Sunday, March 18, 2012

Ulasan apps PUNCHFORK oleh Shafiq & Terima kasih kepada Amanz.my

2 comments



Orang kuat jbfoodclub berkongsi apps IPhone kegemaran beliau di mana anda boleh dapat banyak resipi-resipi menarik dengan mudah iaitu PUNCHFORK.


Terima kasih kepada amanz.my kerana sokongan anda. Tunggu ulasan video apps dan gadget dari kami di video-video akan datang.

Ulasan buku FREECABI Reman 7 hari bersama saudara Fikri Kacak

0 comments

Saudara Mohd Fikri mengulas buku sulong terbitan Moque Press yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.



Buku ini ialah antologi entri dari Laman sosial Twitter saudara Chubby Harus Direjam (http://twitter.com/cbhrsdrjm) yang yang menceritakan kisah beliau yang telah ditahan reman selama 7 hari.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi beliau atau tuit ke @fikrikacak selaku penerbit Moque Press

Wednesday, March 14, 2012

4 Langkah kenalpasti kerjaya yang sesuai dari awal lagi bahagian 1

2 comments

Saya memang bernasib baik kerana tiap tahun diberi peluang mengajar pelajar dari kelas rancangan khas hinggalah kelas yang paling lemah. Selain dari menjalankan P&P saya juga suka berkongsi cerita dengan pelajar terutama tentang kerjaya dan apa yang mereka hendak lakukan apabila tamat sekolah nanti

Ramai pelajar sekolah dan juga universiti masih samar-samar tentang kerjaya pilihan mereka apabila tamat pengajian kelak. Sebenarnya mereka ini sangat beruntung kerana zaman sekarang banyak sumber maklumat yang boleh mereka rujuk untuk mencari maklumat tentang kerjaya pilihan mereka. Di media massa juga banyak informasi yang dipaparkan, tidak kurang juga sumber maklumat lain seperti expo kerjaya, contohnya. Ibubapa juga yang banyak mempunyai pendedahan tentang kerjaya-kerjaya diluar sana sepatutnya berkongsi dengan anak-anak mereka maklumat dan memberi rangsangan untuk mereka berusaha keras untuk mencapai cita-cita mereka. Di sini saya akan membincangkan 4 langkah bagaimana untuk mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian sebelum tamat pengajian lagi.



Video ini terbahagi kepada 4 bahagian dan bahagian 2,3 dan 4 akan saya muatnaik bila saya berkesempatan nanti.

Thursday, March 08, 2012

Ada apa dengan Sindiket Sol-Jah bahagian 2

0 comments



Bahagian kedua, dokumentari tentang Sindiket Sol-jah, kompulan lelaki hip yang bercita-cita tinggi ingin menyuntik pop ke dalam sastera, budaya dan juga seni. Dokumentari ini terbahagi kepada dua bahagian. Di rakam pada 24 september 2011, terima kasih diucapkan kepada semua ahli Sol-Jah dan mereka yang terlibat dalam pembikinan dokumentari ini.

Wednesday, March 07, 2012

Ada apa dengan sindiket Sol-Jah Bahagian 1

0 comments

Dokumentari tentang Sindiket sol-jah, kompulan lelaki hip yang bercita-cita tinggi ingin menyuntik pop ke dalam sastera, budaya dan juga seni.


Dokumentari ini telah dirakam pada 24 September 2011 semasa acara Maskara Shorties, iaitu majlis tonton filem pendek yang diadakan di rumah PENA Kuala Lumpur. Beberapa jam sebelum acara bermula, dengan izin dan kerjasama ahli sindiket Sol-jah, dapatlah saya menemubual mereka untuk dokumentari pendek ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan falsafah di sebalik penubuhan Sindiket Sol-Jah.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama terutama Abang Lan, Tok Rimau, Vovin, Spyz, Pipiyapong, Dean Sham, Mat Jan dan semua ahli Sol-Jah lain yang tidak sempat saya temubual untuk dokumentari ini.

Anda boleh tonton video di atas untuk mengetahui siapakah gerangannya Sol-Jah ini. Dokumentari ini terbahagi kepada dua bahagian. Ini adalah bahagian pertama manakala bahagian kedua akan di muatnaik tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman blog mereka http://sol-jah.blogspot.com

Sunday, March 04, 2012

Selamat Hari Jadi Saya

0 comments



Terima kasihla pada yang ingat dan yang beri ucapan. Ingat jugak korang ye. Special thanks to my mum and wife, best friends n students! Apa-apa pun korang memang osem!

Ulasan buku MAKAN : 15 tempat makan menarik @ Johor Bahru oleh Shafiq Mustapa

0 comments



Buku yang mengandungi ulasan tentang 15 tempat makan yang paling menarik di Johor Bahru oleh pengasas blog http://jbfoodclub.com Shafiq Mustapha. Sesuai untuk yang ingin mencuba atau tercari-cari kedai makan terbaik di Johor Bahru.

Selepas baca buku ini mesti korang rasa nak cuba. Penulis memang kaki makan jadi kalau anda semua ada cadangan temoat makan mana yang patut menerima gelaran tempat makan terbaik di Johor Bahru bolelah beritahu kawan kita ni

Harga buku ini hanyalah RM5 dan boleh didapati dari penulisnya sendiri. Beliau boleh dihubungi melalui akaun Twitter @shafiqmustapa

Ulasan buku Paus Gagal oleh Tok Rimau

2 comments



Buku pertama di Malaysia yang mengumpulkan cerita-cerita pendek terdiri dari entri Twitter ke dalam sebuah buku. Buku setebal 46 muka surat ini adalah petikan cerita yang ditulis @tokrimau. Buku ini telah dilancarkan di #twtupjohor dan mendapat sambutan yang sangat baik apabila kesemua naskah yang dicetak telah habis dijual. Jika anda ingin membelinya, bolehlah menghubungi terus penulis melalui twitter @tokrimau

Saturday, February 25, 2012

Ulasan buku. Outliers oleh Malcolm Gladwell

0 comments


Saya tidak suka membaca buku dengan dengan isi yang ambiguous atau terlalu umum. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin jadi kaya, mestilah rajin bekerja. atau jika ingin pandai, mesti rajin belajar. Saya rasa perkara ini terlalu umum dan kita tidak perlu seorang pakar yang menjual buku dengan harga puluhan ringgit mengajar kita perkara yang kita sendiri tahu berdasarkaan logik akal sahaja

Buku yang bagus mengandungi contoh-contoh dan kajian kes yang menarik dan terbukti. Dalam hal ini Malcolm Gladwell merupakan seorang penulis yang bukan sahaja berjaya mengupas subjek yang beliau kaji dengan berjaya malam menulis dengan gaya yang sungguh enak dibaca dan mudah difahami

Buku ini merupakan karya susulan beliau setelah menulis The Tipping Point dan Blink. Secara peribadi,  Outliers  merupakan buku kegemaran saya dan ini terbukti dari kulit buku yang telah hancur kerana dibaca berulang kali. 

Berkenaan dengan tajuk buku ini, Outliers ialah istilah saintifik untuk menerangkan perkara-perkara atau fenomena yang terletak di luar pengalaman biasa. Bagaimana seseorang itu boleh berjaya walaupun melalui banyak halangan. Adakah ini disebabkan takdir, nasib atau kejadian yang berlaku secara rawak semata-mata?

Mengikut penulis kejayaan bukanlan sesuatu yang berlaku secara rawak atau berdasarkan takdir semata-mata. Ia adalah hasil dari satu set peristiwa dan peluang yang boleh diagak hasilnya. Di dalam buku ini di bentangkan banyak contoh-contoh bagaimana setiap peristiwa di dalam kehidupan seseorang yang berjaya itu dipengaruhi oleh banyak faktor yang membawa kepada kejayaan.

Sebagai contoh, ramai yang mengatakan bahawa Bill Gates, pengasas syarikat Microsoft berjaya kerana beliau adalah seorang genius. Mengikut kajian Malcolm Gladwell, semua perkara di dalam hidup Bill Gates mempengaruhi kejayaan beliau, seperti latar belakang keluarga, pendidikan awal, kawan-kawan  dan universiti yang beliau sertai. Malah genius itu sendiri tidak begitu penting jika tidak disertakan dengan latihan yang berterusan, seperti juga Bill Gates yang telah mula mempelajari dan sentiasa menggunakan komputer untuk menguasaai bahasa dan membuat perisian komputer. Ini menunjukkan, untuk berjaya, banyak perkara yang perlu kita lihat dan kaji. Secara realistik, tidak ada perkara yang mudah dan senang dalam dunia ini dan inilah yang terkandung di dalam buku Outliers oleh Malcolm Gladwell ini! Buku yang sangat bagus dan sarat dengan pengajaran.

Sunday, February 19, 2012

Ulasan Buku. Ulysses oleh James Joyce

0 comments




Jika ditanya berapa ramai yang sudah membaca buku ini, tentu jawapannya ramai. Tetapi jika ditanya berapa ramai yang pernah membaca edisi asal buku ini sehingga habis, tentu jawapannya tidak ramai.

Saya mula mengenali nama James Joyce semasa saya mula timbul minat membaca novel beberapa tahun selepas tamat sekolah menengah. Ia popular kerana dilabelkan sebagai antara novel paling penting abad ini. Bila ke kedai buku saya mila mencari novel ini tetapi masyaallah tebalnya bukan main. Jadi sebagai permulaan saya cuba mengenali beliau dari karya yang nipis dan kurang menakutkan A Portrait of the Artist as a Young Man.

Saya adalah seorang pembaca yang lambat. Suka membaca berulangkali dan tidak gemar menanda muka surat terakhir dibaca untuk rujukan akan datang. Saya gemar melompat-lompat muka surat dan mengelat lalu terus ke muka akhir untuk mencari akhir cerita.

Jadi, ia mengambil masa agak lama untuk saya menghabiskan buku A Portrait of the Artist as a Young Man. Novel ini membosankan. Tidak menarik atau engaging. Oleh kerana ia merupakan biografi James Joyce sendiri, tentu novel beliau yang lain terutama novel epik beliau Ulysses juga membosankan.

Pada suatu hari semasa menonton siaran TV, saya tertarik dengan siri lawatan Pria Viswalingam ke Ireland dalam rancangan A Fork in the Road. Penyampaian anak kelahiran Malaysia ini memang saya senangi sejak mula-mula saya mengikuti rancangan ini. Timbul kembali minat saya untuk mencari novel epik James Joyce ini.

Hari ini, setelah hampir sepuluh tahun saya membeli novel ini saya masih lagi belum habis membacanya. Kisahnya mudah, tentang perjalanan seorang pemuda disekitar bandar Dublin pada 16 Jun 1904. Inilah akibatnya bila membeli edisi yang diambil dari teks asal tahun 1922, yang dicampur dengan ulasan dan nota tambahan menjadikan jumlah keseluruhan mukasurat ialah 980.

Novel ini memang sukar untuk dibaca kerana penulisnya sendiri bukan seorang yang teliti. Samalah macam saya. Mungkin 10 tahun nanti baru saya selesai membaca buku epik ini. Barulah sesuai, tak epiklah kalau baca buku tebal-tebal satu dua hari dah habis, ye tak?

Friday, January 27, 2012

CASSETTE: A Documentary Film about the Cassette Tape.

0 comments

Saya membesar dengan piring hitam kepunyaan walid; kebanyakkannya lagu pop yeh yeh dan hindustan. ada juga lagu rock inggeris dan paling saya suka cerita-cerita lawak Dato Jamali Shadat.

Ada juga 'cartridge' tetapi pemainnya saya tak pernah jumpa. Jadi, ia jadi bahan permainan kami dan jahanam begitu sahaja.

Paling saya ingat ialah kaset. Generasi Ipod & Ipad sekarang lebih lazim muat turun lagu dari beli CD atau DVD. Kaset? Korang pernah ke beli kaset? Ingat lagi bende petak yang ada reben kat dalam dia tu? Dokumentari tentang kaset ini memang membawa kembali ingatan saya kepada rock 90an, Jimi Hendrix, tape dubbing (mixtape) TDK dan walkman petak huduh yang selalu diletakkan di pinggang budak-budak pada zaman tu untuk nampak style. Style la sangat.



Ini adalah teaser sahaja dan Zack Taylor and Seth Smoot bercadang untuk membuat filem dokumentari tentang kaset ini. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman Kickstarter mereka.

Thursday, January 26, 2012

16 kerjaya dengan pendapatan tinggi tanpa perlu ijazah Universiti di Malaysia

2 comments

Setelah melihat kerjaya dengan pendapatan tinggi yang ditawarkan di Amerika Syarikat (dan mungkin juga ada ditawarkan di negara-negara lain) kini kita beralih pula ke negara kita sendiri, Malaysia.

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.



1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.



(gambar oleh  Trevor_Page)

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti di Petronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;

12. Safety & Health Officer 
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.



(gambar oleh tommyimages_com)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu  arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Tuesday, January 24, 2012

Kerjaya dengan pendapatan tinggi tanpa ijazah dari Universiti

0 comments

Bila bercerita tentang kerjaya dan kerja terutama semasa di sekolah atau universiti, perkara yang selalu diberi penekanan ialah kelulusan. Oleh kerana keadaan sekarang yang semakin kompetitif, diploma dilihat sebagai kekulusan asas dan tidak lagi mencukupi untuk menjawat jawatan penting atau jika inginkan kerjaya dengan pendapatan yang tinggi.

Adakah ini benar? Ya dan tidak. Ada beberapa jenis kerjaya, terutama dari kategori 'profesional' seperti peguam dan doktor yang memerlukan kelulusan ijazah dalam budang tertentu. Tetapi terdapat juga kerjaya yang boleh memberikan pulangan yang lumayan dan peluang kepada penjawat untuk terus berjaya dalam kerier mereka tanpa pertolongan segulung ijazah pun!

Ini bukan omong kosong, malah terdapat banyak data yang boleh diperolehi terutama dari pakar seperti majalah Forbes, CNN, Businessweek dan AskMen.

Di bawah ialah infografik dari Businessweek dan diambil dari laman Brazen tentang kerja pilihan di US yang tidak memerlukan ijazah dari Universiti.



Berikut pula adalah data dari Careerbuilder.com yang dipetik dari CNN.

1. Margin department supervisor
Gaji: $ 83,579 / tahun
Tugas: Mengawasi jabatan kredit syarikat, yang menguruskan akaun kredit pelanggan dan meluluskan atau menolak kredit pelanggan.

2. Pengawal trafik udara
Gaji: $ 74,922 / tahun
Tugas: Pengawal trafik udara di sekeliling lapangan terbang mengikut prosedur yang ditetapkan dan dasar-dasar untuk memastikan keselamatan penerbangan.

3. Pengurus stesen servis kenderaan
Gaji: $ 72,246 / tahun
Tugas utama: Pengawas stesen-stesen gas dan merancang dan melaksanakan dasar dan prosedur seperti jam operasi, tugas dan harga pekerja bagi produk dan perkhidmatan.

4. Estet broker Tanah
Gaji: $ 71,994 / tahun
Tugas: Menjamin urus niaga harta tanah, menjual hartanah, penyewaan hartanah dan mengatur pinjaman.

5. Web surfer
Gaji: $ 70,604 / tahun
Tugas: Pengerukan melalui beberapa laman web untuk menganalisa dan membandingkan maklumat dan pengalaman pengguna untuk mengumpul maklumat untuk membantu syarikat-syarikat memahami tingkah laku pengguna dalam talian.

6. Ketua tukang kayu
Gaji: $ 63,345 / tahun
Tugas: Menerajui siap di tapak projek-projek pembinaan dan menjalankan semua jenis kerja-kerja pertukangan kayu.

7.Penyelia Kabel
Gaji: $ 60,887 / tahun
Tugas: Memantau aktiviti-aktiviti pekerja-pekerja yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel.

8. Chemical Supervisor
Gaji: $ 57,472 / tahun
Tugas: Mengawasi pekerja yang membuat bahan kimia, mengesahkan bahawa proses kimia diikuti.

9. Home-care aide supervisor
Gaji: $ 56,157 / tahun
Tugas utama: Pengarahan pembantu yang minda bagi orang tua atau orang kurang upaya dalam persekitaran rumah, dan memantau kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang disediakan.

10. Medical facility housekeeping manager
Gaji: $ 55,368 / tahun
Tugas: Menguruskan pekerja dan program rumah tangga di kemudahan perubatan untuk menegakkan syarat-syarat kebersihan dan teratur.

11. Pengurus perkhidmatan penerbangan
Gaji: $ 54,350 / tahun
Tugas: Memastikan atendan penerbangan mematuhi penampilan peribadi dan keperluan preflight; menyusun laporan penerbangan.

12. Jurutera lokomotif
Gaji: $ 54,084 / tahun
Tugas: Memandu elektrik, diesel-elektrik atau kereta api gas turbin elektrik untuk pengangkutan penumpang atau angkutan.

13. Penyelia pemasangan dalaman (Interior) pesawat
Gaji: $ 53,606 / tahun
Tugas: Menyelia proses memasang segala-galanya dalam pesawat dari mekanik untuk perabot.

14. Painting supervisor
Gaji: $ 51,977 / tahun
Tugas: Mengawasi semua aktiviti lukisan seperti cat pencampuran, menyediakan permukaan yang sebelum mengecat dan menggunakan kemasan hiasan atau perlindungan kepada pelbagai struktur.

15.Pengendali/operator Loji Gas
Gaji: $ 51,676 / tahun
Tugas: Mengekalkan tekanan tertentu dalam saluran paip untuk mengeluarkan dan / atau pengangkutan gas asli.

16. Payroll officer
Gaji: $ 51,410 / tahun
Tugas utama: Urusan pekerja yang bekerja di dalam senarai gaji syarikat, memastikan bahawa pengiraan gaji adalah selaras dengan dasar syarikat, peraturan-peraturan kerajaan dan kod cukai.

17. Assembly supervisor
Gaji: $ 50,462 / tahun
Tugas utama: Mengawasi pekerja yang menggunakan alat kuasa dan peralatan lain untuk memasang produk.

18. Credit and collection supervisor
Gaji: $ 50,330 / tahun
Tugas utama: Pengawas pekerja yang terlibat dalam kajian semula risiko kredit dan koleksi; juga boleh mengkaji semula sejarah kredit pelanggan untuk membenarkan atau menafikan lanjutan kredit.

19. Data control supervisor
Gaji: $ 50,310 / tahun
Tugas: Menguruskan kemasukan data pekerja dan menyelia supaya tugas-tugas pekerja lengkap dan tepat; kadang-kadang boleh membantu dengan tugasan mereka.

20. Reimbursement recovery specialist
Gaji: $ 49,246 / tahun
Tugas: Berunding kes-kes di mana pembayaran balik liabiliti pihak ketiga yang wujud dengan menyiasat dan mengenal pasti pihak ketiga yang bertanggungjawab, kemudian membayar balik kepada pihak yang sepatutnya.

Data yang ditunjukkan di atas ialah dari kajian di US tetapi ada juga kerjaya-kerjaya tersebut yang ditawarkan di Malaysia atau negara-negara lain. Perlu diingat, walaupun kebanyakkan kerjaya tersebut tidak memerlukan ijazah, ada diantaranya memerlukan calon untuk mengambil sijil atau peperiksaan khas sebelum boleh diterima bekerja. Ingat, tiada apa yang datang bergolek dalam dunia ini.

Bagaimana pula di Malaysia? Bolehkan seseorang itu mendapat kerjaya dengan pemdapatan tinggi tanpa segulung ijazah Universiti?

Friday, January 06, 2012

Percuma! Ebook Handbook For English Language Learner (With Malay Translation) / buku panduan untuk pelajar bahasa inggeris (dengan terjemahan Bahasa Melayu)

0 comments



Berita baik! Percuma! Ebook Handbook For English Language Learner (With Malay Translation) / Buku Panduan untuk pelajar bahasa inggeris (dengan terjemahan BM) boleh dimuat turun secara percuma. kepada yang berminat untuk mendapatkan dalam bentuk buku pula, atau mahu tahu isi kandungan lengkap tentang buku ini bolehlah ke sini

Anda mahukan buku ini? Muat turunnya di sini

Panduan/tip mencetak

Anda boleh mencetak buku ini dalam bentuk asal iaitu A4. Tetapi, adalah digalakkan untuk mencetak dalam bentuk A5 supaya buku ini lebih kecil saiznya dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Pilih saiz 'A5' dan 'booklet' di 'properties' mesin pencetak anda. 'Setting' untuk opsyen ini mungkin berbeza mengikut kenama atau model mesin pencetak yang anda gunakan.

Tuesday, December 20, 2011

Schools kill creativity?

0 comments



Sir Ken Robinson makes an entertaining and profoundly moving case for creating an education system that nurtures (rather than undermines) creativity.

Learn how to start a movement in 3 minutes

0 comments

Monday, December 19, 2011

Sunday, December 11, 2011

Jom gi Johor Premium Outlets

0 comments



Johor Premium Outlets, tempat shopping paling latest di Johor, baru seminggu bukak berkonsepkan kedai berjenama dengan harga murah. dengan host anda nizam hantu & syed syahrul