Evani Alissa ialah seorang anak comel yang masih tidak tahu keistimewaannye sendiri. Semasa dia di dalam kelas 3 Sekolah Rakyat Latihan, Manggarai, Indonesia, seorang guru datang kepadanya dengan buku karya B.H. Jassin. Seraya itu, siguru memberitahu, Ip, inikan papa kamu. Dia termenung kerana terasa seperti pernah melihat gambar itu waktu sebelumnya. Apabila ditanya kepada ibu dan seluruh keluarga, mereka segera menafikan.
Pada dia di kelas 5 baru rahsia itu dipecahkan oleh pakcik belah si ibu, itu memang bapa Evani. Dia rasa dibohongi. Alasan keluarga hanya untuk menjaga perasaannya yang kini hidup sebagai seorang anak tiri.
Bapa Evani bukan orang yang calang-calang. Di Indonesia, malah juga di Malaysia, si bohemian ini sungguh tinggi lagendanya terutama dikalangan penyajak lama. Tanya A.Samad Said, Latif Mohideen barangkali mereka akan segera menambah cerita mereka sendiri tentang si bapa Evani. Begitu tinggi sumbangan beliau, hari demi hari Evani berasa cukup bangga mempunyai dia sebagai bapa walau tidak sempat mengenalinya dengan dekat.
Sajak beliau yang paling dikenali ialah sajak Aku. Bait-baitnya kasar dan memberontak. Lain dari susunan sajak tradisional pada masa itu. Mereka kata ia boleh menggores perasaan. Perasaan siapa? Mungki Chairil Anwar, mungkin orang-orang yang tidak memahaminya. Namun tidak pernah sekali Chairil ambil peduli. Malah makin kuat jadinya.
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru
menebus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa
berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Ajal menjemput Chairil Anwar pada masa umur beliau cuma 27 tahun. Jumlah yang nampak kecil tetapi legasi peninggalan beliau hingga kini masih dikagumi. Di dalam sebuah buku yang ditulis untuk memperingati 50 tahun selepas kematian beliau, Asrul Sani, penyajak seangkatan dengan Chairil Anwar menyatakan pemergian beliau bagaikan satu lingkaran yang selesai.
Asrul kenal Chairil kerana dua-duannya sayangkan buku dan sajak. Beliau bercerita, Chairil seorang yang sungguh sayangkan ibunya yang bernama Saleha. Chairil dilahirkan dalam keluarga orang berada. Di sebelah ayahnya. Apabila hubungan ibu dan bapanya, Toeloes, retak, Chairil pilih untuk tinggal dengan ibu, jauh sekali dari hidup yang serba mewah. Itu mungkin banyak membentuk peribadi beliau yang liar dan memberontak, seperti yang boleh dilihat dalam semua karya beliau.
Dia dilahirkan dan besar di Medan. Seoarang pelajar yang bijak dan cerdas mengikut para guru. Pada usia semuda 19 tahun dia berpindah dari Medan ke Jakarta kerana tidak setuju dengan tindakkan bapanya yang kahwin lagi. Di situlah beliau belajar hidup dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pelajaran.
Asrul Sani bercerita, dia mula kenal Chairil di sebuah kedai buku. Chairil nampak kusut tidak terurus tapi rakus membaca. Chairil mula berjinak-jinak dengan penulisan secara serious semasa beliau berusia 21 tahun. Beliau mula menghantar karya beliau ke majalah seperti Panji Poestaka. Malah pada tahun itulah sajak Aku ditulis.
Dalam buku yang saya baca, Asrul Sani mengisahkan persahabatan beliau dengan Chairil dengan cukup asyik. Chairil, Asril dan seorang lagi rakan mereka, Rivai Apai sempat menubuhkan kumpulan puisi Tiga Menguak Takdir dan diterbitkan pada tahun 1950. Chairil sendiri tidak sempat melihat naskah itu. Mereka, masing-masing mempunyai cara yang berbeza tapi perjuangan tetap sama.
Kebetulan, semasa buku sederhana tebal berwarna merah ini dibeli, Indonesia sedang hebat dengan tayangan filem Ada Apa Dengan Cinta. Visual si Rangga memegang buku Chairil Anwar sama dengan perwatakkan watak itu. Sifat Chairil yang asli dari segi tidak sekali dia melindungi perasaannya cukup untuk membuktikan sajak-sajaknya adalah dirinya juga. Walau jasad tiada, tapi kata-kata itu masih bergema hingga kini.
Evani Alissa mungkin tidak begitu kenal siapa Chairil Anwar kerana dia meniggal semasa dia masih kecil pada tahun 28 April 1949. Evani bercerita, puisi Chairil yang paling berkesan padanya ialah Cintaku Jauh di Pulau. Tetapi puisi kedua pilihan beliau yang paling menyentuh dan barangkali merangkumi perasaan Chairil pada waktu-waktu akhir hidupnya, Selamat Tinggal.
Ini muka penuh luka
Siapa punya?
Kudengar seru menderu
-dalam
hatiku?-
Apa hanya angin lalu?
Tarikh: 11 February 2006
Rujukan : Derai-Derai Cemara, Puisi dan Prosa Chairil Anwar, Yayasan Indonesia, 2000.
terbaca ja nama chairil anwar trus sedar akn panahan bait2 puisinya. aku suka. apapun aku xpndai nak bercerita pnjg pasai puisi ni tp kwn aku ni pandai. cuba la jengah sana kalu ada kelapangan..
ReplyDeletehttp://picodellamirandola.blogs.friendster.com/my_blog/
yelah, tadi singgah.menarik jugak.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteTumpang lalu. Kebetulan saya baru balik dari Indonesia dan salah satu buku yang saya beli ialah buku ini yang ditulis Chairil Anwar. Bila saya melihat bukunya itu di atas rak buku, saya terus mengambilnya... mungkin satu nostalgia bagi saya. Seronok pula bila membaca blog anda ini mengenai buku yang saya ada itu. Terima kasih.
aku juga amat mengagumi beliau...
ReplyDelete