Masalah solat dan puasa di angkasa lepas

Mengikut we make money not art, ANGAKASA atau National Space Agency of Malaysia akan mengadakan seminar mengenai kaedah solat di angkasa lepas. Malaysian masih lagi di dalam proses pemilihan calon-calon yang sesuai. 3 dari 4 calon yang telah disenarai pendek ialah terdiri dari orang Islam. Antara isu yang akan dibincangkan ialah cara berwuduk dengan air yang sangat terhad dan makanan yang sesuai untuk orang Islam

Stesen angkasa yang akan dilawati angkasawan Malaysia akan mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam masa 24 jam. Ini juga antara persoalan menarik yang perlu diselesaikan oleh para ulama

2 comments:

Tenno Miyake said...

laju kan sampai 16 kali sehari. tapi kena kelajuan bumi bumi berpusing jugakkan?

anyway, rasanya, 5 kali jela kot sehari.. yakin ajela.. islam itu memudahkan..

syed syahrul zarizi said...

Ye lah, kalau nak jamak memang tak terlarat tu.

ads