23 Ogos 2003

pick of the week Sudah dua minggu aku kerja di tempat baru. Fizi demam, sampai Plaza Seni dalam hujan renyai dengan berbekalkan air teh limau yang aku sempat buat sebelum keluar tadi. Fizi demam panas, lin telefon, makan panadol dua biji terus terbaring hilang separuh nyawa. Ingat malas juga nak datang kalau Din Akar tak mesej, duduk rumah dengan mak aku, layan TV sambil bual fesyen dan gossip pasal jiran Singapore sebelah rumah. Makin besa air pancut depan rumah jiran aku ni. Seronok kut pasal lama sangat duduk flat, sini ada tanah, free hold lagi. Makin banyak itik yang diaorang bela, sampai nak kena sudu tiap kali aku nak keluar rumah pergi kerja. Hangin juga kadang-kadang, nak aja aku tuba air minuman diorang.

Tidak macam minggu-minggu lain, semua yang berlaku rasanya macam deja-vu, pre-planned atau sub-conciously aku dapat rasakan ini semua sememangnya sudah di rancang atau terancang. Aku makin percaya pada takdir dan suratan. Suatu perkara yang dulu selalu buat aku rasa ragu-ragu. aku seronok dengan keadaan aku sekarang, tiap kali rehat tengah hari aku jalan dari pejabat aku, tingkat 10 menara TJB ke Plaza Seni. Rasa macam 1996. Walau panas, aku rasa tak pernah sekali pun belakang aku berpeluh. Mungkin sikit tapi memang tak terasa bila kita buat sesuatu dengan rasa senang, tanpa paksa hanya usaha. Pergi balik lebih kurang 15 minit, tak lah berapa jauh. Itu yang okeynye tu. Petang pulak terus pergi kedai, lepak dengan Fizi. Dengan budak-budak. Kadang-kadang Din Burung turun, hari minggu ada pulak Endy datang dengan baju Atari Teenage Riot yang nampak makin ketat. Aku kasi lagi enam bulan, pasti hancus. boroi. budak-budak umur dia ni mana boleh jaga perut tu nampak kempis sampai bila-bila. Nafsu makan dengar makin menjadi-jadi. Keli masak lemak tah hapa tah. Itu belum campur kena payung lagi. Mokh pun kadang-kadang ada datang, bawak adik dia. Tadi datang dengan Big Show. Tanpa fikir panjang, Big-Show terus pergi kedai depan beli topi jaring. Apa benda la, 'in' lagi ke pesen ni? Nasib kurang baik aku akan ajak diaorang tolong hias balik kedai. Bukan berselerak sangat pun, benda pun tak banyak. Suka-suka je, dah ramai-ramai lepak tak buat apa rasa macam rugi pulak dah. Baik gode-gode apa yang patut. Dah macam pompuan si Fizi. Nak kata pereka hiasan dalaman, aku rasa citarasa dia ni memang tak cukup mainstream untuk orang normal. Tapi cukuplah untuk diri sendiri dan budak-budak yang datang.

Aku naik key crane dekat Pelabuhan Tanjung Pelepas semalam dengan manager aku. Aku ingat aku gayat, pening-pening ke, paling tak senak perut. Aku bajet muka aku jadi biru. Eh, rasa okey pulak. Tinggi kooo. nampak Singapore. Patut la Singapore goyang, nak join venture pulak dengan PTP. Mana plak aku taruk kunci rumah ni.


Tags:

No comments:

ads