Pasca BlogParty JB

Selesai sudah BlogParty JB semalam, walaupun berita kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar kami terima semasa membuat persiapan akhir, dek kerana janji dan komitmen, kami teruskan juga majlis. Acara yang bermula sekitar jam 9.10 pagi tamat sekitar jam 5 petang dengan sesi makan-makan kuih dan paling penting, sesi berfoto.


Pakcik katering pun dah ada blog!


Sorry gamba tok dengan Og tak berapa clear, lupa nak direct flash.

Secara keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan santai, sebagaimana yang kami mahukan. Hanya peserta yang boleh menilai adakah majlis kami ini berkesan atau tidak tetapi kami di sini ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap. esok-esok boleh jumpa lagi.


Pipiyapong dalam sesi baca naskah

Terima kasih kepada geng Sol-Jah dan Filmuda yang menjadi pengerak dan penyokong utama, geng JOHO dan pakcik katering dengan mee hoon dan chicken wing yang kow-kow.

Lepas ni apa? Ha tunggu!(sini kalau nak tengok gamba)

2 comments:

aman said...

pergh. len kali buat dekat-dekat ngan rumah ak. konpem aku join. insyaAllah~

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Insyallah. kalau ada permintaan, kat mana2 pun boleh!

ads