Negeri Lima Menara - antara filem islamik dan penonton urban & moden

Yang menariknya industri filem di indonesia adalah jumlah filem islamik - bukan sahaja mesejnya yang padu tetapi diolah dengan baik supaya mudah diterima penonton urban dan remaja. Salah satu filem yang menarik perhatian saya ialah Negeri 5 Menara https://youtu.be/barhSDzMNmY

Robin Williams dan kerjaya seorang guru

Robin williams pernah melakonkan dua watak guru, antara yang paling berkesan pada saya - john keating (dead poet society) dan sean maguire (good will hunting)

Natijahnya, jadi guru bukan mudah. Bukan goyang kaki, kerja setengah hari. Tapi bangun pagi kerja setengah mati. Kalau tak dapat mengubah nasib sekumpulan pencinta sastera, dapat menolong seorang genius bermasalah pun jadilah

Amin

Zaman eBay telah berlalu, kini zaman Carousell

Tidak dinafikan, untuk pasaran jual beli maya terbesar dunia, nama seberti eBay dan Amazon sangat sinonim sejak dulu lagi.
Tapi nampaknya Carousell sudah mula mendekati hati pengguna. Barangkali kerana aplikasi yang mesra pengguna dan mudah, untuk pengguna dan penjual. Free lagi! Saya pun ada acah2 berniaga. Kalau free2 http://carousell.com/syed.syahrul !

Tinge, art marker murah boleh didapati di Yubiso

Saya kalau boring2 selain dari berhuha atau tido, saya akan melukis. Sketch. Guna brush pen dan art marker. 

Siapa yang guna art marker tentu tahu ia bukannya murah. Sebatang biasanya RM10 ke atas, mengikut jenama. Tapi baru2 ni semasa ke IOI city Mall secata tak sengaja terjumpa art marker yg murah. RM5 tiga batang. Peh, murah banyak tu! Pelbagai warna pulak tu. Cawangan Yubiso di malaysia adalah di Sunway Piramid dan IOI City Mall. Mintak2 dia buka cawangan kat JB lepas ni.

Bagaimana cara untuk menyelamatkan pendrive yg dijangkiti virus menjadikan semua fail 'hidden'

Saya sendiri kerap kali ditimpa masalah ini. Cucuk pendrive pada komputer awam atau tidak dilindungi antivirus, habis semua isinya tidak boleh dibuka.

Cara menyelesaikannya agak mudah. Terutama yang biasa menggunakan MS DOS. Tapi nak lagi mudah saya sarankan guna Amir Antivirus. Google sahaja antivirus ini. Simpan baik2. Banyak membantu bila tiba2 semua fail pendrive anda tidak boleh dibuka

ads