Pages

Balada si pendeta muka buku

Orang bijak pandai berpendapat, hidupan ini adalah satu kitaran yang akan berulang setiap 20 tahun.

Semasa berumur 20 tahun, manusia menemui cinta sejati. Ketika 40 tahun, manusia berjumpa cinta kembali dan apabila umur mencecah 60 tahun, manusia ingin menambah cinta - lagi.

Orang bijak pandai juga gemar berjenaka. Mengisi masa dengan berceritera. Tidak juga segan mentertawakan diri sendiri bila perlu dan tidak cepat terasa.

Jika di zaman dahulu, medan berdebat dan berceritera adalah kedai kopi dan anjung masjid, kini senarionya berbeda. Kawan-kawan jaraknya semakin jauh. Tak jumpa tak apa, media sosial kan ada?

Kedai kopi kini tinggal kedai kopi. Fungsinya masih sama tapi kini sudah ada Astro. Penuh bila ada siaran lansung bolasepak sahaja. Peminat gusti semakin kurang, mungkin kerana lakonan mereka tidak semantap zaman ultimate warrior dahulu.

Diantara sapaan dan bertanya khabar dikalangan kawan dan kenalan, ada juga si bijak pandai yang suka berceritera. Ada kalanya, tinggi sungguh bahasa tak kurang sungguh terkesan apa yang diceriterakannya. Ada yang 'dicopy paste' sahaja dan kemudian di 'share' untuk dikongsi bersama.

Orang tidak lagi ke kedai kopi untuk berita terkini. Si bijak pandai tidak lagi bermulut lancang berceritera hingga terbit buih-buih di tepi bibir- tapi membiarkan jari jemarinya yang menari.

Tapi orang bijak pandai pun kadang-kadang lupa, karena, orang gila pun tidak pernah memanggil dirinya gila

No comments:

Post a Comment