Pages

Sony NEX-3 + KIPON + Canon EF 50mm f/1.8 = Sublime!

Kamera DSLR punyai satu kelemahan: besar dan nampak menonjol. Langsung tidak sesuai juka anda mahu kelihatan ultra descrite dan super chick terutama dengan anak-anak. Taklah nampak macam bapa yang beriya-iya sangat mengambil foto anak di taman. Dengan dua sebab di atas saya telah memilih Sony NEX-3 sebagai alternatif kepada DSLR Canon yang sedia ada.

Walaupun Sony NEX-3 ini juga adalah sebuah DSLR dengan sensor APS-C, ia lebih kecil dan nipis dari biasa. Menunya agak mengarut san semua setting pelu melalui menu di dalam kamera dan bantuan beberapa butang dan dail di bahagian belakang kamera. Lensa kit (saya beli kit 15mm f2.8) agak soft tetapi fungsi keseluruhan memang cukup untuk keperluan saya.

Tetapi dengan adanya adaptor KIPON, kamera ini boleh juga menerima lensa Canon EOS. Jadi, Kombo Sony NEX-3 bersama lensa Canon 50mm f1.8 ialah pasangan yang memang secocok! KIPON ada membual penbagai adaptor untuk kemera SLR dan DSLR pelbagai jenama dan jenis yang saya guna ini pula mempunyai iris untuk membolehkan kita kawan kemasukan cahaya secara. Bila menggunakan adaptor ini, semua kawalan adalah dalam mode manual, agak leceh tetapi hasilnya memang membanggakan. Berikut adalah beberapa contoh foto daki kombo Sony NEX-3 menggunakan lens 50mm Canon 50mm f1.8 terus dari kamera.





No comments:

Post a Comment