Minyak sayuran pengganti diesel & petrol?

Mengikut CETREE, minyak sayuran boleh digunakan sebagai minyak gantian kepada diesel.

Pemeliharaan alam sekitar bukan lagi perkara baru buat masyarakat kita. Namun disebalik pemeliharaan alam sekitar ini ramai yang tidak sedar akan kegunaan minyak masak bagi menggerakkan kenderaan selain dan diesel. Alam sekitar dicemari asap dari kenderaan-kenderaan yang menggunakan diesel. Pemilik kenderaan semakin ghairah melepaskan asap hitam semasa berada di jalanraya.Tidak sedikit pun terlintas dihati mereka yang asap tesebut memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Mereka telah mengubahsuai sebuah van dengan teknology ELSBET, sebuah syarikat Jerman. Contoh pengubahsuaian ini boleh dilihat pada kereta Fiat Marea ini Kebaikannya? CETREE mendapati peratusan asap yang dikeluarkan adalah 50% lebih rendah berbanding van daripada jenis yang sama dan menggunakan diesel. Ia juga lebih bersih, tidak tercemar dan berbau wangi.

Mengikut Dato’ Mamat Salleh, ada sebuah kereta buatan Jepun menggunakan %100 minyak sawit tulen berjalan sejauh 200,000 km tanpa masalah. Ini menunjukkan kerajaan mempunyai alternatif lain selain NGV untuk membendung kenaikkan harga minyak. Selanjutnya

No comments:

ads