Saban hari, laporan tentang musibah banjir di selatan Malaysia semakin menjadi-jadi. Jumlah mereka yang dipindahkan kerana tahap air yang semakin tinggi semakin bertambah. di sesetengah tempat, air semakin tinggi sehingga mencecah bumbung dan atap rumah. Malah, laporan juga ada mengatakan banjir ini adalah yang terburuk dalam 100 tahun. Itu saya tidak pasti. Namun, yang terburuk pernah saya alami, begitu juga pendapat ibu saya.
Laporan berkenaan peningkatan mereka yang maut sugguh memilukan. Takziah kepada keluarga mereka yang terlibat. Alhamdulillah, rumah kami di Masai, Sarang Buaya dan Ulu Tiram selamat. Laporan RTM mengatakan ada pencawang di Tiram rosak disebabkan tanah runtuh. Manakala terdapat juga rumah penduduk Kg. Sarang Buaya di mukim Sungai Balang yang perlu dipindahkan, terutama yang terletak disebelah darat.
Semoga musibah ini memberi kekuatan kepada yang terlibat. Insyallah
(Sunbangan dan bantuan : Tabung mangsa banjir TV3, Maybank: 514271420052)
5 comments:
Takziah kepada mereka yang menerima bencana ini.
pencawang elektrik yg tumbang tu jiji, kat belah soga blakang sekolah rendah BT tu...aku dgn pojie siap melawat tapak kejadian...selamat takde seting garden kat bwh tu, kalau idak nescaya masuk TV3..
OG, tanah lot tak banjir ke? aku lama tak balik bukit. December dulu ada singgah kejap.
yg disember punya tiram x kene langgar pun...
yg januari punya jgn kata tanah lot...
seluruh kawasan rendah ulu tiram dilanggar...
ade rumah kat tanah lot siap roboh lagi...
SMUT penuh dgn pelarian..
ahaks...
dewan bukit dh jd kotai...
Kes serius ni OG. Yang aku tau bukit tak ada elektrik. Tanah lot aku dah agak konfirm tengelam. Masyaallah. Kesian. Mintak2 cepat2 la berlalu musim tengkujuh ni. Mesti ramai member yang rumah masuk air. Insyallah, ada kesempatan aku singgah tiram nanti.
Post a Comment