Perkara yang anda ingin tahu tentang video editing tapi tak tau kat siapa nak tanya bahagian 2

Berikut adalah sambungan kepada bahagian pertama yang anda boleh baca di sini

5. Saya nak buat video saya nampak 'film look'. Bagaimana caranya untuk dapatkan video dengan profil 'film look' ni?

Okay, sekarang memang popular semua nak buat video dengan produk akhir seperti dirakan menggunakan kamera film dan seperti cerita yang main kat pawagam tu. Apa sebenarnya film look ni? Di sini saya akan kongsi sedikit cara mudah untuk mendapatkan video dengan feel ini tanpa menggunakan semua perisian mahal mahal belaka yang anda boleh guna untuk buat pergi haji kemudian hari.

a) 24p
Setkan frame rate kamera anda ke 24 frame se saat. Jika anda menggunakan kamera DSLR kebanyakkannya memberi pilihan untuk anda merakan menggunakan frame rate yang berlainan, contohnya 25p, 50p, 60p. Jika tiada anda boleh juga pilih 25p.

b) Aspect ratio 16 : 9
Kebanyaakn filem menggunakan aspect ratio ini berbanding format yang lebih popular dan kerap digunakan di televisyen iaitu 4:3.


Video oleh Philip Bloom tentang cara untuk set kamera video DSLR anda

Setting oleh Philip Bloom

c) Profile atau style gambar
Okay bab ini anda kena adjust sedikit profil gambar di dalam kamera anda. Ini hanya boleh dilakukan sekiranya kamera anda mempunyai manual setting yang membulehkan anda set sharpness, contrast, saturation dan color tone.

1. Setkan saturation ke 2 dari 10
2. Turun atau minimumkan sharpness dan contrast (sila lihat foto di atas)

Itu sahaja. Lihat kembali gambar dari kamera anda dan adjust mengikut kehendak anda yang penting, gambar perlu warm dan jangan terlalu vibrant

d) Guna ND filter


Menggunakan ND filter membolehkan saya mendapat dept of field yang sangat shallow dan profil gambar yang warm

Saya banyak terima soalan macam mana saya boleh dapat dept of field yang shallow bila mengambil video di bawah cahaya matahari yang terik? Jawapannya ND filter. dengan ND filter anda boleh ambil video dengan shutter speed 60 dan aperture 1.4 misalnya dengan tiada masalah. ND filter ini sendiri terdapat pelbagai jenis dan saya cadangkan anda beli ND filter jenis boleh laras kerana ia boleh di laras mengikut kecerahan atau keperluan anda



Okay sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk buat video dengan 'film look' bolehlah anda buat feature film anda sendiri!

No comments:

ads