Pages

Lagi cerita kawin


Berita baik! Selepas Yusri, (berdiri, nombor dua dari kanan) ada lagi 2 orang hamba Allah yang akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Sila tanda pangkah besar-besar dekat kalender. Orang pertama, Apis Aminuddin. Kalau sekali himbas dalam gamba ni, memang takda gamba dia. Pasal dia yang ambik gamba ni, tu kasut Converse Hitam tu kasut dia. Rumah pengantin laki 28 May. Lokasi: Taman Bukit Tiram, dekat dengan masjid. Anak Pak Din Surabaya. Dia kira legend kat taman tu, sebut je, orang tau la mana rumah dia.

Pengantin nombot dua, Syamsul Hasni. Dia mamat yang pakai baju pink, jangan tanya dia tengah pegang apa, aku tak ambik pot. Tarikh: 4 Jun. Lokasi, Juga Taman Bukit Tiram. Sila bawa duit untuk salam kokot. Insyallah, kalau ada kesempatan sampai la kami ke lokasi yang telah dinyatakan tadi. Best kalau dapat kumpul semua geng-geng Bukit ni.

Update
Din Kambing sekarang dah kerja kat Sudan (pakai topi paling kiri). Hari tu dia ada balik sini, sempat singgah rumah, borak-borak sambil sesi bergambar impromtu dengan Haziq. Din pakai Perlude sekarang. Kereta hebat, aku tumpang gembira. Yang cemas tu masa nak balik tiba-tiba kereta hilang kuasa, hilang kawalan sekejap. Masa tu hujan renyai-renyai. Bergegas la datang, ingat ada masalah besar, rupanya minyak habis. Kereta hebat, drebar dia boleh tahan loaded. Oil indicator tak berfungsi, takda maknanya. Din, lu memang kambing. Lagi satu, kami ada gamba hangat finalist Hero Remaja! Tak percaya?

3 comments:

  1. pergh nostalgia siot gambar ni, nie kat depan kedai engineering tu ke jiji. man pun ade selit skali eh. yg lelain tu x kenal arr, kenal org simpang tiga je...

    ReplyDelete
  2. gamba depan studio ramras, kampong oren, tanah lot. Gamba ni amik time raya 1996 kut, lepas raya kat rumah din wahab. yang lain semua, ada budak SDJ, budak Vokay JB. campor2. Ramras pun entah ada ke dah takde sekarang

    ReplyDelete