Kepada kaki-kaki kamera khasnya dan yang baru nak beli kamera amnya, tentu kalin punya cerita sendiri tentang kedai kamera kegemaran masing-masing. Tinggal di Johor Bahru tidak banyak pilihan jika mahu membeli kamera, mahupun kompak atau pun SLR. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip sepanjang menjadi pengguna SLR di Johor Bahru
Murah dan murah
Pertama sekali, untuk mendapatkan harga murah kita perlu ringan mulut dan bersedia untuk melalui proses tawar menawar. Jika tidak penjual biasanya akan menjual dengan harga asal yang diberi pengedar atau, bagi sesetengah kes, lagi mahal dari yang sepatutnya.
Begitu juga dengan hubungan dengan tuan punya kedai atau juru jual. Lebih akrab lebih murah harga yang anda dapat.
Pun begitu, harus kita ingat, tawar meawar dah harga rendah hanya boleh didapati dari kedai milik persendirian dan bukan rangkaian franchise atau chain retail store contohnya Fotokem atau SenQ ini kerana harga adalah tetap. Merayu macam mana pun, satu sen pun harga tidak akan berganjak.
Untuk harga yang berpatutan saya cadangkan kedai yang anda boleh terus berurusan dengan pemilik kedai atau boleh memberikan anda harga yang terbaik mengikut trend pasaran dan harga semasa.
Trade in
Kebanyakkan kedai kamera yang besar menerima trade-in tetapi tidak membeli SLR atau lensa terpakai dari pengguna. Ingat, kamera DSLR sahaja, kamera kompak tidak diterima jika hendak di trade in.
Biasanya nilai trade in akan susut dari RM600 hingga ke RM1000 dari harga asal
Foto Berlain dan Johan Foto juga menerima trade-in SLR dan lensa anda dengan harga yang tinggi berbanding kedai kamera yang lain di Johor Bahru. Sebagai contoh, untuk lensa Canon 70-200mm f4L non IS yang berusia kurang setahun, masih dalam waranty dengan keadaan 9/10 diterima untuk trade in oleh Johan Foto dengan harga RM2200 manakala Mee Too Photo Photo di Tebrau City hanya menawarkan RM1400 manakala Foto CLS pula menawarkan harga yang jauh lagi muah iaitu RM1000
Kedai atau talian barangan fotografi yang berpengkalan di Skudai iaitu Shaskinki juga menerima trade in tetapi dengan harga yang agak murah. Jadi saya syorkan anda ke Johan Foto atau Foto Berlian jika ingin trade in lensa atau kamera anda.
Produk dari pengedar sah dan grey import
Dipasaran tempatan terdapat 2 sumber di mana penjual mendapatkan barangan kamera mereka iaitu dari pengedar sah yang mewakili jenama itu sendiri dan ada juga yang diimport terus dari luar negara. Kedua-dua sumber ini mempunyai harga dan kadangkala spesifikasi yang berbeza mengikut dari mana ianya diimport
Untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan terus dari pembuat kamera saya syorkan anda beli dari pengedar sah tetapi ada masanya permintaan melebihi bekalan yang ada menyebabkan penjual kamera mengimport dari sumber lain. Ini yang dinamakan grey import.
Di Johor Bahru kedai kamera yang banyak menjual produk grey import ialah Mee Too foto yang terletak di Plaza Angsana dan juga mempunyai cawangan di Tebrau City. Shashinki juga banyak menjual lensa dan body kamera import. Harga yang mereka tawarkan agak murah dari harga dari pengedar sah tetapi merupakan alternatif kepada mereka yang mahukan bekalan yang cepat dan tidak kisah dengan hal warranty dari pengedar sah dan sebagainya.
Aksesori
Tidak banyak kedai yang menjual aksesori kamera yang lengkap di Johor Bahru, namun untuk mendapatkan aksesori seperti beg, tripod, monopod, ball head dan lain-lain anda boleh ke Foto CLS di Pelangi Leasure Mall. Untuk mereka yang mahukan aksesori seperti backdrop, sistem lampu dan juga rig untuk sistem video DSLR, anda boleh ke Mee Too Proshop Sdn Bhd yang terletak di Tmn Desa Tebrau iaitu bedekatan dengan Tebrau City.
Kalau anda punyai pendapat dan komen anda sendiri bolehlah kongsi bersama sebagai panduan kita semua!
kalau sy nak beli baru,bukan trade in...kedai mana yang ok..sy masih men-servey ni
ReplyDeletethanks i found this blog it helps alot,now i know where to buy DSLR and lens in cheap price here in johor bahru
ReplyDeleteskg kedai mee too ader sales...boley la survey kesana...
ReplyDeletekalau di jb, nak murah, baru dan original bukan AP beli di belian atau juhan foto di angsana
ReplyDeleteKalau mahukan aksesori seperti rig untuk projek video DSLR sila cari di mee too proshop belakang hospital sultan ismail
kedai yang jual dslr canon original bukan AP atau Grey Set are johor dekat mana ek.kalau Canon yang made in Japan.
ReplyDeletebanyak kedai yg jual original set, just tanya penjual. biasanya AP set harga lagi urah dari harga market dan dijamin oleh kedai dan bukan pengeluar kamera itu sendiri
ReplyDeletekat mana nak jual camera.atau pun yang terima camera secondhand.
ReplyDeletepaling mudah jual online, kat facebook, mudah, ebay
ReplyDeletesy tgh nk beli canera so mmg tgh cari2 kedai camera dslr yg ok di jb. tp di shashinki tgk harga mcm murah. shashinki ni pengedar sah atau tidak ye? sy takut juga nk beli online ni
ReplyDeletenurlidiah ghazali
ReplyDeleteshashinki ni dah lama jual kamera. kalau tak sure beli online, boleh buat appointment jumpa dengan owner. mereka beroperasi di skudai johor dan boleh minta jumpa dan lihat barang dahulu sebelum beli
Salam syed... sy nk jual nikon D5100. Nk jual Rm1300 shj... bole nego lg... kt mNa bole jual eh?
ReplyDeleteSaya nak jual canon eos m10 warna hitam
ReplyDeleteBoleh beri harga agak boleh jual berapa??
ReplyDeleteDo you need a quick long or short term loan with a relatively low
interest rate as low as 3%? We offer business loan, personal loan, home
loan, auto loan, student loan, debt consolidation loan e.t.c. no matter
your credit score. We are guaranteed in giving out financial services to
our numerous clients all over the world. With our flexible lending
packages, loans can be processed and transferred to the borrower within
the shortest time possible. We encourage you to contact us and learn
more about the loans service we offered. If you have any questions or
want more information about our company, please do not hesitate to
contact us: wordfanece@gmail.com
Whats app +919650892379