Perkara yang anda ingin tahu tentang video editing tapi tak tau kat siapa nak tanya bahagian 1

Okay, selepas selesai menganjurkan bengkel asas pembikinan video Jumaat lepas dengan beberapa pelajar pra SPM, alhamdulillah, nampaknya anak-anak kita masih ramai yang kreatif dan rajin bertanya benda-benda yang kita sendiri susah nak jawab. Masa tak cukup kalau nak cerita semua pasal video ni. saya punya gear pun cikai, cokia saje. Hobi. Lebih pada passion dari segalanya.

Tapi bila kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita punya kelebihan yang sangat besar. Kita akan berfikir diluar kotak. Kita akan banyak belajar dan akhirnya kita punya ilmu yang membolehkan kita menyelesaikan masalah tanpa memaksa mak-bapak kita jual tanah pusaka.

Ini adalah beberapa jawapan tentang pembikinan video yang boleh saya kongsi dan kalau ada soalan atau komen silalah tinggalkan untuk kebaikan bersama

1. Macam mana nak buat animasi macam boboboi tu?
Mak oii. Terrer soalan. Ada tengok Majalah 3 tadi? nak render satu saat animasi makan satu hari. Satu episod setengah jam makan sebulan. Kalau PC 32 bit Window XP old skool RAM 1G susah dekk. Apa kata kita tengok soalan lain dulu. Cara?

2. Saya punya video besar. HD. macam mana saya nak kecilkan. Ye la, saya nak simpan dalam handphone pandai saya. boleh tengok ramai-ramai balik sekolah agama nanti.
Okay, awak punya soalan memang steady. Cuba download perisian percuma lagi open source ini, Handbrake. Nama macam aksesori kereta kan? Jangan terpedaya. Ia sangat senang digunakan untuk transcode apa pun format video yang anda ada dan disesuaikan dengan saiz daan format yang dikehendaki. OK? Cuba test try lepastu bagitau hasilnya.

3. Nikon dengan Canon. Mana paling gerek?
Peh, ini soalan telur dengan ayam, mana wujud dulu. Soalan ini subjektif, macam Mercedes dengan BMW - semua ada kelebihan dan kekurangan. Ginilah, mana-mana pun okay, yang penting kreativiti masing-masing. Untuk jawapan yang lebih ilmiah sikit tentang bab ini, anda bolehlah baca artikel oleh jurukamera/DOP tersohor ini, Philip Bloom.

4. Aduh, kamera saya rekod guna format MP4. Saya nak sunting guna Movie Maker dia tak support pulak MP4. Macam mana ni?
Bertenang, jangan suruh mak bapak beli Macbook Pro atau pegi kedai jual DVD pirate carik perisian bukan-bukan untuk decode video. Ini ada perisian percuma yang boleh digunakan untuk tukar MP4, malah format-format video yang lain ke format yang lain, misalnya MOV. Ianya percuma disamping dapat mengekalkan kualiti asal video. Sila dapatkan perisian Streamclip di sini.

Harap beberapa jawapan di atas ini dapat membantu. Untuk soalan-soalan lain yang belom terjawab, ha saya akan sambung lagi di posting akan datang. Cara?

ads