Pages

Mesti beli! Buku 'Ayah Kita Boss'


pick of the week Awal tahun lalu, Tok Rimau ada hantar sms, seraya mengajak sama-sama berkarya untuk buku terbaru beliau. Beberapa email bertukar masuk antara kami dan akhirnya satu karya berjaya siap pada saat-saat akhir. Tanggal 1 April, Tok Rimau sekali lagi menghantar email. Kali ini ke Laman Seni Kuala Lumpur. Upacara menjual buku Ayah Kita Boss sambil berjumpa dengan sang penulis sudah tiba. Kerana komitmen keluarga, hajat terpaksa ditangguh. Kempunan tenguk karya sendiri (sila selak mukasurat 118).

Kini setelah sebulan berlalu, sms Tok Rimau sampai lagi, dan buku ‘Ayah Kita Boss’ pun muncul di dalam peti surat yang selalunya kosong. Boleh tahan. Tebal. Ada gambar dua orang kanak-kanak berdiri tengah panas. Setiap helai diselang-seli dengan senyum dan ketawa. Ternyata buku ini telah berjaya.

Saya setuju dengan Mat Jan, semasa memetik kata-kata pakar sakit puan, Dr. Ismail Thambi. Yang penting bukan panjang pendek tapi kepuasan. Itulah sebenarnya isi dan intipati buku Ayah Saya Boss. Ia terdiri dari entri-entri blog Tok Rimau dan sinaganaga yang sememangnya terkenal dengan sindiran sinis dan kisah-kisah masyarakat yang disampaikan dengan cara yang mudah diterima. Kedua-dua mereka boleh dikatakan ikon weblog tempatan dan buku ini adalah sebahagian dari tulisan mereka yang perlu dibaca oleh pengemar cerita rakyat, pembaca blog atau sebagai ganti Mastika yang makin tidak berkualiti.

Sms terbaru Tok Rimau, "Upah ciput bg hasil seni kau. Print 500, ada 200 copiesbuat sendal pintu. Ha ha ha. Jaja pelan-pelan. Yg penting niaga berkat. DIY."

Maklumat tambahan : Tajuk buku – Ayah Kita Boss, Penulis – Tok Rimau dan sinaganaga, ISBN – 983 43007 0 0, Muka surat – 160, Harga – RM23 senaskah, Boleh didapati dari – harimauj@yahoo.com / sinaganaga1547@yahoo.com (foto ihsan sinaganaga)

2 comments:

  1. ojie, aku ade satu jek buku ni. tu pun tok bagi. kalau nak ko kene contact atok direct. mintak harga diskaun baikk punye!

    ReplyDelete