Singapura & Malaysia. Adakah kita semakin lemah?

Aku duduk johor, dekat jb. Jadi aku tahu sangat perangai orang singapore. Jiran aku pun ramai singaporean. Sedara pun ada sana. Habis keliling rumah dia tanam sayur, siap tanam pokok pisang. Ayam itik, siap. Jakun, sana duduk HDB flat, parking rumah sendiri pun kena bayar. Jangan la bual pasal tanah. Tah-tah lot tanah kubur pun kena booking awal-awal. Harga ikut market, takut nanti lambat dah up banyak. Boss aku dulu pun orang Singapore so aku masak sangat dengan perangai diaorang, kalau bab malaysia ni memang pandang sebelah mata. Kena orang melayu Malaysia, macam najis sangat. Pada sesiapa yang tak pernah masuk Singapore, cuba la masuk. Aku kalau 10 kali tu, ade la 7 kali kena 'random checking' dengan kastam dia. Kena muka macam mamat masjid sikit memang sangkut. Takda apa pun, kadang-kadang saja je tahan sampai setengah jam, tanya soalan bodoh, nak pergi mana? Ada sedara ke? Lepas tu lepaskan. Buang masa. Kalau niat nak elakkan orang 'overstay' kat sana ke, terrorist ke, bangsa lain semua malaikat ke? Yang kes tembak-tembak dekat sekolah di US, bukan omputeh? Yang heran bangsa lain lepas. Apa kes? Apasal melayu Malaysia je yang aku tenguk asik sangkut.

Korang tahu berapa kita kena bayar kalau nak masuk kereta ke Singapore? Berapa pula mereka bayar kalau masuk Malaysia? Beza gila.Tau tak berapa seksa nak dapat kerja (walaupun kerja halal ni) kalau kita orang melayu Malaysia? Bangsa lain, senang. Bangla, indon, Filipin, takda hal. Sana masjid dengan surau pun yang boleh nampak berapa ketul je. Tu pun yang dah lama terbina, yang lain bawah tanah. Azan satu pencemaran bunyi katanya. Kalau nak makan tu, sendri mau ingat lah. Food court dia, cina melayu lebih kurang. Tawakal je lah. Korang nak beli air mineral? Jawabnya korang minum air kumbahan yang telah direcycle baliklah jawabnya. New water. Macam mana hukum tu? Memang air kotor, cuma bersihkan balik? Sendri mau ingat lah.

Masa zaman gawat, Singapore izinkan Malaysia buat second link. Takda hal. Hutan, kesah apa dia. Entah berapa tiang je dia buat, kita buat berpuluh-puluh tiang. Singapore ketawa (tapi dah cuak dah ni) bila Syed Mokhtar bina Port Tanjung Pelepas dekat Gelang Patah. Nak beat Pelabuhan dia (PSA)? Dia gelak. Tahu berapa mahal dia cas air dekat port diorang kepada kapal-kapal? Sewa sejam untuk kontainer? Syed Mokhtar orang melayu yang sangat pintar. Kalau yang tak tahu dekat mana lokasi Port PTP, betul-betul bertentangan dengan PSA. Hasilnya kini, Evergreen, Maersk dan banyak lagi syarikat perkapalan gegasi dunia pindah ke PTP. PTP berkembangan hasil kecerdikkan orang melayu kita. Think out of the box. Ambil risiko. Kecut perut sampai ramai jugaklah staf PSA kena berhenti satu masa tu untuk kurangkan kos operasi. Sampai satu tahap Singapore nak beli PTP. Fakta. Jangan tak tahu.

Tahu tak kes Stesen KTM (keretapi) di Singapore? Tanah tu hak kita, sudah berzaman tapi kita dihalau mereka. Jangan tak tahu. Ada mereka nak kesian-kesian ke, kawan-kawan tak nak lawan ke? Haram. Sesiapa yang tinggal Pasir Gudang ke mesti ade ternampak kapal terbang Singapore kadang-kadang masuk ruang udara kita. Selamba aja. Najib kata takda apa-apa. Terbabas kut. Ye la tu. Tahu tak cerita Pulau Batu Putih? Jarak antara kita dengan pulau tu lebih dekat dengan Singapore ke sana. Bezanya berbelas ke berpuluh batu nautika. Singapore sampai taruk marine police dia dekat sana halang nelayan kita mengkap ikan walaupun dah bergenerasi orang kita tangkap ikan kat sana. Akhirnya kerajaan kita (dulu) pertahankan hak kita dan masuk mahkamah antarabangsa. Kerajaan Malaysia sekarang? Tah, kasi je kut. Kawan-kawan tak mau lawan. Tak baik. Ceh! Hak tetap hak!

Paling takut Singapore kalau jambatan bengkok tu dibina. Kenapa? Kerana arus air yang bebas melalui Selat Tebrau. Selat akan jadi dalam. Air mengalir dan tidak terhalang. Paling penting, kapal-kapal besar tentunya akan boleh menggunakan selat tebrau untuk ke PTP seterusnya Port Klang dan ke Pulau Pinang. Jalan Pintas, banyak masa yang dijimatkan, kerana kapal dari arah Utara kena pusing lama kalau nak ke PTP. Kena pusing Singapore. Untung banyak pelabuhan-pelabuhan kita. Rugi mereka. Kita bukan nak dengki, itu hak kita kalau nak survive. Tak salah kan? Sektor perlancongan juga akan bertambah. Oleh kerana air mengalir, selat jadi lagi bersih, makin banyak hidupan dan hasil laut. Kerana jambatan pun dah dinaik taraf, traffik akan menjadi semakin baik, orang Singapore sendiri akan makin selesa nak masuk Malaysia (macam la sekarang diorang tak masuk time weekend). Untung Malaysia. Benteng pasir yang diorang bina pun akan hanyut. Abis la usaha sia-sia mereka yang telah banyak merugikan nelayan kita, mencetekkan selat tebrau dan tak lupa pencemaran yang tak kurangnya dari Keppel. Patutkah kita bina jambatan bengkok? Patut sangat. Itu hak kita. Kita tak pernah persoalkan hak mereka, walaupun banyak menyusahkan orang kita. Kenapa nak takut dengan momokkan mereka? Yang paling heran, sikit punya backing kerajaan kita (sekarang) pada Singapore dalam kes ni? Ape hal? Mereka tak pernah nak kesian dengan kita, kutuk kita cukup-cukup, kita masih nak diam? Hak tetap hak. Kita modal beberapa juta, tapi hasinya untuk anak-anak kita nanti, tak terhingga. Jangan pikir terlalu literal. Pikir duit. Takut. Tak nak ambik risiko! Pikir biar panjang. Ye lah kan, hati orang kampong ni nak kena jaga jugak. Mana nak cekau duit ni.

Kita kena paham hidup berjiran ini sebenarnya macam-mana. Kena saling bantu-membantu. Paham memahami Satu pihak saje nak betul, nak mengalah mana boleh. Lee Kuan Yew bukan cerita baru. Tiap-tiap berapa tahun dia mesti bukak mulut, bikin isu. Hakikat, penduduk dia sendiri ramai berhijrah ke Australia, mana-mana Negara lain. Modal insan lemah, semua import. Tak percaya? Masuk causeway, tenguk sendiri, polis Singapore orang apa. Gurka la, ape la. Orang Malaysia pun boleh nak jadi polis Singapore. Apply aje. Ingat Semua tu loyal sangat ke? Semuanya duit. Kalau bab sukan lagi la lawak. Ingat orang dia sendiri suka ke semua atlet import yang dikasi taraf warganegara dan duit berguni, untuk jadi atlet Singapore? Kita pun kena berhati-hati dengan 'investment arm' mereka seperti Temasik Corp yang asik melabur untuk mengembangkan sayap dan jajahan mereka. Banyak syarikat tempatan yang mereka dah ada syer, termasuk Proton. Tenguk Thailand, bila Shin Corp dijual kepada Singapura, rakyat Thai bantah. Singapore apa kisah. Mana semangat berjiran & semangat ASEAN? Orang Malaysia pun jangan mudah lupa. Selesa. Ingat, Israel tu dulu besar mana? Sekarang? Bukan provokasi tetapi hanya menegakkan hak. Jangan sampai pengkalan askar US karang diorang bina baru kita nak bersuara. Aku makin tak paham kerajaan Malaysia.

7 comments:

angelbaik said...

berderau darah baca... kenapa skrg nie jadi mcm nie.. geram betul....

syed syahrul zarizi said...

Selagi mentaliti tak berubah. Entahlah

Dhani said...

abang aku slalu kena OFFICE CHECK. aku pun kena gak. masuk bilik bukan buat apa pun. tanya soalan bodoh2 jek. buang masa tul.


p/s:-ini tulisan terbaik pasal isu spore/msia yang pernah aku baca. tulisan daripada orang yang mengalami sendiri keadaan sebenar.

-aku pergi ceramah mahathir yang hentam pak lah pasal isu ni. point mahathir kuat.point pak lah lemah. ya, kerajaan sekarang lebih lemah. ni yang aku nampak secara tersurat laaaa... hehe.:P

Anonymous said...

dah lama aku nak tengok posting macam ni... syabas... aku pernah kerja di PTP selama 5 tahun, dah tu memang anak jati Johor, dan selalu juga kena office check... tetapi setelah aku berjumpa dgn seorang pegawai atasan mereka di imigresen dan terangkan siapa aku nih, since then aku tak pernah kena tahan, kalau tak, almost setiap kali masuk.... good posting.

syed syahrul zarizi said...

Jambatan bengkok membazir? Lagi menguntungkan dari projek iskadariah kalau dilihat dengan teliti. Modal yang cukup rendah tetapi impak lebih mendalam.

Sekarang, dengan investor pun belum pasti, Paklah yang penjimat (konon) dan mula berbelanja sakan. Impact ekologi & hutan bakau takda siapa nak kaji ke? yang lain tak tau lah

longge said...

Black is always the designer’s favorite color, which represents elegance and mystery. More importantly, it is possibly the only color could match any occasion and outfit perfectly. louis vuitton handbags is one of the best choices from Louis vuitton bags catalogue. Just like many other louis vuitton products, lv is made of Monogram canvas, but the color of black makes the diaper bag look more cool and stylish.o

shoppingugg said...

On MY THREE SONS
disc one, we have Paradise Lost. On the next MY THREE SONS DVD
disc called Curriculum Vitae we have the tragic death of an 18- month old toddler whose mother. On MY THREE SONS DVD COLLECTION
disc three, Mirror Image they have to deal with the murder of a politically prominent couple in their own home.


Phony purses tend to accept actual bargain lining bolt central the Chanel handbags
that is ailing absorbed to the replica Chanel handbags
frame. Complete Chanel handbag accept candied covering that smells just like leather!

ads