



While it is not in production yet, this is a very noble project that aims to let children from rural areal to get excess to technology with low cost. Looking forward to it.
Suicide, needless to say, is anathema to Islam. No human being has the right to terminate his life, however noble the purpose may be. Even in the context of war, even when one is resisting aggression and oppression, one does not deliberately choose to be killed. According to the Hadith (saying of the Prophet of Muhammad), the Prophet “repudiated those who deliberately took their lives in the course of battle, even the soldier suffering from severe wounds.” As the Islamic scholar, Sohail H. Hashimi points out, “the Muslims fighter enters battle not with the intension of dying, but with the conviction that if he should die, it is for reasons beyond his control. Martyrdom is the will of God, not humans” - Chandra Muzaffar .
Pada tahun 1993, Taman Bukit Tiram ialah sebuah taman permainan yang luas. Terletak diantara JB dan Kota Tinggi, ia dikelilingi pokok kelapa sawit yang tinggi dan tua. Udara segar dan terdapat juga laluan-laluan kecil untuk kami berjogging pada sebelah petang. Komuniti yang rapat dah kawan-kawan yang pelbagai perangai.
Tahun ini, Taman Bukit Tiram masih lagi sebuah taman permainan yang besar. Mungkin bukan buat kami. Tetapi generasi yang jauh lebih muda. Komunitinya masih lagi rapat tapi kedewasaan membawa kepada penghijrahan. Kerana kesuntukkan masa dan kawan-kawan yang makin susut, tahun ini Raya di Taman Bukit Tiram hanya dalam ingatan.
Projek kad pertama Sireh & Cengkeh Terpilih. Jumlah, 500 keping dan sampai sekarang tak habis-habis. Rekaan, ilustrasi & gambar oleh Syed Syahrul manakala mutiara kata oleh Ika Vantiani
My blog is worth $5,080.86.
How much is your blog worth?
Harga : 20 Hengget
Mana nak carik? : Tanya Basri & kengkawan. Terdapat juga di kedai buku terpilih.
Jangan main-main kawan : Okay cuba test sini. Silverfish Books Sdn Bhd, 67-1 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Nak Banyak Bonus link point, baik beli 5 ketol. Mawi dah samba, anda bila?
Pagi tadi ada cuba buka email sireh.org, tak boleh. Lupa, bulan ni tamatlah riwayat sireh.org yang beroperasi selama 2 tahun dengan pelbagai cerita. Dengan tamat sireh.org, tamat juga Sireh Dan Cengkeh Terpilih secara rasmi. Bermula pada tahun 2001 sebagai buah tangan penyedap hati, ia berakhir dengan senyap. Semua tinggal cerita. (gambar : suasana emo rabak senja)
Hari ke-2 Hazik dekat asrama. Tak jauh sangat, cuma setingkat jauh dari rumah. Hari pertama, kurang cemerlang, balik muka berbirat mungkin terkena tangan penjaga masa nak nyusukan dia. Tadi mama dia cakap, Haziq tak berapa selera minum susu baru. Susu lama dia mahal maksimum, pergi kedai sensey pun mahal. Mydin murah, tapi nak pegi sana satu hal jugak.
Semasa dan sebelum Hari Raya, ramai kawan-kawan yang hantar SMS, pengganti Kad yang semakin hilang populariti. Tahun ni dapat satu je kad, tu pun dari supplier. Oleh kerana handphone dah kene bar, tak dapat la nak balas SMS. Pada yang hanta pantun Tamil tu, terima kasih, walaupun terlambat 3 tahun. Dapat panggilan dari Din Kambing, ingat dah tak hingat kampung. Antara mereka yang tak sempat di balas SMS; Shamsul, Apis Kudut, Din Kambing, Din Turtle, Din Root, Yusri, Chuel!, Ranuka & Haslan. PAda yang tertinggal, type nama kat sini __________