2 Aktiviti pembelajaran bahasa inggeris yang berkesan dan menyeronokkan menggunakan muzik

Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh kita lakukan untuk menarik minat pelajar untuk belajar bahasa Inggeris, atau menjadikan sesi pembejaran lebih menarik dan tidak bosan. Pelajar bosan sebenarnya bila guru hanya menajar menggunakan pendekatan 'chalk and talk'. Saya adakalanya mengubah sedikit pendekatan, antaranya menggunakan lagu.

1. Menterjemah lagu 
Akitiviti ini saya mulakan dengan memberi pelajar kebebasan memilih lagu Melayu yang popular pada masa ini. Saya bekalkan mereka kamus dan mereka dikehendaki menterjemah lagu tersebut ke dalam bahasa Inggeris. Terjemahannya bukan sahaja perlu tepat, saya juga arahkan mereka supaya memilih perkataan yang sesuai apabila lagu tersebut dinyanyikan kelak.

2. Menyanyikan lagu 
Melayu di dalam bahasa Inggeris Setelah diterjemah, tibalah masanya untuk mereka nyanyikan lagu tersebut. Saat inilah yang paling menarik dan bermacam-macam kerenah kita boleh perhatikan. Jika mereka yakin, bolehlah nyanyi secara solo atau untuk lagi meriah, mereka boleh nyanyikan secara berkumpulan. Di bawah adalah aktiviti yang telah saya jalankan bersama pelajar saya. Sungguh 'sporting'!

A video posted by syed syahrul zarizi (@syedsyahrul) on

A video posted by syed syahrul zarizi (@syedsyahrul) on



No comments:

ads