Sehingga sekarang iaitu kurang 2 jam lagi sebelum waktu
berbuka dihari terakhir 29 Ramadan 1433 Hijrah, Alhamdulillah 2 anak lelaki
saya Syed Muhammad Haziq dan Syed Fahim berjaya berpuasa hamper 30 hari – iaitu
tolak sehari dimana mereka mereka telah cuba tetapi gagal untuk menamatkan
puasa pada waktu yang sepatutnya. Sebagai bapa saya sangat bangga. Selain dari
berpuasa, apa lagi yang kita boleh belajar dari mereka ini tentang bula
Ramadan?
Perkara yang menarik tentang kanak-kanak ialah mereka
mempunyai daya ingatan yang pendek – terutama perkara berkaitan dengan
persahabatan. Kalau dikira dalam sehari berpuluh kali Haziq dan Fahim Bergaduh
tetapi tak sampai beberapa minit mereka sudah berdamai dan kembali ‘bergumpal’.
Kita pula orang dewasa, bagaimana? Tinggalkan peristiwa lama dan cubalah SMS
kawan-kawan lama yang lama kita sudah tidak bertegur sama. Yelah, eratkan
kembali silaturrahim yang dulunya pernah terputus.
2. Bulan untuk memperbanyakkan ibadah sunat
Anak saya kalau saya leka berbuka selalu ingatkan saya bila nak bawak mereka berterawih. Kalau sampai di masjid, benda pertama mereka minta ialah wang untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Kadang-kadang kita lupa untuk menambahkan ibadah dalam bulan yang mulia ini. Mujur ada anak-anak saya yang sering mengingatkan.
Anak saya kalau saya leka berbuka selalu ingatkan saya bila nak bawak mereka berterawih. Kalau sampai di masjid, benda pertama mereka minta ialah wang untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. Kadang-kadang kita lupa untuk menambahkan ibadah dalam bulan yang mulia ini. Mujur ada anak-anak saya yang sering mengingatkan.
Kepada semua
kawan-kawan, selamat hari raya dan semoga kehidupan kita semua akan dirahmati
Allah, insyallah!
Alhamdullillah permulaan yg baik utk anak2 tuan harap tiada unsur paksaan semasa mereka berpuasa kerana ia adalah haram. Tetapi paksaan perlu utk solat kerana nabi saw perintahkan demikian sehingga genap umur 10 tahun kalau enggan solat boleh dirotan. Nabi saw memberatkan solat kerana setiap mukmin yg menjaga solat pasti berpuasa akan tetapi ramai mukmin yg berpuasa tetapi tidak solat atau bersolat dgn sempurna. Yg penting kita sebagai bapa wajib berilmu supaya isteri dan anak2 kita selamat dr fitnah dunia yg bukan kepalang dugaan. Suami ke syurga isteri dan anak2 ikut sama, tetapi klu isteri dan anak2 masuk syurga belum pasti kita suami ikut sama. Wabilahitaufik walhidayah.
ReplyDeleteTerima kasih. sebagai bapa insyallah saya akan cuba buat yang terbaik. dengan bantuan isteri saya cuba mendidik anak-anak mengikut ajaran agama. Insyallah, saya terima teguran saudara & Selamat Hari Raya
ReplyDelete