4 Langkah kenalpasti kerjaya yang sesuai dari awal lagi bahagian 1

Saya memang bernasib baik kerana tiap tahun diberi peluang mengajar pelajar dari kelas rancangan khas hinggalah kelas yang paling lemah. Selain dari menjalankan P&P saya juga suka berkongsi cerita dengan pelajar terutama tentang kerjaya dan apa yang mereka hendak lakukan apabila tamat sekolah nanti

Ramai pelajar sekolah dan juga universiti masih samar-samar tentang kerjaya pilihan mereka apabila tamat pengajian kelak. Sebenarnya mereka ini sangat beruntung kerana zaman sekarang banyak sumber maklumat yang boleh mereka rujuk untuk mencari maklumat tentang kerjaya pilihan mereka. Di media massa juga banyak informasi yang dipaparkan, tidak kurang juga sumber maklumat lain seperti expo kerjaya, contohnya. Ibubapa juga yang banyak mempunyai pendedahan tentang kerjaya-kerjaya diluar sana sepatutnya berkongsi dengan anak-anak mereka maklumat dan memberi rangsangan untuk mereka berusaha keras untuk mencapai cita-cita mereka. Di sini saya akan membincangkan 4 langkah bagaimana untuk mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian sebelum tamat pengajian lagi.



Video ini terbahagi kepada 4 bahagian dan bahagian 2,3 dan 4 akan saya muatnaik bila saya berkesempatan nanti.

2 comments:

ader45 said...

thank u bro share tips kenalpasti kerjaya ni... sangat membantu u anak muda

Artikel terbaru saya: Dapatkan maklumat berkenaan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini disini.istarc editseat

syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

terima kasih

ads