Showing posts with label blook. Show all posts
Showing posts with label blook. Show all posts

Jemputan menulis untuk GOBLOG #2.

Kepada: Anda, kawan-kawan anda, semua orang muda dan orang yang pernah muda.

Tahun lepas [2006] buku bernama Goblog telah diterbitkan. tahun ni kami di Papakerma nak teruskan kesinambungan untuk menerbitkan Goblog edisi kedua [Goblog#2] pulak. Jadi, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku Goblog#2 ini.

Hantarkan apa jua bentuk tulisan kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. takde tema yang spesifik untuk Goblog#2 ni. jadi, anda bebas nak tulis tentang apa pun. Tapi sila pastikan tulisan anda tu mempunyai mesej yang berguna untuk orang ramai. tulisan yang takde mesej akan direject tanpa belas kasihan. Tulisan yang rasis, fasis, seksis, nazis, prejudis dan segala unsur yang bertentangan dengan hak asasi manusia jugak akan direject.

Setiap seorang dibenarkan menghantar maksimum 10 artikel dan minimum 5 artikel. Hantarkan artikel dalam bahasa malaysia ok.

Takde deadline [deadline ke dateline?] yang ditetapkan. cukup je bilangan artikel yang dikehendaki, kami akan siapkan buku Goblog#2 ni. Cepat lambat buku ni dikeluarkan bergantung sepenuhnya kepada keterlibatan anda [dan juga keadaan kewangan kami.:p].

Kepada yang berminat, hantarkan kontribusi anda kepada saya di alamat email berikut: merahdanhitam@yahoo.com

Daripada:
Dhani Ahmad
b/p: Papakerma Press
www.papakerma.com

Masuk Barisan : Projek blook terbaru telah terbit

pick of the week Setelah sekian lama dalam penbikinan, akhirnya terbit jua Masuk Barisan, blook terbaru kawan-kawan Geng Jurnal. Harga buku adalah RM23, ada lebih 20 orang penulis dan lebih daripada 200 certot (cerita kontot) aka entri daripada blog para blogger terbabit. Lebih daripada 200 muka surat (jangan bimbang, kami tak paksa kau khatam satu hari satu malam). Projek ini diselenggara oleh Basri, Jigo dan Attokz. Mereka yang mengambil bahagian:

Amanitium http://amanitium.blogspot.com
Aqil http://aqildotcom.blogspot.com
Attokz http://Attokz.cjb.net
Azhan http://azhan.blogspot.com
Bluehikari Book http://bukhariramli.blogspot.com
El-Maaniq http://delimasakti.blogspot.com
Esis http://sukaatiaku.blogspot.com
Kelambu http://kelambu.blogspot.com
Kemat http://liepan.blogspot.com
Kingbinjai http://kingbinjai.blogdrive.com
Mat Jan http://www.kroni.biz/jj
Ms D' http://gurisanintaglio.blogspot.com
Naimisa Yusof http://naimisa.blogspot.com
Op & Mulan http://fikirandalamkembara.blogdrive.com
Puteri Elaira Eliza http://www.elaira.net
Rima Nilzah http://rimanilzah.cjb.net
Rulan Awan http://awanputih.blogspot.com
Sam Ahmad http://zulfikarsamsuri.blogspot.com
Si Dugong http://dugongsenyum.blogdrive.com
Sinaganaga http://sinaganaga.blogspot.com
Superdiman http://oksigen.blogdrive.com
Tok Rimau http://tokrimau.blogspot.com
Tuan Tanah http://tanahpusaka.blogspot.com/

Untuk maklumat lanjut:

Email : basri.normohd@gmail.com
URL : masukbarisan.blogspot.com, jiwa kacau

Goblog , koleksi Tulisan Blog Orang Kecil

sekadar gambar hiasan
(Sekadar gambar hiasan)

Beberapa tahun dulu, semasa saya dah Fizi sedang asyik berbual-bual disebuah kilang cetak yang terletak di Desa Jaya, satu pesanan ringkas kami terima dari Tok Rimau. Tanyakan hal zine kecil Sireh Dan Cengkeh Terpilih. Di dalamnya ada kami selitkan temubual dengan Tok Rimau dan beberapa blogger tempatan lain, antaranya Sultan Muzaffar. Kami akhirnya berjumpa dengan Tok Rimau di Kebayan, Plaza Kotaraya. Mungkin kerana masing-masing punyai perwatakkan santai, kami mudah mesra. Berbual tentang buku dan kerja, musik dan lain-lain hal kecil. Diakhir perbualan dapatlah disimpulkan blogger juga, seperti penulis lain mahukan karya mereka dicetak. Hasil yang boleh dipegang dan di simpan mempunyai nilai yang lain, tidak sama seperti hanya berkarya di dalam internet.

Selepas beberapa ketika, muncul projek blook pertama Malaysia, Jiwa Kacau. Hasil kolektif para blogger Geng Jurnal dan orang kuatnya Encik Basri. Isinya bermacam-macam kerana para penulis yang datang dari pelbagai latar belakang. Kemudian blook usahasama Tok Rimau dan Si Naganaga, Ayah KIta Boss. Dua nama yang tidak asing dikalangan para blogger Malaysia. Dengan gaya pendek tetapi sendat dengan nilai kemasyarakatan, setiap tulisan mereka mudah diterima semua.

Kini muncul pula Goblog sebuah projek yang mengumpulkan karya 13 penulis muda. Diselenggara oleh oleh Ahmad Dhani dan diterbitan oleh Papakerma, sebuah label non-profit yang mengeluarkan kaset, 'zine dan pelbagai lagi karya seni independent. Apa bezanya buku ini dengan blook yang lain? Para penulisnya muda, penuh dengan idea. Ada yang sedikit kiri & berbeza dengan pendapat & idea semasa.

Siapa yang sudah biasa dengan Firdaus & Kumprinx, tentu sahaja tahu gaya bahasa mereka yang lucu dan bersahaja. Dari cerita hantu ke peristiwa naik bas. Teringat saya kepada zine mereka, Hilang punca. Dhani pula lebih cenderung bercerita tentang budaya aktivism dan punk yang selalu disalah erti. Begitu juga Jr dan Keju. Tulisan mereka bernada kritis dan lurus, kadang-kala marah dan ada masa terselit makna yang perlu kita cari.

Zaza dan Izwan, bercerita tentang jatuh bangun, pro dan konta seorang pelajar universiti. Fahmi memilih untuk berpuisi manakala Aiya. Lokman, Atiqah & zaxx banyak bercerita tentang emosi, cerita & peristiwa yang berlaku disekeliling mereka.

Usaha yang baik dari Dhani dan Papakerma. Mungkin lebih banyak buku & zine yang akan diterbitkan oleh mereka pada masa-masa akan datang. Buku ini berrharga RM20 senaskah dan boleh didapati dari Papakerma, blog rasmi Goblog atau sila email kepada para penulis yang terlibat untuk maklumat lanjut.

Goblog : Koleksi tulisan orang kecil

Sebuah lagi projek blook akan menemui para pembaca. Langkah seterusnya adalah pemilihan Ilustrasi kulit muka yang paling sesuai. Sila lihat dan berikan pendapat anda ilustrasi mana yang paling menarik. (Thanks, Dhani)

Dari blog rasmi mereka: Goblog merupakan buku pertama yang bakal diterbitkan oleh penggiat scene d.i.y & independent. Buku yang menampilkan koleksi tulisan personal 13 penulis yang terdiri daripada Lokman (bassis Jahat), Izwan (vokalis Dolly Parton), Zaza (editor Apokobondo ), Fahmi (vokalis FSF), Jr (drummer Maxwell Murder), Aiya (editor Chempaka Biru ), Keju (vokalis Nyiblorong ), Dhani (editor Sebutir Bintang Merah), Atiqah (editor Forbidden Garden), Kumprinx (editor Journal), Zulfikar editor Satu Arah),Zaxx (editor A Dream) dan Pipi editor Hilang Punca). 13 orang muda secara kolektif bertungkus lumus berusaha merialisasi apa yang diimpikan. buku ini direncana akan siap diedarkan pada bulan hadapan.

Ulasan dari mStar.

Mesti beli! Buku 'Ayah Kita Boss'


pick of the week Awal tahun lalu, Tok Rimau ada hantar sms, seraya mengajak sama-sama berkarya untuk buku terbaru beliau. Beberapa email bertukar masuk antara kami dan akhirnya satu karya berjaya siap pada saat-saat akhir. Tanggal 1 April, Tok Rimau sekali lagi menghantar email. Kali ini ke Laman Seni Kuala Lumpur. Upacara menjual buku Ayah Kita Boss sambil berjumpa dengan sang penulis sudah tiba. Kerana komitmen keluarga, hajat terpaksa ditangguh. Kempunan tenguk karya sendiri (sila selak mukasurat 118).

Kini setelah sebulan berlalu, sms Tok Rimau sampai lagi, dan buku ‘Ayah Kita Boss’ pun muncul di dalam peti surat yang selalunya kosong. Boleh tahan. Tebal. Ada gambar dua orang kanak-kanak berdiri tengah panas. Setiap helai diselang-seli dengan senyum dan ketawa. Ternyata buku ini telah berjaya.

Saya setuju dengan Mat Jan, semasa memetik kata-kata pakar sakit puan, Dr. Ismail Thambi. Yang penting bukan panjang pendek tapi kepuasan. Itulah sebenarnya isi dan intipati buku Ayah Saya Boss. Ia terdiri dari entri-entri blog Tok Rimau dan sinaganaga yang sememangnya terkenal dengan sindiran sinis dan kisah-kisah masyarakat yang disampaikan dengan cara yang mudah diterima. Kedua-dua mereka boleh dikatakan ikon weblog tempatan dan buku ini adalah sebahagian dari tulisan mereka yang perlu dibaca oleh pengemar cerita rakyat, pembaca blog atau sebagai ganti Mastika yang makin tidak berkualiti.

Sms terbaru Tok Rimau, "Upah ciput bg hasil seni kau. Print 500, ada 200 copiesbuat sendal pintu. Ha ha ha. Jaja pelan-pelan. Yg penting niaga berkat. DIY."

Maklumat tambahan : Tajuk buku – Ayah Kita Boss, Penulis – Tok Rimau dan sinaganaga, ISBN – 983 43007 0 0, Muka surat – 160, Harga – RM23 senaskah, Boleh didapati dari – harimauj@yahoo.com / sinaganaga1547@yahoo.com (foto ihsan sinaganaga)

PROJEK BUKU JIWA KACAU 2

Selepas projeck pertama mereka yang berjaya, Basri Kini kembali dengan PROJEK BUKU JIWA KACAU 2. Untuk syart-syarat penyertaan, sila ke blog Jiwa Kacau

Jiwa Kacau

Basri ada tinggal mesej, "kalau dapat Jiwa Kacau, email aku." Terkejut jugak, seminggu lepas tu, telefon Rinting, ada orang hanta benda pakai pos laju. Alamat Shah Alam. Sah. Dah sampai. Bagus ni. Dengar dah jauh dah pergi. Terima kasihla Basri. Kira hadiah raya le ni?

ads