Pada musim perayaan sebeginilah, kita sebagai pengguna sering menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak berhati perut. Ada antara mereka meletakkan harga sesuka hati dan menjual barangan yang tidak berkualiti. Kita sebagai pengguna mempunyai kuasa untuk tidak menjadi mangsa mereka ini. Untuk menjadi pengguna bijak, kita perlu berfikir sebelum membeli sesuatu. Berikut beberapa tip berbelanja yang betul. Ia hanyalah panduan tetapi harus diingat, kuasa membeli ditanggan kita.
1. Lihat pilihan yang ada. Jangan terus beli barang yang kita berkenan. Sebaliknya bandingkan harga barang dibeberapa kedai dan pilih yang paling murah
2. Tawar-menawar. Amalan tawar menawar adalah baik dan anda mungkin akan diberi harga yang berpatutan oleh peniaga.
3. Jangan abai kualiti. Jangan hanya beli sesuatu kerana murah tetapi tidak berkualiti.
4. Beli sekadar keperluan. Jangan beli sesuatu dengan kuantiti yang banyak hanya kerana harganya yang murah tetapi tidak digunakan kemudian hari. Elakkan pembaziran, terutama dibulan Ramadan yang mulia ini.
5. Jangan berhutang. Amalkan membeli dengan wang tunai dan bukan kad kredit kerana amalan ini hanya mendatangkan mudarat.
Kepada pengguna yang merasa diri mereka tertipu atau ingin membuat adun berkenaan penyelewengan yang dilakukan peniaga, anda boleh merujuk ke :
KPDNHEP
1. Talian aduan pengguna : 1 800 886 800
2. SMS : 36663
3. E-Aduan : http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
FOMCA
1. Web : http://fomca.org.my/
2. Alamat : No. 1D-1, Bangunan SKPPK Jalan SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor
3. Telefon : 603-7876 2009
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
1. Web : http://www.muslimconsumer.org.my/
2. Emel : info@muslimconsumer.org
3. Alamat : No.70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.
4. Telefon : 03-4256 6618, 03-4260 4900
4. Telefon : 03-4256 6618, 03-4260 4900
No comments:
Post a Comment