Goblog , koleksi Tulisan Blog Orang Kecil

sekadar gambar hiasan
(Sekadar gambar hiasan)

Beberapa tahun dulu, semasa saya dah Fizi sedang asyik berbual-bual disebuah kilang cetak yang terletak di Desa Jaya, satu pesanan ringkas kami terima dari Tok Rimau. Tanyakan hal zine kecil Sireh Dan Cengkeh Terpilih. Di dalamnya ada kami selitkan temubual dengan Tok Rimau dan beberapa blogger tempatan lain, antaranya Sultan Muzaffar. Kami akhirnya berjumpa dengan Tok Rimau di Kebayan, Plaza Kotaraya. Mungkin kerana masing-masing punyai perwatakkan santai, kami mudah mesra. Berbual tentang buku dan kerja, musik dan lain-lain hal kecil. Diakhir perbualan dapatlah disimpulkan blogger juga, seperti penulis lain mahukan karya mereka dicetak. Hasil yang boleh dipegang dan di simpan mempunyai nilai yang lain, tidak sama seperti hanya berkarya di dalam internet.

Selepas beberapa ketika, muncul projek blook pertama Malaysia, Jiwa Kacau. Hasil kolektif para blogger Geng Jurnal dan orang kuatnya Encik Basri. Isinya bermacam-macam kerana para penulis yang datang dari pelbagai latar belakang. Kemudian blook usahasama Tok Rimau dan Si Naganaga, Ayah KIta Boss. Dua nama yang tidak asing dikalangan para blogger Malaysia. Dengan gaya pendek tetapi sendat dengan nilai kemasyarakatan, setiap tulisan mereka mudah diterima semua.

Kini muncul pula Goblog sebuah projek yang mengumpulkan karya 13 penulis muda. Diselenggara oleh oleh Ahmad Dhani dan diterbitan oleh Papakerma, sebuah label non-profit yang mengeluarkan kaset, 'zine dan pelbagai lagi karya seni independent. Apa bezanya buku ini dengan blook yang lain? Para penulisnya muda, penuh dengan idea. Ada yang sedikit kiri & berbeza dengan pendapat & idea semasa.

Siapa yang sudah biasa dengan Firdaus & Kumprinx, tentu sahaja tahu gaya bahasa mereka yang lucu dan bersahaja. Dari cerita hantu ke peristiwa naik bas. Teringat saya kepada zine mereka, Hilang punca. Dhani pula lebih cenderung bercerita tentang budaya aktivism dan punk yang selalu disalah erti. Begitu juga Jr dan Keju. Tulisan mereka bernada kritis dan lurus, kadang-kala marah dan ada masa terselit makna yang perlu kita cari.

Zaza dan Izwan, bercerita tentang jatuh bangun, pro dan konta seorang pelajar universiti. Fahmi memilih untuk berpuisi manakala Aiya. Lokman, Atiqah & zaxx banyak bercerita tentang emosi, cerita & peristiwa yang berlaku disekeliling mereka.

Usaha yang baik dari Dhani dan Papakerma. Mungkin lebih banyak buku & zine yang akan diterbitkan oleh mereka pada masa-masa akan datang. Buku ini berrharga RM20 senaskah dan boleh didapati dari Papakerma, blog rasmi Goblog atau sila email kepada para penulis yang terlibat untuk maklumat lanjut.

5 comments:

Kumprinx said...

merujuk kepada gambar hiasan tu. brader yang belah kanan tu melakukan kesilapan dalam jurus dia tu iaitu tangan yang satu lagi tu belah dalam. ini akan menyebabkan sinaran kuasa itu tertembak ke muka sendiri. harap maklum.

syed syahrul zarizi said...

Selamat posing je, kalau fire, naya.

Anonymous said...

hantarkan aku satu, nanti (insya-Allah) aku review di berita harian

syed syahrul zarizi said...

Kena tanya publisher dengan writer ni. Insyallah diorang boleh kasi satu copy untuk direview

pipiyapong said...

ada ke patut dia buat lucu kat sini..kurang ajar betul..balik!balik!

ads