Hari ini 1 Januari 2013 genaplah usia Fahim 6 tahun. Dia punya semangat nak skolah, mengalahkan bapak dia! Ini foto masa kami makan di Warong Saga tempoh hari
Showing posts with label fahim. Show all posts

Ujian saringan / streaming sekolah agama
Prosedur kemasukan ke darjah satu sekolah agama sekarang pun sama macam ke darjah satu sekolah rendah, perlu lalui peperiksaan streaming untuk tentukan kelas mana yang akan ditempatkan
Walau begitu, pembelajaran masih sama, logiknya senang untuk mengajar anak2 dengan tahap pemahaman yang sama. Selesai sudah Fahim dan Haziq ambil ujian tadi. Tunggu masa untuk ke kelas sebenar pula
Kenapa kita kena pakai topeng?
Happy New Year, 2008
Selamat Tahun Baru dan Selamat menyambut hari lahir yang pertama kepada Syed Fahim Bin Syed Syahrul Zarizi!
Happy birthday, from Us!

Happy birthday to Fadhilah Othman, from us. Selamat tinggal Cyberjaya & semoga penghijrahan ke Johor diberkati Allah, insyallah.
Gambar Fahim

Kisah pasca tahun baru
Hari raya haji tahun 2006 agak lain kali ini. Kami beraya dengan atuk tetapi si ibu beraya di hospital dengan bakal-bakal ibu yang lain. Di wad kelas 3 berhadapan dengan selat Tebrau. Kelihatan Singapura nun di sana.
Awal pagi tahun baru, Sekitar pukul 5 pagi, satu panggilan dari si ibu, menyatakan perut sudah mula menegang. Hati berdetik, akhirnya. Semasa memandu, mulut terkumat-kamit membaca doa dan berharap semuanya selamat. Tidak lama berada di hospital, air ketuban pecah. Bergegas kami dengan dibantu misi ke wad bersalin.
Semuanya berlangsung dengan pantas. Kami hanya berada di sana sekitar 40 minit sebelum adik keluar dengan disusuli tangisan yang memang kami tunggu-tunggu. Alhamdullilah. Senpat saya azankan dan kami pun cepat mesra.
Semua detik-detik manis berjaya dirakam. Tapi punah harapan kami, apabila diberitahu si Wak Ketat, pekerja kedai telefon bimbit di Kg Melayu bahawa gambar-gambar itu semua tidak boleh dicetak kerana model henpon milik atok terlalu klasik. Cukuplah untuk dibuat wallpaper sahaja.
P/s : Gambar-gambar Fahim akan di upload kemudian. Filem tertinggal lupa nak basuh. Fizi buat akekah untuk anak dia 1 haribulan tu jugak, tak sempat nak pergi.

Kelahiran orang baru, pembuka tahun 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)