Pages

Hard Rock Cafe dalam memori


Kalau ke Johor Bahru, jangan terkejut kalau kawan-kawan ajak mengeteh di Hard Rock Cafe. Satu tradisi unik, kerana hanya di situ terdapat tomyam mahal dengan seekor udang bersaiz jari manis budak darjah satu. Sup kambing pekat, nasi campur beranika dan tungkeng ayam yang cukup rangup, menu istimewa bulan puasa. Table merah, table kuning, table hijau. Siang dan malam suasana cukup berbeza. Siang sunyi, malam meriah sekali. Tempatnya sendat, bising dan pilihan untuk remaja melepak dengan kos yang cukup murah.Kawasan yang juga memualkan, disebabkan asap kemderaan, bau peluh dan aroma asli sungai segget. Hari ini, semua tinggal sejarah. Pelan perancangan bandar yang terbaru berjaya menyembunyikan Sungai Segget dan lenyaplah Hard Rock kita.

Hard Rock, selamat tinggal brader, 23 Ogos 2003

Kawasan makan terbuka yang sudah bertahap agung legendanya telah mula dinyah operasikan pada akhir minggu lepas. Semua ini bukanlah suatu yang memeranjatkan, kerana notis perpindahan sudah pun dikeluarkan tidak lama dulu. Penjaja dan penjual masih berniaga sehingga ke saat akhir walaupun kerajaan dah taruk tiang-tiang simen dan column besi untuk mereka rasa tak selesa untuk meneruskan operasi. Tapi itu la dia hard rock, lebih hebat dari Bangsar dan Seri Hartamas, ada masa rasa cukup memeningkan tapi ada masanya juga membawa kita ke masa silam. Pasar baru, terminal bas lama, penjual ubat jalanan, zaman sebelum dirinya Plaza Kotaraya dan City square. Di situlah dulu tempat temujanji pertama aku dengan Fadh. Kopi-o kaw dengan baju kemeja hijau, bermotif burung kakak tua. Hard Rock. A place as diverse and unique as the name itself.

Kalau dah sampai hard rock tu, dekat sangat dah dengan plaza seni. Tanya la orang kat mana boleh beli baulu butter. Memang sedap kau, lembut semacam, pakcik tu kata ha, rasa la, tak payah tunggu raya nak makan baulu. Betol la, aku kene itu hari, boleh tahan. Bekas plastik saiz sedang tu dia jual cuma 5 ringgit sahaja.

1 comment:

  1. salam....

    hard rock in memories...
    teringat aku tolak air utk peniaga zaman skolah kat pasar baru dan hard rock...
    abis keje lepak hard rock pekene mee rebus lan janggut ngan roti john marveles...
    memories remain...
    tgk black parking kene rodok ngan budak cobra kat situ juga...
    pergh dah ilang dari pandangan eh...

    baulu butter tu pindah mana jie...
    ke masih ditempat yg sama...

    ReplyDelete