Pages

Satu haribulan satu tahun dua ribu satu

Tahun baru kali ini sampai cepat. Dan macam tahun baru sebelumnya, sambutan kami sekeluarga memang meriah kerana anak kedua, Syed Fahim lahir pada pagi tahun baru. Tahun baru 2011 Fahim genap 4 tahun. Jadi, malan tadi sebagai sambutan dua acara besar, acara dimulakan dengan makan Pizza di Masai. Tentu kemeriahan tahun ini bertambah kerana lahirnya Syarifah Aisyah pada November lepas. Jadi, berganda la juga kesyukuran kami

Tahun baru kali ini sampai cepat. Ini dek kerana sejak 31 Desember saya sudah mula secara rasmi bertugas sebagai guru. Meeting pengurusan pertama. Lepas lapor diri 23 November lepas, terus cuti sekolah. Jadi inilah kali pertama jumpa dan tengok perangai guru-guru yang lain.



Satu hari bulan itu awal pagi sudah bangkit. Kena daftarkan murid, juga kutip yuran untuk pelajar tingkatan 1. Mujur saat akhir kena pindah ke sesi pagi jadi tanggungjawab menjaga kelas dengan 60 lebih pelajar jatuh kepada guru lain. Guru yang rasanya lebih penyabar dan berpengalaman. Sebagai maklumat, sekolah SMKKM mempunyai 3400 pelajar, lebih kurang. Ada kelas hingga 100 pelajar. Kelas pun tidak cukup, kabin harus di bina untuk menampung limpahan pelajar. Pada 31 Desember lepas nampaknya kerja pemasangan kabin bermula. Tidak pasti mana pelajar bertuah yang sepatutnya akan dikelaskan di kabin akan 3 Januari ini akan ditempatkan.

Maka, memang terasa cepat sungguh tahun lepas dan cepat sungguh berlalu satu haribulan januari 2011.

No comments:

Post a Comment