Showing posts with label pbs. Show all posts
Showing posts with label pbs. Show all posts

Rekod transit pelajar PBS Bahasa Inggeris tingkatan 1, 2 dan 3

Setiap kali guru membuat pentaksiran terhadap pelajar 1, 2 dan 3 kadangkala berlaku masalah untuk merekodkan semua eviden pelajar, bila pentaksiran dibuat atau di mana ia disimpan. Untuk memudahkan kerja merekod semua eviden-eviden tersebut, guru harus mempunyai salinan rekod transit eviden bagi semua pelajar. Berikut adalah contoh rekod transit untuk PBS Bahsa Inggeris tingkatan 1, 2 dan 3.

Instrumen lengkap PBS Bahasa Inggeris tingkatan 2

Jika mahu muat turun contoh instrumen sila ke sini.

Salah satu masalah utama perlaksanaan PBS ialah jumlah instrumen yang banyak yang perlu di sediakan guru, kemudian setelah menjadi eviden, perlu pula disimpan sebelum dilupuskan. Kiralah jumlah instrumen sehingga band 6 dan darabkan dengan jumlah bab yang ada. Itu belum dicampur pelajar yang perlu mengulangi satu-satu latihan itu. Banyak bukan? Setuju?

Sebenarnya guru boleh menggunakan segala latihan di dalam buku teks sahaja kerana ia sememangnya lengkap dan eviden adalah latihan yang murid buat di dalam buku latihan. Eviden terbaik boleh dipilih guru dan di buat salinan pendua sebelum dimasukkan ke fail showcase.

Untuk memudahkan kerja, saya telah menanda setiap latihan di dalam buku teks dengan band dan diskripter yang sesuai untuk guru pilih dan jadikan instrumen. Anda boleh memuat turunnya di bawah. Sila berikan maklum balas sekiranya ada, untuk kebaikan bersama.

Klik sini untuk mula muat turun.

ads