3 mitos tentang kerjaya perguruan

Betul ke mudah sebenarnya jadi guru? Bolehkah semua orang menjadi guru yang bagus? Apa kata kita lihat fakta-fakta berikut.

Rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang banyak melahirkan pelajar cemerlang

Kebanyakkan orang hanya mengetahui Finland sebagai satu negara sejuk dan kecil dengan populasi kira-kira 5 juta orang. Sama ada anda telah ke Finland atau tidak, anda mungkin tidak mengetahui salah satu daripada pencapaian terbesar Finland pada masa ini - iaitu sistem pendidikan mereka . Prestasi pelajar di Finland telah meningkat beberapa tahun kebelakangan ini malah antara terbaik di dunia. Berbanding dengan banyak negara maju yang lain, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada  kadar kelulusan sekolah tinggi Finland terus berkembang kukuh dan hebat . Tambahan pula, peratusan besar pelajar meneruskan untuk mendapatkan ijazah universiti adalah tinggi.

Jadi apa rahsia Finland ? Adalah sukar untuk mengatakan dengan pasti , tetapi beberapa tekaan yang baik tentang sumber kejayaan mereka termasuk tahap menghormati guru-guru mereka yang tinggi, memberikan pelajar kurang kerja rumah, lebih banyak masa rehat dan menjalankan ujian standard (peperiksaan peringkat kebangsaan) dengan tidak terlalu kerap. Berikut adalah infografik tentang sistem pendidikan di Finland. (sumber)

Finnish Education Infographic

Rekod transit pelajar PBS Bahasa Inggeris tingkatan 1, 2 dan 3

Setiap kali guru membuat pentaksiran terhadap pelajar 1, 2 dan 3 kadangkala berlaku masalah untuk merekodkan semua eviden pelajar, bila pentaksiran dibuat atau di mana ia disimpan. Untuk memudahkan kerja merekod semua eviden-eviden tersebut, guru harus mempunyai salinan rekod transit eviden bagi semua pelajar. Berikut adalah contoh rekod transit untuk PBS Bahsa Inggeris tingkatan 1, 2 dan 3.

8 guru yang berjaya menyentuh dan mengubah kehidupan masyarakat dengan keberanian dan tindakan luar biasa mereka

Ada yang berpendapat, sekali anda menjadi guru, anda akan di panggil cikgu sehingga akhir hayat. Dikalangan guru-guru punya, terdapat antara mereka yang sangat bertanggung jawab dan sanggup berkorban untuk pelajar dan masyarakat sekeliling tanpa mengenali risiko yang menanti.

1. Tindakan guru, selamatkan murid jadi mangsa tebuan (sumber)


2. Cikgu Pawzi Mohamad Selamatkan Mangsa Kereta Jatuh Dalam Terusan(sumber)


3. Guru bersara Millicent "Mama" Hill memberi lebih 3,000 kanak-kanak di Watts, California tempat yang selamat untuk pergi selepas sekolah. (sumber)


4. Rajesh Kumar Sharma membuka sekolah percuma di bawah jambatan di New Delhi untuk mendidik anak-anak kejiranan yang miskin. (sumber)



5. Zhang Lili kehilangan kedua-dua kakinya semasa menyelamatkan pelajarnya daripada dilanggar bas. (sumber)

 
6. Guru Pendidikan Jasmani, Jen Sculley dari Amerika Syarikat mendermakan buah pinggangnya kepada pelajar dengan penyakit buah pinggang. (sumber)


7. Dalam satu tindakan yang sangat berani, Michael Landsberry mengorbankan dirinya untuk melindungi muridnya dari ditembak. (sumber)



8. Jim Hughes, seorang guru buta, begitu dihormat pelajar sehingga mereka tidak akan menipu semasa peperiksaan di dalam kelas beliau. (sumber)


Huraian Sukatan Pelajaran

Awal tahun masa paling sibuk untuk para guru. Pada yang nak cari Huraian Sukatan Pelajaran, bolehla ke sini dan sini.

ads