Dengan suka-citanya projek weblog Malaysia akhirnya telah sampai ke penghujung. Walaupun pada awalnya saya telah menetapkan tarikh tutup pada 30 September tetapi oleh kerana ramai yang ingin tahu keputusan bancian ini, saya mengambil keputusan untuk mengumumkannya lebih cepat dari tarikh sebenar. Sejak keputusan bancian bertajuk '70 weblog paling popular di Malaysia' diterbitkan, banyak maklumbalas yang saya terima. Rata-rata mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan keputusan bancian itu.
Walau bagaimana pun, rencana itu telah mencetus pelbagai persoalan. Contohnya, pecahan umur penulis weblog di Malaysia, masa menulis dan pekerjaan. Dengan bantuan dan kerjasama para penulis weblog Malaysia, saya berharap dapat menjayakan satu lagi bancian yang akan lebih lagi lengkap dari yang sebelumnya.
Fasa 1. Mukadimah & proses bancian bermula
Jun 2, 2006
Infomasi dan maklumat mengenai projek ini disebarkan kepada orang ramai, majoritinya melalui 'word of mouth' antara para blogger dan pautan-pautan di para blogger yang pernah masuk ke blog saya. Selain dari itu, ia juga disebarkan di dalam forum-forum internet tempatan (seperti Geng Jurnal dan Project Petaling Street) dan laman web luar negara. Email juga digunakan untuk memberitahu kepada orang ramai tentang projek ini. Semua ini dilakukan dengan berskala kecil dan tidak melibatkan apa-apa kos.
Saya sungguh berterima kasih kepada para blogger dan responden yang telah menjayakan projek ini. Untuk melihat senarai penuh para responden, sila lihat diakhir mukasurat ini.
Untuk menyertai bancian ini, yang berminat hanya perlu email ke syed.syahrul (at) gmail (dot) com ATAU tinggalkan butir-butir berkenaan dibahagian komen.
1-Nama
2-Nama blog
3-Bahasa utama
4-Pekerjaan
5-Kategori blog
6-Masa menulis
7-Umur
Fasa 2. Memperkenalkan borang bancian dan soalan tambahan.
13 July 2006
Bagi memudahkan proses bancian, satu borang telah disediakan. Untuk mengisikannya sungguh mudah, hanya memerlukan beberapa minit sahaja. Saya juga menambah beberapa soalan untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang blogger Malaysia. Borang bancian boleh didapati di sini. Soalan-soalan yang di tanya
1- Nama
2- URL
3- Nama blog
4- Email
5- Jantina
6- Pekerjaan
7- Umur
8- Bahasa Utama
9- Kategori blog
10- Masa menulis
11- Lokasi
12- Tempat menulis
13- Jenis komputer
14- Kekerapan menulis
15- Menulis sejak..
Fasa 3. Mengumpul data.
17 September 2006
Saya mengambil masa satu hari untuk mengasing, menyemak dan menganalisa kesemua data yang diterima. Ada penyertaan yang tidak lengkap (hanya menjawab 1 soalan atau tidak lengkap), penyertaan lebih dari satu dan ada juga blog yang tidak wujud. Oleh itu, jumlah akhir penyertaan ialah 119 responden.
1. Soalan infomasi. Soalan-soalan ini hanyalah sebagai informasi dan tidak termasuk di dalam bancian
1- Nama
2- URL
3- Nama blog
4- Email
2. Soalan-soalan tidak popular (hanya kurang 30% yang menjawab) dan tidak disertakankan dalam keputusan akhir bancian
6- Pekerjaan
11- Lokasi
Perlu diberitahu, tidak semua responden menjawab kesemua soalan yang disediakan. Soalan seperti kategori blog, contohnya, terlalu umum dan terdapat banyak jawapan yang diberi. Jadi, saya memutuskan untuk turut tidak disertakankan dalam keputusan akhir bancian ini
Fasa 4. Keputusan.
19 Sept 2006
1. Jantina
Pecahan responden yang menyertai bancian ini ialah 73% lelaki dan 27% wanita. Adakah ini menunjukkan lelaki lebih suka menulis daripada wanita?
2. Umur
Majoriti responden berumur 19 hingga 25 tahun, iaitu sebanyak 42%. Ia diikuti oleh mereka yang berumur 26 hingga 30 tahun (28%) dan 31 hingga 35 tahun. Satu fakta menarik, kerana jumlah responden (yang mewakili blogger) bawah 18 tahun ialah 4 orang, hampir sama dengan jumlah responden berumur lebih dari 40 tahun yang menyertai bancian ini.
3. Bahasa Utama
77% responden menulis blog dalam bahasa melayu manakala 21% menggunakan bahasa Inggeris. 0.8% menggunakan bahasa Cina. Walaubagaimana pun, saya rasa jumlah blog berbahasa Inggeris adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dinyatakan tadi.
4. Masa menulis
34% menulis pada waktu malam (8 malam hingga 12 tengah hari). Sementara 40% pula menulis antara jam 8 pagi hingga 4 petang. 13% pula menulis pada awal pagi (12 tengah malam hingga 4 pagi).
5. Tempat menulis
Majoriti daripada responden menulis dari rumah (50%) manakala 37% pula menulis di pejabat. 5% daripada responden pula menulis dari kafe siber.
6. Jenis computer
66% daripada responden menulis menggunakan computer desktop dah 37% menggunakan laptop.
7. Kekerapan menulis
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang sangat rajin menulis blog. 42% dari responden menulis sekali sehari. Manakala, 9% boleh dikatakan 'ketagih' menulis blog kerana menulis lebih dari sekali sehari. 24% pula menulis dua kali seminggu.
8. Menulis sejak…
Daripada bancian ini, saya dapati kebanyakkan reponden hanya mula menulis sejak tahun lalu (2005, 32%) dan tahun 2004. Budaya blog boleh dikatakan berkembang dengan pesat pada tahun itu. Walau bagaimanapun, ada juga responden yang telah menulis sejak tahun 2001 (8%). Ini menunjukkan budaya blogging ini hanya berkembang dan popular dikalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2004.
Kesimpulan
Daripada bancian ini, banyak maklumat yang boleh kita perolehi tentang blogger di Malaysia. Purata umur blogger di Malaysia ialah awal 20an hingga akhir 30an. Tempat menulis paling popular ialah rumah (52%) dan pejabat (34%). Blogger merupakan aplikasi pilihan para penulis blog, mungkin kerana ia agak popular berbanding dengan aplikasi percuma lain seperti Wordpress, Livejournal dan Blogdrive. Daripada data ini juga kita boleh lihat budaya menulis blog ini hanya berkembang pesat bermula pada tahun 2004. Walaupun jumlah sampel dan responden yang tidak begitu besar berbanding dengan jumlah blogger di Malaysia kini, kita masih boleh menggukan maklumat yang diperolehi sebagai rujukan untuk kajian yang lebih mendalam pada masa akan datang.
Terima kasih
Kepada semua responden yang telah menjayakan projek bancian ini.
http://inazhkom.blogspot.com/
http://cakap-banyak.blogspot.com/
http://elreona.blogspot.com/
http://ladyugly.blogspot.com/
http://blogs.hairieusoff.com/
http://szakif.blogspot.com/
http://www.dobot.com.my/
http://ghazaaz.blogspot.com/
http://kakmin06.livejournal.com/
http://arinatopic.blogspot.com/
http://jhuu.blogspot.com/
http://sisaflah.blogspot.com/
http://matapena.blogspot.com/
http://attoch.blogspot.com/
http://kinkiketsugo.blogspot.com/
http://sodep.blogdrive.com/
http://delima.blogrive.com/
http://bigdeesmalldee.blogdrive.com/
http://vakumdlmtermos.blogspot.com/
http://semutzapi.blogspot.com/
http://wss79.blogspot.com/
http://molek.blogdrive.com/
http://klinikminda.blogdrive.com/
http://firdaus.ibnuariff.com/
http://tehranifaisal.blogspot.com/
http://pedulipalestina.blogspot.com/
http://hafiz.peng-u.com/
http://amirahsyuhada.blogdrive.com/
http://www.voicefromwithin.net/
http://k4sih.blogdrive.com/
http://lan.mygj.net/
http://rakissanta.blogspot.com/
http://fazari12.blogspot.com/
http://amanz.net/
http://ukashah.com/
http://frossonice.blogspot.com/
http://kumprinx.blogspot.com/
http://mudin001.wordpress.com/
http://apapaje.blogspot.com/
http://jowopinter.blogspot.com/
http://the-kek.blogspot.com/
http://anwarshazali.blogspot.com/
http://www.faiyun.com/
http://misslollypop.blogdrive.com/
http://ayobkelubi.blogspot.com/
http://www.maddruid.com/
http://bleuportal.blogspot.com/
http://www.oneduasan.com/
http://khyronsmusings.blogspot.com/
http://takdenama.blogspot.com/
http://fullfilth.blogspot.com/
http://boringest.blogasian.com/
http://www.liewcf.com/
http://azharahmad.com/blog/
http://litium.wordpress.com/
http://cikdaun.blogspot.com/
http://bilik.blogspot.com/
http://afzan06.blogspot.com/
http://aslidantulus.blogspot.com/
http://fromthisday.blogspot.com/
http://jiwarasa.blogspot.com/
http://fahmie.net/
http://purpleism.com/
http://rushmooradt.blogspot.com/
http://echopenamenulis.blogspot.com/
http://mazudi.blogspot.com/
http://budakjohor.blogspot.com/
http://oil-gas-career.blogspot.com/
http://gobblogue.blogspot.com/
http://lanrambai.blogspot.com/
http://tumpanglalu.blogspot.com/
http://izhal.blogspot.com/
http://azhad.blogspot.com/
http://skruemas.blogdrive.com/
http://malaysextreasure.blogspot.com/
http://imherenow.fwenz.info/
http://blog.myspace.com/izaliah
http://berhentirokok.blogspot.com/
http://onebreastbouncing.blogspot.com/
http://bukunota.blogspot.com/
http://boringest.blogasian.com/
http://tipahvogue.blogspot.com/
http://sukaatiaku.blogspot.com/
http://nashrex.blogspot.com/
http://gamelan.blogspot.com/
http://gerek-sey.blogspot.com/
http://swiftywriting.blogspot.com/
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/
http://sauberyna.blogspot.com/
http://totinx.blogspot.com/
http://clixxfeez.blogspot.com/
http://oneduasan.wordpress.com/
http://eisz.blogspot.com/
http://www.suanie.net/
http://ayobkelubi.blogspot.com/
http://whereinsoever.wordpress.com/
http://miraet.blogspot.com/
http://haelios.blogdrive.com/
http://fendi.jugem.jp/
http://cikguonline.wordpress.com/
http://mohdismail.com/
http://popcornromance.blogspot.com/
http://kissfeez-foryou.blogspot.com/
http://stonedraiderz.blogspot.com/
http://sheisjess.blogspot.com/
http://muzem.blogdrive.com/
http://deebahead.blogspot.com/
http://imanishan.blogspot.com/
http://fendiosman.blgospot.com/
http://shah09.blogspot.com/
http://sixpointzero.blogspot.com/
http://rolandhashim.blogspot.com/
http://www.kumprinx.com/
http://rojaks.blogspot.com/
http://dunia-vovin.blogspot.com/
http://inazhkom.blogspot.com/
http://nizamzakaria.blogspot.com/
http://sifone.blogs.friendster.com/my_blog/
http://kingbinjai.blogspot.com/
Tags: survey, weblog, malaysia
Keputusan Projek bancian Weblog Malaysia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Your welcome.
well..your project have done successfully man!...gud job!
Thanks you again to all that make this possible! :)
let..syedhaziq.blogspot tak masuk pun.. perghhhhh..nanak awan let!
huhuhu aku ketinggalan menjadi responden...anyway good job man..
Awesome..Malaysia boleh!
Blogger jugak mamat nie!
Bloger tegar beb!
One effective raiding strategy can be utilized using a combination of few Giants and lots of Archers.
Clash Of Clans Hack Tool No Survey
Wifi Hack
Post a Comment