"Ini baru 1st meeting, semua dah bantai datang lambat. Selamat Liverpool seri dengan Arsenal semalam."

Semalam, bertempat di Restoren Rosmerah, Puteri Wangsa berlangsung perjumpaan sulong Ulu Tiram All Star. Yang datang ialah Mael Katak, Mokh, Jimbo dan Samsul. Turut berada ditempat kejadian ialah geng-geng lomokids dengan Candid Syndrom yang lain. Macam biasa, Jimbo paling lambat. Padahal rumah dialah yang paling dekat dengan restoren tu. Meeting ni pun kitorang tak rancang, oleh kerana Mokh ada job kat JB tu yang ajak budak-budak semua meeting secara impromtu.

Secara amnya, objektif penubuhan sudah jelas. Aktiviti dan produk yang UTAS pun sudah dibincangkan. Tapi kalau dah mengeteh dengan geng-geng lama yang jarang-jarang jumpa memang banyak merepek jadinya. Jimbo rupanya seorang peminat tegar Paknil. Mael telah diberi surat tunjuk sebab kenapa lama sangat tak update blog. Tapi secara amnya, aku rasa ia permulaan yang baik.

Kitorang nak pilih 10 orang sahaja budak-budak tiram yang terbaek dalam bidang kreatif masing-masing. Sekarang masih ada beberapa kekosongan. Ada brani?

4 comments:

Toad McFroggy said...

hehehe! tipu la tu aku sampai dulu dr ko.. hehehe. syed neuroticsolo.blogspot.com dah ready..

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

roger!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

jimbo tu dah declare ke dengan paknil?

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Haha, bab tu gua no komen. Kena tanya tuan punya badan.

ads