Selepas setahun, tiada berita lebuhraya Pasir Gudang akan menjadi enam lorong
Pada 1 Julai 2010 sempena Majlis Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Pasir Gudang menteri besar Dato’ Abdul Ghani Othman, berkata masalah kesesakan lalu lintas yang sering menimbulkan kesulitan kepada penduduk Pasir Gudang akan diatasi apabila lebuh raya enam lorong akan dibina di sepanjang Jalan Pasir Gudang.
Saya ada dimajlis itu dan sempat membuat filem pendek mengenainya (lihat video di atas)
Esok genaplah setahun.
Lebuhraya Pasir Gudang terlalu kecil dan sempit untuk jumlah kenderaan dan penduduk yang semakin bertambah. Tampa lorong motorsikal, ia umpama lebuhraya maut terutama untuk pengguna motosikal.
Soalannya, adakah ini retorik semata-mata? Mungkin jumlah yang dihabiskan untuk membeli bunga api semasa majlis Majlis Pengisytiharaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang ada baiknya disimpan untuk melebarkan jalan dari dibazirkan. Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment