Apa pasal filem seram tempatan sekarang tak seram langsung? Amik Tamar Jalis tulis script la brader!



Tiada buku cerita hantu yang lagi seram di malaysia ni dari buku siri bercakap dengan jin oleh Tamar Jalis. Gila punya seram. Belum baca, tengok cover depan dah boleh buat aku tak tido malam. Malangnya lama dah tak diterbitkan buku ni. rare beb! Sapa ada simpan 2-3 copy buku cerita ni baik simpan elok2. Aku rasa kalau di Ebaykan mau cecah riban2 ni.

Entah hidup ke dah arwah pakcik ni aku tak berapa pasti. Aku ada jumpa blog atas nama Tamar Jalis tapi rasanyalah itu sekadar blog tribute dan bukan oleh penulis asal. Tapi ok beb, kalau nak melepas rindu.

Apa macam encik pengarah profesor madya? Ada brani angkat karya Tamar Jalis jadikan filem epik? Rasid Sibir? Pier Andre? Zaibo?

Aku dah join group facebook Siri Bercakap dengan Jin, anda, bila lagi? (gambar dari landaklaut.wordpress.com)

5 comments:

Tok Rimau said...

Gua ada senaskah. 1st edition. The edition that matters.

Apa kata kita buat fan fiction BDJ. Maksudnya, kita sambung cerita ni dgn watak yang sama- cuma cerita sahaja baru.

Macam James Bond n Tarzan, penulis asal dah mati, ceritanya masih hidup.

sukahati said...

abah saye ada buku neh dari siri pertama sampai ke11 kalau tak silap....tp saye tak pernah baca pon...sbb mmg tak minat nk baca atau tonton citer hantu


tunggu lg sepuluh tahun la...br nk lelong dalam ebay :p

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Peh, aku pernah ada, semua mak aku dah tongsampahkan.

bab filem tu tok, saya tak kisah asalkan boleh jadi hero! haha

asrafsani said...

setuju dengan tok rimau
film seram melayu sekarang dah ikut trend citer jepun.. malahan holywood pun sama ikut.. last2 semua hantu main aci sembunyi, pastu buat terkejut ngan sound effect yg kuat, pastu last2 rupanya hantu tu ada problem..

amik je novel tamar jalis buat movie.. senang.. mesti layan

abuya said...

aku minat betul la...kalau dibuat filem kan bagus sebab ceritanya islamik gak...takde la merapu dan meraban...cuma dia ajar petua dan doa2 je...itulah pengajaran kalau ditonton atau dibaca...aku nak buat skrip ler...mmmm doakan aku berjaya...aku dah nekad mengarah filem ni

ads