Sekitar Rantai dan Maskara 12

Kalau tidak kerana ada 2 acara menarik dalam satu hari, agak malas aku nak turun KL. Tapi Sabtu lepas lain. Ada Rantai dengan Maskara. Kedua-duanya menarik dengan caranya tersendiri.

rantai-art event


Ini kali kedua singgah ke Rantai. Bezanya tahun ini nampak kemas sedikit. Kurang booth bermakna lebih ruang untuk pengunjung berlegar-legar. Tahun lepas booth-booth lebih meriah dan pelbagai, tahun ini terasa lengang. Pengunjung pun tak sesesak macam dulu. Mungkin pasal tahun lepas aku sampai lagi sikit giliran Hujan naik ke pentas.

Yang bagusnya, tahun ini karya seni yang dipamerkan dalam banglo merah itu lebih tersusun, rapi dan berbingkai, dengan maklumat tentangnya turut di sertakan disebelah. Depan pintu utama di kosongkan supaya mudah untuk keluar masuk.

maskara12
Dari luar rumah pena


maskara12
Dengan si Pipi


maskara12
Bersama Pyan Habib dan Sinaganaga


Maskara sudah edisi 12. Sudah lama. Tentu sudah ada crowd sendiri. Oleh kerana tidak pernah sampai ke rumah pena, aku tumpang Tok Rimau dengan Sinaganaga. Carannya santai dengan kawasan yang kecil rasa cukup mesra dan intimate. Highlight hari tu pastinya sesi bergamba dengan si Azzam Supardi ( Aku Hidup Dalam Blues dia yang tulis!) dan Pyan Habib. Tak lupa si Pipi yang menepis keras gosip beliau dah berubah sejak jadi superstar blogger. Gossip hangat aku dapat, Kumprinx dah kawin. Aku salam kartunis Tembakau beb, Tembakau!! Aku juga sempat berbual dengan Saudagar Garam, Azhar Ruddin, Ajami Hashim, Alina Abdullah dan angota sindikit Sol-Jah yang asik bercerita bagaimana hendak menakluk dunia dalam masa terdekat ini. Juga dengan sorang brader ni yang aku lupa nama dia. Dia Indon, tapi nama macam Jepon.

Tapi yang pasti di Rantai aku rasa tua, di Maskara rasa muda. Sikit. (Dua gambar paling bawah ehsan Pheewit)

6 comments:

sinaganaga said...

Apa entah nama mamat Indon tu - yoshi, yoji dosyi... hah, macam itulah. :)

hegira said...

yoshi lah!

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Haha baru ingat, Yoshi. Betul, betul!

Anonymous said...

turun kl xcakap..apa punya org kampung ar..aku ade jek kat wall lomo tuh

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Mokh, aku tau kau mesti bz, weekend banyak job. Aku jumpa yan je. anyway, nanti jumpa la bila2 beb!

Jimbo said...

naga ni dah tua rupanya.
aku bajet muka dia paling tua pun macam abang ko along... tapi ni dah kira ayahanda. hehehehehe

ads