Rumah keluarga kami di Taman Bukit Tiram telah di cerobohi petang semalam. Kejadian disedari oleh Mak Ju, jiran belakang rumah yang bertindak pantas memberitahu Makcik Niah (mak Sham) yang kemudian menelefon saya. Mak kami, yang ketika itu berada di Sarang Buaya, Semerah, bergegas ke tempat kejadian.
Rumah yang hanya berfungsi sebagai istana hinggap itu tidak berpenghuni dan hanya sekali sekala menerima pelawat. Penjahat masuk melalui pintu belakang dan bertindak menyelerakkan semua isi rumah dengan harapan dapat mencari barangan berharga. Tiada sebarang barangan berharga yang ada untuk dicuri, hanya mesin basuh semi automatik, peti ais 2 pintu dan komputer kelasik dengan OS window 3.1. Umur barangan itu jika dikumpulkan ialah sekitar 45 tahun.
Laporan polis telah dibuat pada jam 9 malam semalam di Balai Polis Ulu Tiram. Kerugian masih belum dapat diaggarkan kerana masih menunggu pihak polis untuk membuat siasatan & memeriksa tempat kejadian. Semoga kejadian seumpama ini tidak berulang lagi. Terima kasih kepada semua jiran yang baik hati dan telah bertindak dengan pantas.
2 comments:
aisey.. nasib xada nyawa hilang.
CSI - tiram, episod 1.
Alhamdulillah, selamat rumah kosong semasa kejadian
Post a Comment