulis tidak mengikut bentuk abjad yang dipaparkan, ia masih lagi, pada saya, berjaya mencapai matlamatnya iaitu mengajar kanak-kanak menulis dan mengenal abjadTake a look at "Belajar Menulis"

Apps edit foto paling osem-maha-hebat-paling-power. Okay, mungkin saya teremosi tadi anda patut cuba Snapseed

Sejak berkecimpung dalam bidang menggunakan telefon pintar ini, banyak sungguh apps yang telah saya cuba. Banyak yang cuma 'hype' sahaja yang lebih, tetapi fungsi sebenar amat mengeciwaaakan.

Sementara pengguna Android menunggu apps Camera Awesome yang popular dikalangan pengguna iPhone dilancarkan untuk Android, apa kata anda cuba Snapseed.

Pada cubaan pertama agak janggal. Anda kena 'pinch' dan 'swipe' dengan kadar yang agak huru hara untuk menggunakannya. Tetapi setelah menyesuaikan diri, saya rasa apps ini bagus kerana kualiti efek yang diberikan adalah bermutu. Tidak terlalu rumit dan efeknya nampak pro dan tidak generik seperti apps foto yang ada di luar sana.

Okay, cuba jangan tak cuba!

Fahim dah 6 tahun

Hari ini 1 Januari 2013 genaplah usia Fahim 6 tahun. Dia punya semangat nak skolah, mengalahkan bapak dia! Ini foto masa kami makan di Warong Saga tempoh hari

ads