Showing posts with label tutorial dslr. Show all posts
Showing posts with label tutorial dslr. Show all posts
22 episod tutorial asas kamera dslr sekarang di Youtube untuk ditonton secara percuma!
Mulai dari sekarang kesemua 22 episod dari DVD tutorial asas kamera dslr boleh ditonton, malah dimuat turun dari laman Youtube saya. Sebelum ini saya jarang menggunakan Youtube kerana kualiti video agak kurang memuaskan. Sebab itulah saya pilih Vimeo sebagai alternatif kepada Youtube. Walaupun tidak berapa meluas penggunaannya, saya dapati vimeo mempunyai kualiti yang lebih baik. Walaubagaimanapun, ini semua adalah persoalan yang subjektif dan mengikut persepsi dan citarasa seseorang individu, yang sememangnya berlainan antara satu sama lain.
Okay, dengan ini saya mempersilakan anda semua untuk ke laman Youtube saya dan enjoy!
Episod 11: White Balance
In photography and image processing, color balance is the global adjustment of the intensities of the colors (typically red, green, and blue primary colors). An important goal of this adjustment is to render specific colors – particularly neutral colors – correctly; hence, the general method is sometimes called gray balance, neutral balance, or white balance. Color balance changes the overall mixture of colors in an image and is used for color correction; generalized versions of color balance are used to get colors other than neutrals to also appear correct or pleasing.
Episod 8: Aperture
Aperture adalah bilangan yang menunjukkan korelasi panjang fokus kanta terhadap tingkap. Sebagai contoh, kanta dengan panjang fokus 100mm, pada pengaturan bukaan 4 (nilai tingkap f/4), mempunyai arti bahwa diafragma pada kanta tersebut sedang terbuka dengan diameter 25mm. Biasanya dilambangkan dengan huruf f.
Untuk lebih mudah, sila tonton video ini
Episode 7: Mode Kreatif Kamera DSLR
Selain dari mode-mode asas kamera DSLR juga mempunyai mode-mode kreatif yang membolehkan pengguna memaksimakan fungsi kamera dengan menggunakan semua fungsi yang ada. Di sini kita akan lihat apakah mode-mode kreatif yang terdapat pada kamera DSLR
Episode 6: Mode Asas Kamera DSLR
Di dalam episod ini kita akan lihat mode-mode asas yang ada pada kamera DSLR
Episod 5: Panduan Memilih Mode Yang Sesuai
Bagi mereka yang masih baru dengan kamera DSLR, adalah lebih mudah untuk memilih mode automatic tetapi adakah itu mode yang paling sesuai? adakah anda menggunakan sepenuhnya potensi kamera anda? di dalam episod ini kita akan lihat mode yang sesuai yang boleh dipilih mengikut keperluan semasa.
Episod 4: Aksesori kamera DSLR
Kamera tidak lengkap jika tidak disertakan aksesori/ Di sini kita akan lihat apakah aksesori asas yang perlu ada.
Episod 3: Memasang Lensa Ke Kamera DSLR
Kamera DSLR terdiri dari dua bahagian utama iaitu lensa dan badan kamera. Di sini ditunjukkan cara untuk memasang dan menaggalkan lensa kepada badan kamera.
Klik untuk episod-episod berkaitan
Episod 2: Panduan Membeli Kamera DSLR
Kepada mereka yang mahu membeli kamera DSLR pertama mereka, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Apakah perkara yang perlu dilihat apabila hendak membeli kamera DSLR?
Klik untuk episod-episod berkaitan
Episod 1: Full Frame atau APS-C?
Kamera DSLR mempunyai pelbagai jenis yang dikategorikan mengikut saiz sensor. Apakah kaitan sensor dengan kualiti gambar? Apa pula perbezaan dari segi harga? Di dalam episod ini kita akan lihat pro dan kontra kedua-dua jenis DSLR dan yang mana sesuai untuk 'beginner'
Klik untuk episod-episod berkaitan
Episod 0: Tutorial Asas Kamera DSLR
DVD Tutorial Asas Kamera DSLR telah mula dijual pada Disember 2010 dan sehingga kini mendapat sambutan yang sanggat menggalakkan walaupun hanya dijual secara atas talian terutamanya di laman mudah.my . DVD yang terdiri dari 22 episod ini menerangkan tentang asas yang perlu diketahui oleh individu yang baru kepada dunia fotografi terutama kamera Digital SLR atau single lens reflex.
Setelah 6 bulan berada dipasaran saya, tutorial ini kini boleh ditonton di laman web saya di mana setiap episod baru akan di muatnaik setiap 1 atau 2 minggu. Sudah menjadi sebahagian dari perancangan saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada bersama pembaca dengan tiada(zero) kos, walaubagaimanapun, DVD tutorial ini masih boleh dibeli, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Nota:
1. Sekiranya anda ingin memuat turun video-video tutorial ini, anda boleh ke laman web video tersebut di vimeo dan cari opsyen muat turun seperti foto di bawah. Untuk muat turun anda perlu terlebih dahulu daftar atau log in ke akaun Vimeo
2. Lesen Creative Common untuk video-video tutorial ini adalah seperti berikut;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivs 3.0 Unported License.
Episod -1: Panduan membeli kamera DSLR di Johor Bahru
Kepada kaki-kaki kamera khasnya dan yang baru nak beli kamera amnya, tentu kalin punya cerita sendiri tentang kedai kamera kegemaran masing-masing. Tinggal di Johor Bahru tidak banyak pilihan jika mahu membeli kamera, mahupun kompak atau pun SLR. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip sepanjang menjadi pengguna SLR di Johor Bahru
Murah dan murah
Pertama sekali, untuk mendapatkan harga murah kita perlu ringan mulut dan bersedia untuk melalui proses tawar menawar. Jika tidak penjual biasanya akan menjual dengan harga asal yang diberi pengedar atau, bagi sesetengah kes, lagi mahal dari yang sepatutnya.
Begitu juga dengan hubungan dengan tuan punya kedai atau juru jual. Lebih akrab lebih murah harga yang anda dapat.
Pun begitu, harus kita ingat, tawar meawar dah harga rendah hanya boleh didapati dari kedai milik persendirian dan bukan rangkaian franchise atau chain retail store contohnya Fotokem atau SenQ ini kerana harga adalah tetap. Merayu macam mana pun, satu sen pun harga tidak akan berganjak.
Untuk harga yang berpatutan saya cadangkan kedai yang anda boleh terus berurusan dengan pemilik kedai atau boleh memberikan anda harga yang terbaik mengikut trend pasaran dan harga semasa.
Trade in
Kebanyakkan kedai kamera yang besar menerima trade-in tetapi tidak membeli SLR atau lensa terpakai dari pengguna. Ingat, kamera DSLR sahaja, kamera kompak tidak diterima jika hendak di trade in.

Biasanya nilai trade in akan susut dari RM600 hingga ke RM1000 dari harga asal
Foto Berlain dan Johan Foto juga menerima trade-in SLR dan lensa anda dengan harga yang tinggi berbanding kedai kamera yang lain di Johor Bahru. Sebagai contoh, untuk lensa Canon 70-200mm f4L non IS yang berusia kurang setahun, masih dalam waranty dengan keadaan 9/10 diterima untuk trade in oleh Johan Foto dengan harga RM2200 manakala Mee Too Photo Photo di Tebrau City hanya menawarkan RM1400 manakala Foto CLS pula menawarkan harga yang jauh lagi muah iaitu RM1000
Kedai atau talian barangan fotografi yang berpengkalan di Skudai iaitu Shaskinki juga menerima trade in tetapi dengan harga yang agak murah. Jadi saya syorkan anda ke Johan Foto atau Foto Berlian jika ingin trade in lensa atau kamera anda.
Produk dari pengedar sah dan grey import
Dipasaran tempatan terdapat 2 sumber di mana penjual mendapatkan barangan kamera mereka iaitu dari pengedar sah yang mewakili jenama itu sendiri dan ada juga yang diimport terus dari luar negara. Kedua-dua sumber ini mempunyai harga dan kadangkala spesifikasi yang berbeza mengikut dari mana ianya diimport
Untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan terus dari pembuat kamera saya syorkan anda beli dari pengedar sah tetapi ada masanya permintaan melebihi bekalan yang ada menyebabkan penjual kamera mengimport dari sumber lain. Ini yang dinamakan grey import.
Di Johor Bahru kedai kamera yang banyak menjual produk grey import ialah Mee Too foto yang terletak di Plaza Angsana dan juga mempunyai cawangan di Tebrau City. Shashinki juga banyak menjual lensa dan body kamera import. Harga yang mereka tawarkan agak murah dari harga dari pengedar sah tetapi merupakan alternatif kepada mereka yang mahukan bekalan yang cepat dan tidak kisah dengan hal warranty dari pengedar sah dan sebagainya.
Aksesori
Tidak banyak kedai yang menjual aksesori kamera yang lengkap di Johor Bahru, namun untuk mendapatkan aksesori seperti beg, tripod, monopod, ball head dan lain-lain anda boleh ke Foto CLS di Pelangi Leasure Mall. Untuk mereka yang mahukan aksesori seperti backdrop, sistem lampu dan juga rig untuk sistem video DSLR, anda boleh ke Mee Too Proshop Sdn Bhd yang terletak di Tmn Desa Tebrau iaitu bedekatan dengan Tebrau City.
Kalau anda punyai pendapat dan komen anda sendiri bolehlah kongsi bersama sebagai panduan kita semua!

DVD Tutorial Asas Kamera DSLR

DVD tutorial Asas Kamera Digital DSLR ini sesuai untuk pengguna baru DSLR atau mereka yang berminat dan mahu memiliki DSLR. Isi kandungan video ini adalah di dalam bahasa melayu yang mudah disertakan contoh-contoh foto dan video untuk memudahkan orang ramai memahami fungsi-fungsi kamera ini
Isi kandungan
1. Tip membeli kamera DSLR
2. Full frame atau APS-C?
3. Panduan membeli kamera
4. Aksesori
5. Mode-mode asas
6. Mode-mode kretif
7. Aperture
8. ISO
9. Shutter Speed
10. Pemilihan lensa
11. AF Point selection
12. Exposure Compensation
13. Teknik flash dan speedlight
Email syed.syahrul@gmail untuk soalan lanjut atau jika mahu buat tempahan atau layari http://wonder-stuff.com
Subscribe to:
Posts (Atom)