Panduan Menulis Karangan Bahasa Inggeris SPM Kertas 1 Section B: Continuous Writing


Sebagai seorang guru saya  mendapati , ramai murid yang masih mempunyai masalah untuk menulis karangan yang baik,  terutamanya bagi soalan SPM kertas 1 Bahasa Inggeris . Pada saya, perkara yang paling penting adalah perancangan. Jika seorang pelajar itu tahu langkah-langkah yang sepatutnya mereka ikuti nescaya masalah seperti tiada idea untuk menulis atau writer’s block tidak akan wujud semasa murid mengambil peperiksaan nanti. Ingat seseorang yang tidak merancang sebenarnya merancang untuk gagal.

Di sini saya akan menunjukkan langkah mudah untuk menulis karangan section B (bahagian B) iaitu continuous writing

A : Preparing a draf (Menyediakan rangka karangan)

Ramai murid yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan mereka dahulu. dengan menulis draf, murid dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka. Dari situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah dimana yang perlu dan dapat menyiapkan karangan dalam masa yang diperuntukkan

Langkah 1

Pilih tajuk karangan anda. Cari isi penting dengan menggunakan kaedah melemparkan soalan iaitu 5W1H. Apakah yang dikatakan 5W1H?

  1. Who (Siapa)
  2. What (Apa)
  3. Where (Di mana)
  4. When (Bila)
  5. Why (Kenapa)
  6. How (Bagaimana)

Langkah 2

Daripada semua soalan yang dikemukakan di atas, anda seharusnya mencari jawapan yang sesuai. Jawapan inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan anda.

Langkah 3

Seterusnya, dari setiap main points tersebut anda perlu hasilkan beberapa sub points (isi tambahan). Buatlah beberapa sub points untuk setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.

Langkah 4

Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya karangan anda mempunyai isi yang banyak, panjang mengikuti kehendak soalan dan menarik untuk dibaca. Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, anda harus mematuhi subject- verb agreement.

B: Start writing an essay (Mula tulis karangan)

Langkah 5

Mula menulis karangan anda. Pastikan karangan anda mempunyai;
  1. Introduction (Pendahuluan)
  2. Body (Isi)
  3. Ending (Penutup) 
Di bahagian Introduction, anda mesti nyatakan;
  1. Tajuk karangan anda
  2. Definasi tajuk karangan anda 
Di bahagian body, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya

Di bahagian ending, anda perlu membuat kesimpulan karangan anda. Ia perlulah merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.

Langkah 6

Periksa ejaan, jumlah perkataan dan format karangan anda. Pastikan ia mengikut kehendak soalan. Pada bahagian seterusnya saya akan berkongsi pula panduan menulis section A : Directed Writing

14 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,terima kasih cikgu kerana membantu.

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

semoga ia membantu

lyynn said...

thank you !!

kakakadik said...

assalamualaikumwarahmartullahiwabarakatu.Cikgu terima kasih ye.Sebab buat formula ni.Sekali lagi nak ucapkan Terima Kasih Banyak-Banyak pada cikgu semoga saya lulus dalam UPSR Amin....

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

waalaikumsalam WBT. Saya pun doakan semoga awak berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti

Unknown said...

thanks ckgu... tpi saye ade mslh vocab la ,,kadang2 tu trus direct translate je.. an lagi satu dlm karngn sye krang msukkn ungkapan yg mnarik ...
please tlong sye cm ne nk bgi krngn sye jdi lbih mnarik ..
harap ckgu bolh tlong sye ..
ths is 4 my spm... pleazzz

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Ilah violet

Terima kasih. Untuk memperkayakan vocab dan menggunakan ungkapan yang menarik anda haruslah banyakkan membaca bahan dalam bahasa inggeris

Untuk menjadikan karangan menarik, satu sahaja pesanan saya, dont hold back, tulis ikhlas dan apa yg datang dari hati selalunya menarik dan akan sampai ke hati yg membaca

Unknown said...

Asalamualakum.. cikgu mcam mne pula nak target bahagian objektive pula ye.. sye lemah bahagian objektive..sye pelajar dari melaka

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

aiman hamid

bahagian objective anda harus faham baik2 penyataan atau teks yang diberi sebelum menjawab. bahagian rational cloze pula anda harus punyai kefahaman terhadap grammar bahasa inggeris dengan baik untuk menjawab

airysha said...

assalamualaikum...
boleh mintak tolong cikgu semak essay?

Anonymous said...

cikgu, karangan spm 2013 ada dengar2 apa yg keluar tak ?

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Airysha, boleh, emailkan ke syed.syahul@gmail.com

Anonymous said...

wow..saya sangat suka tips 5W1H tu...saya baru tingkatan 3...tapi saya mahu buat latihan yang lebih awal tentang karangan bahasa inggeris tingkatan 4 ni sebab saya sangat lemah dalam bahasa inggeris...harap cikgu boleh tolong berikan contoh soalan paper 2 untuk spm dan format dia sekali..btw,tips sangat membantu..:)

Anonymous said...

asalmualaikum boleh ajar saya bagaimanan nak buat karangan dalam bahasa inggeris

ads