Dapatkan salinan 'posting' ini dalam bentuk buku. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Setelah melihat kerjaya dengan pendapatan tinggi yang ditawarkan di Amerika Syarikat (dan mungkin juga ada ditawarkan di negara-negara lain) kini kita beralih pula ke negara kita sendiri, Malaysia.
Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka
3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.
(gambar oleh Trevor_Page)
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti di Petronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.
(gambar oleh tommyimages_com)
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian yang berdekatan.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.
Jadi, yang mana satu pilihan anda?
entry y menarik2 :D agak mencabar gak kje2 ni..
ReplyDeletememang mencabar, kene dengan pulangan yang anda terima
ReplyDeleteTapi kelebihan kpd lelaki. Perempuan lbh baik amik ijazah. Xda tempat utk perempuan nak kerja dgn diploma. Kebnyakan kerja ni kt side. mmg tendency utk lelaki.
DeleteSkrg dah rmi wanita dlm bidang oil n gas...sy sdr tlibat dlm bidang ini dan melihat bidang ini tdk lg dimonopoli oleh kaum lelaki...bos sy sdr adalah kaum hawa dan pernah berurusan dgn client2 syarikat minyak dr kaum hawa...kerjaya safetu officer juga rmi skrg wanita menceburi
Deletebagus usaha tuan syed, memberi info kerjaya yg amat berguna kpd generasi muda masakini..lebih2 lg yg ada energy n dynamic...bercita2 tinggi. tuan syed hanya namakan SCWIP sahaja, malah ada beberapa international certificate selain SCWIP, spt PCN, ASNT, AWS, API dan banyak lagi.. yg ada dijalankan dinegara kita ini..malah level engineer pun ada spt AWE,AWE,SWE (JWES Scheme) juga level engineer peringkat global spt IWE,IWT,IWS (int.inst of welding IIW)....semua yg dinyatakan td bersifat professional dan diktiraf secara global meliputi bidang offshore dan onshore...
ReplyDeleteterima kasih en aziz n noted. mungkin en aziz boleh tulis dahalm bab ini saya sangat berbesar hati untuk kongsinya dengan pembaca-pembaca yang lain
ReplyDeleteSalam... boleh x saya dpat kn website untuk inspector dalam bidang oil and gas di malaysia.. saya berminat untuk amik certificate inspetor dlm bidang oil and gas
ReplyDeleteBoleh bagi alamat untuk mengikut SCWIP di Malaysia..kalau blh area kl dan slgr
ReplyDeletewww.twisea.com
Deletejelanie wilbert
ReplyDeleteSaya difahamkan kursus ini dijalankan oleh ejen-ejen bertauliah dan banyak terdapat di KL. walaubagaimanapun nama atau website mereka saya tidak maklum. Jika ada informasi akan saya kongsikan kemudian
As salam.layak tk untuk saya bekerja di syarikat oil & gas tanpa mempunyai sijil yang berkaitan? Saya da 4 tahun bekerja dengan syarikat2 engineering dan mempunyai pengalaman yg baik.adakah saya blh ditrima tanpa mempunyai sijil yg berkaitan?
ReplyDelete*pembetulan..bukan SCWIP tapi CSWIP...boleh rujuk www.twisea.com atau www.mindt.com.my
ReplyDeletetempat lain ada jugak yang sponsor oleh kerajaan dan sebagainya.
Anon,
ReplyDeleteTerima kasih atas input dan teguran yang sangat2 berguna tersebut
salam...
ReplyDeleteada sape2 kat cni tau mana nak dpt sijil ROHS ni????
salam.
ReplyDeletesaya ada dip dlm bidang safety health n occupationally ..
saya ingin bekerja di dalam offshore.boleh bg pandangan sikit?tq
saya rasa di NIOSH ada menawarkan kursus ROHS
ReplyDeleteMcm mana nak pohon
Deletedoktor ade x dekat pelantar??
ReplyDeleteade......biasanye ada atas big or high risk facilities.....biasanye di supply oleh international SOS.....not so sure about additional competencies requirement selain dari yg sedia ada pada seorang doc.
DeleteSkop kerja niosh macam mana ? Kalo amek sijil uh perluang pekerja besar or ✗
ReplyDeleteAssalamualaikum? Saya berminat nak tahu singkatan2 huruf yang digunakan En Aziz Dawam, contohnya. PCN,ASNT. Saya pelajar undergraduate Fizik Industri UTM. Antara major yang saya bakal belajar nanti NDT and QC. Macam mana nak kembangkan kerjaya dalam bidang ni nanti ye?
ReplyDeletepost yg sgt membantu kpda pelajar lepasan spm yang kurang bernasib baik mahupun menjadi rujukan kpda penganggur..syabas!
ReplyDeleteEgy rinaldo : terima kasih
ReplyDeleteCik melon : ada
Hai..nak bagi info ckit tentang kerja offshore..benda yang mesti ada adalah..offshore safety course,seaman book,passport bg yg nak p oversea..dan kalau boleh sijil2 tertentu bergantung pada kerja yang anda minat..smoga berjaya..
ReplyDeletebrisleybjr : Thanks for the info!
ReplyDeleteThanks 4 info..mohon share..
ReplyDeletetks atas jln yg menuju masa depan yg cerah
ReplyDeleteada info utk memohon kursus yg d tawarkan tak?
ReplyDeleteLupa tmbah 1 kerjaya tu. Jurujual, bg produk MLM. Kebanyakan jutawan dan mereka yg berpendapatan tinggi adalah jurujual. :D
ReplyDeleteSuch a great entry... Thanks tn syed.
ReplyDeleteAssalammualaikum en.syed bleh list kan x kat mn kt nak dpt kan kursus scwip 2
ReplyDeleteMana yg mampu untuk terima ilmu.. tuntutlah ilmu semampunya.. saya teringin untuk sambung lagi pengajian di peringkat Master *ijazah sarjana.. tapi keadaan & kewangan belum mengizinkan.. takut tak mampu untuk kuatkan diri belajar sungguh2.. jadi saya mengambil langkah tumpukan kerjaya sekarang dan buat sehabis baik yang boleh..supaya gaji yang dapwt berkat.. amiiin amiiin amiiin.. namun saya tetap menyokong & info2 seperti ini patut dikongsikan kepada semua supaya tiada siapa yang menyangka diri mereka tidak berguna jika tidak lulus dgn cemerlang dalam SPM atau mana2 peringkat pengajian... yang penting usaha & ikhlas bekerja. :-) mohon share info ni..
ReplyDeleteInfo yg bagus..
ReplyDeleteCuma kalau saya boleh tambah info sikit lagi..
Bekerja sebagai jurutera marin dan pegawai malim juga menjanjikan pendapatan yang agak lumayan. Cukup dengan diploma kejuruteraan marin atau diploma pengajian nautikal selama 3 tahun, sudah cukup untuk membolehkan anda menceburkan diri di bidang perkapalan, berpeluang melihat negara lain secara percuma, makan dan minum ditanggung sepenuhnya dan lain2 pakej remuneration bergantung kepada syarat dan terma syarikat yang berkenaan. Cuma, anda kena berjauhan daripada keluarga untuk tempoh yang agak lama..mungkin 1 bulan hingga 7 bulan. Pendapatan dikecualikan daripada cukai.
Saya nak tambah skit. Kerja sebagai Surveyor / Offshore Surveyor / Geophysicist / serta CSR atau Client Rep. juga berpendapatan tinggi. Sudah ramai kaun hawa menceburi dibidang ini yg selama ini hanya dimonopoli org lelaki...
ReplyDeleteTipulah...semua bohong...aku ada cswip 3.2 kerjapun Xda
ReplyDelete3.2 xkan xde keja...3.1 pun sng je dpt keja bro...lg plak pki pcn cert je dah blh jd client rep atau keja offshore...job pun byk skrg ni...
DeleteCe kaji plak license aircraft engineer... ni pn lumayan gak..
ReplyDeleteSumber atau kajian mana yg penulis guna utk justify apa yg ditulis? Ada beberapa info tak tepat dan ditulis tanpa pembacaam, kajian dan penelitian yg mendalam
ReplyDeleteTotally agreed!!! Mislead
DeleteSalam...kalau nk mintak kerja guna spm terus boleh x?
ReplyDeleteAir diver and saturation diver pon kaye raye.Kat offshore malaysia kurang dr 20 org yg berkelayakan sebagai Saturation diver.
ReplyDeleteBarge Medic: Most of medic di platform atau kapal biase nye adalam MC hospital kerajaan yg kerja kat ward kecemasan. Pn masih tak ramai.
Safety Officer : Sy sendr sbg safety officer offshore based mmg masih diperlukan.ambil cert and exam di Niosh Atau NEBOSH di MSTS, TWI and Consist.
Kata2 x smudah yg dkatekn...tpaksa trima hakikat dunia ari...klu xde kabel susoh nk apply kje offshore klu sdah ada mcm2 certificate...just pandangan yer...
ReplyDeleteBetul tu!! Teori bagus.reality tak semudah yg ditulis.cuba baca comment yg lain diatas,offshore/16listing job for yg tercicir/lulusan spm/rasa tak berguna - mislead info!!
DeleteKena la usaha...adik aku yg spm hanya SAP telah berjaya sbg client exxon...dr sorang jaga kat bukit antarabangsa kn dah berjaya krn dia rajin berusaha...x dinafikan dlm oil n gas kabel penting...tp x semestinya xde kabel x blh berjayakan...tu smua rezeki Allah jika kita usaha berdoa tawakal in sya Allah dpt la hasilnya
DeleteDriver lori mcm aku pon lumayan apa hehe
ReplyDeleteKawe tanam pisang je. Alhamdulilah. Bertingkek2 rezeki
ReplyDeletemcm mana nak apply keja no 13
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mereka yang berilmu dan rajin mencari ilmu pasti akan berjaya dunia-akhirat dengan izin-Allah. Istiqamah, insyaAllah.
ReplyDeleteKhaidir Zakaria
assalamualaikum..
ReplyDeleteseingat saya nak phon OSHE.. memerlukan calon sekurang2nya 3 tahun pengalaman bekerja.. dan harga sijil lebih kurang RM2000 untuk belajar setahun.. Ujian RM300.. dan anda perlu mamtap dgn ilmu untuk VIVA untuk paper 4... DAN bukan mudah nak siapkan tesis.. sebaik2nya.. kumpullah mengalaman... semoga yg ingin menyambung semoga berjaya.. sbb Allah yg memberi rezeki bukannya manusia.. dan jika terlewat & terasa lambat rezeki 2... sila bykkan istifar nabi yunus.. IN SHAA ALLAH pasti ada jalan buat anda... =) semoga anda semua berjaya dunia & juga akhirat
Saya tak sekolah tinggi pun 14 tahun doh offshore oversea..SRP pun tak lulus..tak payah pakai sijil SPM pun,tak payah surut behenti sekolah..ok apa
ReplyDeletedulu dgn skrg lain bang. skrg nie barang semua naik harga, qualification utk offshore competent person pn naik la jugak. hihi
ReplyDeleteBerminat menjadi agent insurance? Hubungi saya.. sukma 0162080032... gaji anda tiada limit.. bahkan ada yg mencecah ratusan ribu sebulan....
ReplyDeleteMemang betul, tak perlu diaorang habiskan masa di u 4-5 thn untuk ijazah, ini bukti spm bukan segalanya
ReplyDeletehttp://cheguzam.blogspot.com
Peluang Kerjaya dalam Industri Perancang Kewangan Islam terbuka luas untuk calon-calun lepasan IPTA/IPTS bersama MAA TAKAFUL. practical training juga boleh dijalankan. Hubungi Saaidon Mohd 017-330 3304 atau resume ke saaidon@gmail.com untuk pengambilan baru seluruh Malaysia.
ReplyDeleteAlhamdulillah...fakta yang menarik dan berguna.Kena tambah satu lagi bidang yang professional....melakukan MLM bisnes.Tidak perlukan sijil akademik yang tinggi..hanya perlu keinginan dan kerajinan yang tinggi.Ramai yang telah berjaya dalam industri ini...dalam era 'susah dapat kerja' ni dan kedudukan ekonomi yang tak menentu,peluang kerja memang terbatas...jom buat MLM bisnes...semestinya ini pilihan terbaik kalau anda sukakan cabaran.
ReplyDeleteAlhamdulillah, insyaallah rezeki Allah itu luas... Terima kasih Tuan Syed diatas info yg berguna ini... Sekiranya kawan2 berminat dengan kerjaya sebagai Perancang Kewangan Islam Unit Amanah @ unit trust, bole hubungi saya Abubakar 019-303 8606 Salah satu kerjaya yg amat menarik, waktu kerja yg fleksibel dan pendapatan tiada had..insyaallah.
ReplyDeleteBagi yang ingin mencari kerjaya tu, buatlah pilihan yang terbaik dengan memilih kerjaya yang anda dengan tepat. Jangan hanya memikirkan imbuhan yang bakal diperolehi dan pastikan anda sangat minat dengan kerjaya tersebut. Tiada guna jika anda tidak happy dalam melakukan kerja seharian anda nanti.
ReplyDeletehai..saya hanya ada spm qualification with moderate result..saya ingin bertanya cadangan untuk course yang saya boleh pilih dan mendapat peluang kerjaya
ReplyDeleteInfo yg menarik! Saya hanya salesman kereta..ingatkan ada dlm list jgk..hehe..
ReplyDeleteBekerja sebagai jurutera baik pulih pesawat (aircraft maintenance engineer) pun tidak memerlukan diploma atau ijazah.. hanya perlu lulus lesen awam jurutera pesawat DCA / EASA etc. Gaji bergantung syarikat mana berkerja
ReplyDeletecamane ek nak jadi ejen hartanah,kebanyakannya dikuasai oleh bangsa cina aje
ReplyDeleteBagus berkongsi maklumat, tapi sejauh mana maklumat yg dikongsi itu betul, sedikit info untuk Safety and Health Officer requirements :
ReplyDeleteSblm tahun 2000 : lulus SPM dengan sekurang2nya pangkat 3
Slps tahun 2000 : 6c dlm bahasa melayu, b inggeris dan matematik serta lulus salah satu subjek sains
Modul latihan ada 4: management, legal, Health (agak teknikal sesiapa yg tiada atau tidak mengambil subjek sains mungkin akan ada sedikit kesukaran), Safety
Untuk menjadi safety and health officer yg kompenten perlulah lulus peperiksaan + 3 thn pengalaman bekerja dalam bidang OSH. Peperiksaan dikendalikan oleh NIOSH ( pusat latihan )
Perlu juga faham pendaftaran as competent person adalah dgn DOSH ( Department Occp Safety & Health). Maksudnye segala standard keselamatan dan kesihatan adalah dikawal selia oleh DOSH dan bukan NIOSH.
Spt komen2 diatas realiti adalah tidak seindah yg saudara ketengahkan...tanggungjawab adalah sgt besar, dlm sesatu kelas mungkin 30pax tapi yg mengambil exam mungkin 5, dr 5 org yg register as competent person hanya 1
satu lagi kerjaya menarik..jadi Menteri di Malaysia..kelayakan SPM aje cukup..gaji x banyak, tapi bleh jugak kaya raya dengan menyalahgunakan kuasa yang ada
ReplyDeleteTakde kabel pon boleh dapat keje mah. Bagi aku yg oemalas je x bekerja. Paling penting x putus asa. Aku ambik masa bertahun gak cari keje ofso then dapat jugak keje dgn company oil&gas international yg besar.
ReplyDeleteSape bminat utk jadi agen insurans boleh hubungi sy.. pendapatan sgt lumayan... 0196648311
ReplyDeleteBerminat kerja2 yg mencabar . Tapi ada yang sudi beri kesempatan dan peluang ?
ReplyDeleteThanks for the info.u should tambah high end retail associate, gaji saya 7-10k sebulan.kerja senang,no paperwork,travel and training oversea and 5 days a week.tapi pr mesti la bagus coz nak kipas tan sri puan sri.
ReplyDeleteApa nama agency? Saya berminat
DeleteAda yg bertanya, bagaimana nak apply kerja no 13?
ReplyDeleteAda ditawarkan kursus oleh Agensi Nuklear Malaysia (Bangi): Course for Radiatio Protection Officer, RM2000+ lepas tu sit for exam di bawah Lembaga Perlesena Tenaga Atom (Dengkil). Bila lulus, anda otomatik Radiation & Safety Health officer.
My fren as safety n health trainer....br freelance dalam 2 tahun...mampu beli rumah 1.4 juta...miliki 2 kereta mewah dan mcm2 hrta lg....sembang dgn dia income sbln around 80k - 100k
ReplyDeleteramai2 pakat amek safety..gaji mmg meletop sama cm yg laen jugakkk....
ReplyDeleteJika sesiapa berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya Takaful @ insurans Samada part time atau full time bleh hubungi saya di talian 013-9229886 @ 013-9219886.. Bersama syarikat No 1 di Malaysia serta Agensi Bumi terbaik di Malaysia.. Saya akan ajar dan tunjukkam caranya.. Langkah yg pertama akan menentukan 1000 langkah kejayaan anda..
ReplyDeleteSila hubungi saya untuk jadi takaful konsultan bersama prubsn takaful. Cuma perlu lulus takaful basic exam. Tanpa Pce dan ceili. Hanya 1 exam sahaja dgn modal rm80. Johari 0192883361 johari@prubsnadvisor.com.my
ReplyDeleteSaya wakil takaful.....kerjaya ni mmg hebat...anda yg tentukan sejauh mana anda terbang...minat call sya. ..0197516362..zaini.(j.b.).
ReplyDeleteJutawan..MLM...network marketing is the future business...jom join kami dalam iphotosciense..double steamcell..sekarang mencari pengedar diseluruh malaysia dan asia tenggara...tiada had pendapatan..dah terbukti...hubungi saya ayu jelita 0135188861 dan hani awesome..0135880459..
ReplyDeleteBagus juga info ini. Cuma lagi bagus kalau dapat fakta angka pendapatan setiap bidang berkenaan. Contohnya pendapatan sebagai juruterbang RM20,000 (syarikat penerbangan tempatan), RM60,000 (syarikat penerbangan luar negara.
ReplyDeleteSatu lagi tertinggal ialah sektor jualan langsung. Mengikut statistik KPDNKK, terdapat lebih dari 4 juta rakyat Malaysia terlibat dalam sektor ini. Pendapatan lebih kurang sama dengan sektor insurans/takaful. Ada yang terlibat dalam jualan langsung dalam tempoh 5 tahun mencapai pendapatan RM30 juta!
Sape2 nk join bossventure, leh kontek or wassap sy... 0129626636... Incentive daily 1.5%... :)
ReplyDeleteHaha sempat lg iklan...
Bisnes xpyh cari org, still dpt profit 1.5%...
Status real company berregister MSC and SSM...
Jd ustaz pun ok gak,pandai agama je.org byr mmg x lumayan.tp rezeki diorg x putus2 gamaknya.iye lah, kuliah agama, majlis tahlil, pengkebumian, jd imam bulan puasa, semua byr cash skrg ni
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Syed atas perkongsian ilmu. Semuga pelajar mendapat panduan dalam mencari karier yang bersesuaian.
ReplyDeleteJuga komen-komen dari pembaca yang lain.
dalam great easterntakaful atau life..ada 17k agent.....yg berpendapatan tinggi hanya 20% je...gelfaam (kesatuan ejen insuran great eeastern) ada buat kajian... 80% ejen2 ni purata nak dapat 20k setahun pun susah...so jgn lah percaya berita yg indah khabar dari rupa... siapa yg pernah terlibat lebih mengetahui. Yang high inocme 20% je....
ReplyDeleteKerja lumayan di dunia,belum tentu pulangan lumayan di akhirat.yang rajin cari dunia dpt dunia, yg rajin cari akhirat dpt akhirat, dan bg yang rajin cari kedua2nya dpt dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAlhamdulillah..saya dapat membuktikan kerjaya sebagai agen insurans dpt memberikan income 5 angka..hubungi saya 012-2854181 , Prudential Takaful.. Join sekarang boleh dapat iPad free and cash reward.
ReplyDeleteUntuk kawan2 disekitar kawasan utara...
ReplyDeleteTakaful-Malaysia sebagai syarikat pertama peneraju takaful menjemput anda bersama kami. Email: takaful@smart2u.com atau hubungi 013-4280996
First sekali....Bisnes MLM memang untung giler bagi yang berada di atas. Upline.
ReplyDeleteEntah lah. Aku memang pernah kerja oversea bidang Telco. Kerja freelance bidang telco ni biasanya tak berapa mahal. Tapi selalunya dibayar dalam USD or EURO.
ReplyDeleteejen hartanah dan insurans, ya tak perlu ijazah untuk mula bekerja. tapi if ada academic background dalam bidang tu, lebih confident nak convince orang. btw, itu rezeki masing2
ReplyDeleteMohon berhati-hati jangan mudah terpedaya dengan pendapatan lumayan bagi kerjaya yang disenaraikan. Maksud saya, titik peluh dan usaha amat diperlukan bagi mencapai matlamat, ia bukan perkara mudah. Nothing is free and easy. It is also a case of supply and demand, and to be at the right place at the right time. Bagi setiap yang berjaya, ramai juga yang kurang maju atau kecundang. Saya tergolong dalam mereka yang berpendapatan lumayan (Euro 5-angka sebulan bebas cukai) tanpa memiliki ijazah, tetapi pencapaian saya sudah pasti hasil dari usaha yang gigih dan semangat yang kental.
ReplyDeleteAssalamualaikum bro, blh tlg share details ape kerjenye n cane nak dpt tu, sy berminat. muhsinramly@gmail.com
DeleteSaya ada saudara yang pelajaran sampai ting. 3 dan masuk GiatMara, tapi berpengalaman lebih 5 tahun dalam kerja2 buruh seperti kimpalan, dan wiring.
ReplyDeleteapakah peluang bagi org yg tiada SPM
Terima kasih atas segala komen dan input dari anda semua. Good luck n all the best pada yg mahu menceburi bidang yang dibincangkan
ReplyDeletemenarikkk...jom
ReplyDeletehttp://stayreward.com/index.php?share=34040
untuk bekerja di oil rig atau offshore seseorang perlulah memiliki sijil latihan keselamatan dan survival di laut disamping mampu bertutur dan menulis di dalam bahasa inggeris dengan baik..
ReplyDeleteJadi menteri kerajaan pun xpayah sekolah tinggi, gaji besar juga
ReplyDeleteYang penting, apapun kerja, pastikan yang halal
ReplyDeletehttp://mimpitidur.blogspot.com
PenerajuEdu atau Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (www.facebook.com/PenerajuEdu) ada menyediakan peluang tajaan untuk kebanyakkan program yang disebut. Apa kata lawati laman web mereka? Mandat mereka ada menyatakan yang mereka memastikan program-program yang mereka jalankan akan membawa kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.
ReplyDeleteAlhamdulillah...dgn kelulusan SPM yg begitu teruk sy menyambung pelajaran ke IKM dan mndpt sijil Wireman PW4.Kemudian menyambung pelajaran lg ke BMI utk kursus Chargeman A1 dan kemudiannya A4.Dan skrg menjadi kontraktor main con TNB yg berjaya.Semuanya dgn izin Allah...
ReplyDeletebetul tuan, satu lagi saya nak tambah. kerjaya yang tak perlukan diploma mahupun degree adalah aircraft licensed engineer . kena ambil exam dengan DCA
ReplyDeleteSalam...nak tnye ckit..sy ad sijil aircond lepasan ikm..boleh tak kalau sy nk apply kerja dlm bidang oil n gas ni...tq
ReplyDeleteSaya seorang welder. Pernah berkerja di advance starlight marine repair speacialist sdn.bhd di klang.. Saya ada sijil welding 6G dari CSWIP Dan skm lavel 2 dari ilp dalam jurusan kimpalan. Sekarang saya berkerja di syarikat pengeluaran wire rod di pulau pinang sebagai fitter.. Dengan pengalaman saya ni boleh saya mohon kerja di syarikat oil n gas ni? Sy juga pernah mengikuti kursus di niosh..
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan Syed Syahrul. Terima kasih ilmu berguna di atas. Saya berumur 25 tahun menuju ke 26 tahun. Tetapi masih terkial-kial mencari peluang masuk ke bidang O&G/marine/aviation. Belum mempunyai sijil/pengiktirafan/akraditasi mana mana institusi untuk menuju ke sana. Sekarang menunggu keputusan permohonan ke IPTA/IPTS melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma (mekanikal). Menurut ilmu yang tuan ada, saya mohon saranan terbaik tuan. Berbanyak terima kasih in advance.
ReplyDeleteSaya berkecimpung dlm bidang Takaful. Alhamdulillah..mmg income tiada had..berdasarkan usaha kita. Mmg yg berpendapatan tinggi tu sbahagian..tp semua tu berdasarkn usaha anda. Nak income banyak, kerja kuat dan sentiasa tambah ilmu. Tp kalau biasa2 je pun..nak dpt komisen 5k-10k sebulan tiada masalah..mungkin makan masa dalam 5 thn utk dpt income mcm tu..tp masih berbaloi berbanding makan gaji ..
ReplyDeleteI love my career!
kalau nak buat insurans sebagai part time job berbaloi ke ?
ReplyDeleteKeje offshore nie untuk yg kental sahaja...kalau dalam kepala setakat nk duit je better dont go this way..ramai yg saya kena x sanggup continue..keje bukanye rilek2 dlm opis ada aircond semua.. u have to sacrifice a lot to get the money..study betul2 dulu apa yang u nak buat for your future...jgn tgk duit je..minat kena ada. Ramai org muda berlumba2 nk join oil n gas pastu give up in the middle..the article is really good btw, its a good options for those who are unfortunate masa spm ke...uni ke.
ReplyDeletesyukur nikmat Allah yg memberi rezeki..
ReplyDeleteorang sekeliling pandang rendah bile sy cume layak belajar di poli dan bukan uni... 4-1/2 tahun sy kuatkan azam membuktikan yg diploma sy ni tinggi nilai nye..
Skrg lepas 7 thn bekerja dgn O & G.. mereka2 yg pdg rendah dgn kelayakan diploma sy ni baru sedar yang Allah itu maha adil.. mane tak nye.. gaji sebulan sy same dgn gaji setahun diorang. duit kete saye bole bayar 5 kete dorang.. fly sane sini tanpe sempadan (kecuali israel).. dan lain2..
pokok pangkal nye kat sini sekadar berkongsi pengalaman.. takde niat nak riak dan takbur..
Kepade mereka yg merasa rendah diri dgn tahap pembelajaran anda jgn putus asa.. yang paling utama itu doa dan usaha yang kental utk memajukan diri sendiri dan keluarga..
sekirenye ade peluang utk ke peringkat lebih tinggi.. teruskan niat anda..
Assalamualaikum, sy berminat nak tau lbh lanjut. Ape kerje n jalannua. Kalau x keberatan blh email sy at muhsinramly@gmail.com
DeleteSokong entry ni..insyaAllah, tanpa ijazah jg mmpu mjana pdapatan yg tggi..hubby CN sndiri takde ijazah..alhmdulilah..mmpu menjana pdapatan sma spt CN yg ada dgree ;)
ReplyDeleteAssalammualaikum abang . Saya nk tanya mengenai khursus welder atau pekerjaan . Dekat mana saya boleh dapat khursus welder . saya cuma ade kelayakan spm sahaja .
ReplyDeleteCrane operator
ReplyDeleteNak tanya pasal wireman...
ReplyDeleteSiapa yg menceburi bidang no. 2 di atas?syarikat no 1 di Malaysia. Hubungi fairuz 0122293870
ReplyDeleteSesiapa yg ingin menceburi bidang berpendapatan no.2 paling tinggi di atas iaitu perunding kewangan/ unit amanah dgn syarikat no.1 di malaysia, hubungi fairuz 0122293870. Syarat: min spm bahasa & matematik credit. Umur min 21thn. Masa kerja yg flexible, bonus, komisyen, melancong 5 bintang percuma. Tiada bos & adil: usaha lebih, dapat imbuhan lebih.
ReplyDeleteWhat a great online source of information about this topic. you have done great work. keep continue to sharing such kinds of post. keep it up.
ReplyDeleteThanks for sharing this quality information with us. I really enjoyed reading.
ReplyDeletekids games online
friv 2
unblocked games
juegos de un show mas
Semua usaha dn tekad memang drpd diri sendiri tpi ingat Allah yg Maha Pemberi Rezeki. Semua itu tk jadi klu Allah tk iziinkn.
ReplyDelete