Sebagai seorang guru saya mendapati , ramai murid yang masih mempunyai masalah untuk menulis karangan yang baik, terutamanya bagi soalan SPM kertas 1 Bahasa
Inggeris . Pada
saya, perkara yang paling penting adalah perancangan. Jika seorang pelajar itu
tahu langkah-langkah yang sepatutnya mereka ikuti nescaya masalah seperti tiada
idea untuk menulis atau writer’s block tidak akan wujud semasa murid mengambil
peperiksaan nanti. Ingat seseorang yang tidak merancang sebenarnya merancang
untuk gagal.
Di sini saya akan menunjukkan langkah mudah untuk menulis
karangan section B (bahagian B) iaitu continuous writing
A : Preparing a draf (Menyediakan rangka karangan)
Ramai murid yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan mereka dahulu. dengan menulis draf, murid dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka. Dari situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah dimana yang perlu dan dapat menyiapkan karangan dalam masa yang diperuntukkan
Langkah 1
Pilih tajuk karangan anda. Cari isi penting dengan
menggunakan kaedah melemparkan soalan iaitu 5W1H. Apakah yang dikatakan 5W1H?
- Who (Siapa)
- What (Apa)
- Where (Di mana)
- When (Bila)
- Why (Kenapa)
- How (Bagaimana)
Langkah 2
Daripada semua
soalan yang dikemukakan di atas, anda seharusnya mencari jawapan yang sesuai. Jawapan
inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan anda.
Langkah 3
Seterusnya, dari setiap main points tersebut anda perlu
hasilkan beberapa sub points (isi tambahan). Buatlah beberapa sub points untuk
setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.
Langkah 4
Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya
karangan anda mempunyai isi yang banyak, panjang mengikuti kehendak soalan dan
menarik untuk dibaca. Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, anda harus
mematuhi subject- verb agreement.
B: Start writing an essay (Mula tulis karangan)
Langkah 5
Mula menulis
karangan anda. Pastikan karangan anda mempunyai;
- Introduction (Pendahuluan)
- Body (Isi)
- Ending (Penutup)
Di bahagian
Introduction, anda mesti nyatakan;
- Tajuk karangan anda
- Definasi tajuk karangan anda
Di bahagian body,
bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan
itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya
Di bahagian
ending, anda perlu membuat kesimpulan karangan anda. Ia perlulah
merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan
sebelumnya.
Langkah 6
Periksa ejaan,
jumlah perkataan dan format karangan anda. Pastikan ia mengikut kehendak
soalan. Pada bahagian seterusnya saya akan berkongsi pula panduan menulis section A : Directed Writing
assalamualaikum,terima kasih cikgu kerana membantu.
ReplyDeletesemoga ia membantu
ReplyDeletethank you !!
ReplyDeleteassalamualaikumwarahmartullahiwabarakatu.Cikgu terima kasih ye.Sebab buat formula ni.Sekali lagi nak ucapkan Terima Kasih Banyak-Banyak pada cikgu semoga saya lulus dalam UPSR Amin....
ReplyDeletewaalaikumsalam WBT. Saya pun doakan semoga awak berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti
ReplyDeletethanks ckgu... tpi saye ade mslh vocab la ,,kadang2 tu trus direct translate je.. an lagi satu dlm karngn sye krang msukkn ungkapan yg mnarik ...
ReplyDeleteplease tlong sye cm ne nk bgi krngn sye jdi lbih mnarik ..
harap ckgu bolh tlong sye ..
ths is 4 my spm... pleazzz
Ilah violet
ReplyDeleteTerima kasih. Untuk memperkayakan vocab dan menggunakan ungkapan yang menarik anda haruslah banyakkan membaca bahan dalam bahasa inggeris
Untuk menjadikan karangan menarik, satu sahaja pesanan saya, dont hold back, tulis ikhlas dan apa yg datang dari hati selalunya menarik dan akan sampai ke hati yg membaca
Asalamualakum.. cikgu mcam mne pula nak target bahagian objektive pula ye.. sye lemah bahagian objektive..sye pelajar dari melaka
ReplyDeleteaiman hamid
ReplyDeletebahagian objective anda harus faham baik2 penyataan atau teks yang diberi sebelum menjawab. bahagian rational cloze pula anda harus punyai kefahaman terhadap grammar bahasa inggeris dengan baik untuk menjawab
assalamualaikum...
ReplyDeleteboleh mintak tolong cikgu semak essay?
cikgu, karangan spm 2013 ada dengar2 apa yg keluar tak ?
ReplyDeleteAirysha, boleh, emailkan ke syed.syahul@gmail.com
ReplyDeletewow..saya sangat suka tips 5W1H tu...saya baru tingkatan 3...tapi saya mahu buat latihan yang lebih awal tentang karangan bahasa inggeris tingkatan 4 ni sebab saya sangat lemah dalam bahasa inggeris...harap cikgu boleh tolong berikan contoh soalan paper 2 untuk spm dan format dia sekali..btw,tips sangat membantu..:)
ReplyDeleteasalmualaikum boleh ajar saya bagaimanan nak buat karangan dalam bahasa inggeris
ReplyDelete