Perkara yang menjadi 'turn-off' kepada orang ramai yang ingin ke perpustakaan ialah peraturan yang macam-macam hingga boleh membunuh rasa seronok pengunjung. Ini termasuklah kanak-kanak sekolah yang sememangnya harus diberi galakan, bukan disekat dengan peraturan persis perpustakaan sekolah.
Perpustakaan awam Johor Bahru di Jalan Yahya Awal sememangnya mesra pengunjung. Terdapat sudut membaca kanak-kanak tajaan Setia Tropika yang memang 'cozy' untuk kanak-kanak dan sudur Playsmart Petrosains yang menyediakan pelbagai aktiviti yang mencabar IQ. Kafe juga tersedia di tengah-tengah perpustakaan untuk pengunjung mengisi perut sambil melihat anak-anak bergembira.
Selain itu, wifi juga disediakan dan di level 2 terdapat ruangan membaca dengan pelbagai jenis buku. Pada saya koleksi buku di sini tidaklah lengkap tetapi suasana yang nyaman, kondusif dan mesra pengunjung yang menjadikan setiap kunjungan menyeronokkan.
Tidak ada satu tanda 'dilarang berbual' pun yang saya nampak di sini. Zaman sudah berubah dan perpustakaan juga begitu. Dan perubahan yang positif sebeginilah yang kita perlukan.
No comments:
Post a Comment